pengeluaran-khas-kwsp

Cara Semak Permohonan Pengeluaran Khas KWSP

Semak permohonan pengeluaran khas KWSP | Pada anda yang sudah membuat permohonan pengeluaran khas KWSP RM10,000 pada 1 April lalu. Dah boleh buat semakan bermula 9 April 2022.

Alhamdulillah, tiba-tiba pagi tadi nampak pulak status Dr Yazeed Hair Johari tentang permohonan KWSP dekat wallnya.

Katanya, dah boleh check duit KWSP sama ada permohonan kita tu lulus atau tidak. Dan ini link yang membolehkan anda buat semakan.

Klik link ni : https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/mohon

Jangan bimbang, ini laman web yang sah untuk semakan pengeluaran khas KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja)

Cara Semak Pengeluaran Khas KWSP RM10,000

Sebaik klik anda akan dibawa ke laman berikut :

  • Pilihlah : SEMAK STATUS PERMOHONAN
  • Klik dan isikan butiran yang diperlukan; isi no kad pengenalan dan masukkan nombor telefon
  • dan klik reCAPTCHA, tujuan klik untuk buktikan anda bukan robot. Kalau pakai phone, jawab je game yang diberikan tu.
  • Tekan SEMAK STATUS button ungu tu ya.

Anda akan dapat makluman macam dekat bawah ni.

pengeluaran-khas-kwsp
Klik sini untuk ketahui info berkaitan Pengeluaran Khas FAQ KWSP : https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/faq

Tentang Permohonan Diterima

Heboh juga hari ini tentang maksud ‘Permohonan Anda Telah Diterima’ itu. Saya ada juga terbaca di satu portal yang ianya membawa dua pengertian.

  1. Terima LULUS. Duit masuk bank kita pada 20 April 2022. Atau,
  2. Permohonan diterima dan KWSP tengah semak kelulusannya.

Sebab benda ini mengelirukan kan, saya pun carilah di laman KWSP. Tak ada pun kenyataan macam tu dari KWSP.

Saya stay positif saja yang insyaAllah permohonan itu sebenarnya LULUS. Hahaha.. konfiden sangat kan.

Jadi, jangan bimbang untuk buat semakan KWSP permohonan diterima atau tidak ikut link di atas ya.

Baca : Cara Pindah Duit Tabung Haji Ke Maybank

Cara Mohon Pengeluaran Khas KWSP

Bagi yang masih belum membuat Permohonan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 ini, anda masih boleh berbuat demikian.

Permohonan ini masih valid sampai 30 April 2022.

Selepas tarikh tu, dah ‘tutup kedai’.

Jadi, cepat-cepatlah buat keputusan itu ya. Nak memohon pun mudah saja.

  • Masuk link : https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/mohon ini
  • Pilih : PERMOHONAN
  • Baca notis di bawah ini betul-betul.
  • Dah faham, tekan button ungu TUTUP.
  • Kemudian isikan nombor kad pengenalan pada paparan seterusnya.
  • Masukkan nombor telefon bimbit. Sekali lagi, baca notis diberikan betul-betul. Semaklah banyak kali pun, tak rugi.
  • Klik button ungu : TERUSKAN

Nanti anda akan diminta isi kan jumlah dan akan ditanya juga kenapa mahu buat pengeluaran khas RM10,000 ini.

Baca : Cara selesakan diri pakai cermin mata multifokal

pengeluaran-khas-kwsp

Semoga berjaya. (ni kata kat diri sendiri juga ni)

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis

Tags:

16 Comments

  1. nijam April 14, 2022
  2. Min Shamsuddin April 15, 2022
  3. Shida Rahmat April 16, 2022
  4. MrsPip April 16, 2022
    • nettyahhiyer April 16, 2022
  5. Airis April 17, 2022
    • nettyahhiyer April 19, 2022
  6. Bonde Zaidalifah April 18, 2022
  7. Atul Hamid April 18, 2022
  8. nor hasimah jelani April 21, 2022

Leave a Reply

error: Content is protected !!