Suka dengan drama peguam Autisme Woo Young Woo dalam ‘Extraordinary Attorney Woo’. Saya tengah layan siri televisyen Korea Selatan ini lah di Netflix.
Drama Korea peguam Autism ini dah masuk episod 6. Pada 20 Julai nanti akan release episod 7 pula.
Banyak sebenarnya cerita Korea best dekat Netflix ni. Tapi cerita peguam Autistik Woo Young Woo ini lain dari yang lain. Setiap episod rasa tak nak lepaskan dari menonton.
Patut pun cerita peguam Korean ini trending nombor satu di Netflix.
Saya ini tak berapa pandai sebenarnya nak buat review drama ke apa. Cuma perkongsian ini dari sudut pandangan seorang penonton yang dah tengok cerita Korea peguam autisme ini sampai episod 6. Hahaha..
Harap sudilah membacanya ya.
Sinopsis Extraordinary Attorney Woo
Kiranya, peguam Woo Young-woo (lakonan Pak Eun Bin) ini mengalami gangguan spektrum autisme (ASB). Dia ini ada IQ tinggi 164. Dari kecik dah hafal fasal undang-undang ini.
Sebegitu hebat dan luar biasa lah ingatannya. Cara dia berfikir, memandang sekelilingnya pun berbeza daripada orang normal. Saya pernah terbaca perkongsian anak autisme di facebook.
Kongsinya, mereka yang mengalami autisme ini memandang dunia sekelilingnya tak sama macam orang normal. Pemandangan mereka indah, disinari cahaya aurora.
Haa.. dalam siri ini, memang ada gambaran yang macam anak autisme pernah kongsikan.
Walaupun cara berfikir peguam Woo kreatif dan tersendiri, dia mempunyai EQ yang rendah dan kemahiran sosial yang lemah. Untuk setiap urusan, dia akan ditemani rakan dari firma guamannya, Hanbada.
Biasanya dengan Lee Joon-ho (lakonan Kang Tae-oh) yang temankan dia. Peguam Woo ini suka sangat dengan ikan paus. Segala macam fakta tentang ikan paus dia tahu.
Joon-ho inilah yang rajin dan setia melayan cerita-cerita ikan paus peguam Woo.
Baca : Kutipan filem mat kilau raih RM11 juta
Episod Extraordinary Attorney Woo & Kes Mahkamah
Dalam setiap episod, peguam Woo akan menyelesaikan satu kes yang diberikan oleh ketuanya, Jung Myung-seok (lakonan Kang Ki-young).
Ketua peguam Woo ini awalnya pun tak berapa yakin dengan anak buah yang baru diterima bekerja di firma guaman tempatnya mencari makan.
Bila mana, peguam Woo dapat selesaikan kes pertamanya dengan baik dengan cara yang kreatif. Terus ketuanya ini jatuh suka dan nampak kelebihan peguam autisme pertama Korea ini (dalam cerita itu yang digambarkan)
Dan setiap kali ‘stuck’ nak menyelesaikan kes, bila tiba-tiba dapat idea best, akan muncullah ikan paus di dalam bayangan peguam Woo. Boleh kata, ikan paus akan ada di mana-mana lah.
Setiap kes dalam setiap episod ini berbeza, tapi jalan ceritanya menyentuh hati saya. Terutama kes yang melibatkan jiran peguam Woo. Touching betul, sampai rasa sebak nak nangislah.
Cerita Korea Best! Perkaitan Ikan Paus Dengan Peguam Autisme Woo Young Woo
Patutlah gambaran ikan paus itu diwujudkan dalam siri TV ini. Kalau kita perhatikan, ikan paus ini sejenis mamalia yang melahirkan anaknya. Berbeza dengan spesies ikan yang bertelur. Malah, hidup terasing dalam ekosistem laut.
Walaupun berbeza, ikan paus ini boleh je hidup harmoni dengan hidupan lain dalam lautan itu.
Begitulah gambaran seorang Woo Young-woo.
Alangkah indahnya hidup ini apabila kita tak lagi prasangka. Mampu bekerja, berbual secara harmoni dengan insan-insan yang dianugerahkan tuhan dengan sifat istimewa.
Baca : pelakon risik pada hati buat penonton geram
Hakikatnya, memang ada di kalangan anak autisme ini yang berjaya dan bekerja di lapangan yang baik. Ada yang menjadi doktor, jurutera, penulis dan sebagainya.
Tiada yang mustahil untuk meraih kejayaan mengikut kemampuan anak istimewa itu sendiri.
Sungguh, jalan cerita Extraordinary Attorney Woo ini amat menyejukkan hati, malah menyuntik inspirasi.
Senarai Pelakon Extraordinary Attorney Woo
Pelakon Utama
- Park Eun-bin sebagai Woo Young-woo
- Kang Tae-oh sebagai Lee Joon-ho
- Kang Ki-young sebagai Jung Myung-seok
Pelakon Pembantu
- Jin Kyung sebagai Tae Soo-mi
- Jeon Bae-soo sebagai Woo Gwang-ho
- Baek Ji-won sebagai Han Seon-young
- Joo Hyun-young sebagai Dong Geulami
- Ha Yoon-kyung sebagai Choi Soo-yeon
- Joo Jong-hyuk sebagai Kwon Min-soo
- Im Sung-jae sebagai Kim Min-shik
- Lee Sang-hee
Penampilan istimewa
- Shin Ha-young sebagai Kim Hwa-young
- Koo Kyo-hwan
Antara Filem Korea Dipuji Bekas Menteri Agama
Hebat tak hebatnya cerita korea peguam autisme ini sebab mendapat pujian daripada Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Ketelitian fakta dan ilmu dalam filem korea berkenaan dipuji bekas Menteri Agama ini. Misalnya dalam cerita berkaitan perundangan ini, mereka membuat rujukan artikel, lengkap dengan data akta dan perundangan yang tepat.
Ini membolehkan orang lain yang menonton drama berkenaan turut mendapat ilmu daripadanya.