pencuci muka

6 Kebaikan Pencuci Muka Terbaik Awesome Untuk Semua Jenis Kulit – Berminyak, Kering, Sensitif Berjerawat

Pertama kali diperkenalkan dengan pencuci muka Aloe Vera, ALOE AC Clean Bubble Cleanser ini terus jatuh suka. Ternyata pencuci muka terbaik aloe vera ini tak keringkan muka.

Bestnya Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini berfungsi sebagai pencuci muka untuk semua jenis kulit yang berasaskan air. 

Kiranya pencuci muka terbaik, water based cleanser yang pernah saya cuba. Nah! Ini enam kelebihan pencuci muka Aloe Vera yang wajib anda ketahui.

6 Kelebihan/Manfaat Pencuci Muka Aloe Vera 

Pencuci muka Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini sesuai untuk semua jenis kulit. Terutama kulit sensitif, kulit berminyak, kulit kering malah jenis kulit kombinasi. 

Produk pencucinya bebas daripada paraben, sulfate dan alkohol. 

Sebaik selesai menggunakan, akan rasa perbezaan pada kulit wajah, Jadi lebih lembap, lembut dan terasa bersih dari noda kotoran. Ketahui kelebihan utama/manfaat pencuci Aloe AC Clean Bubble ini adalah:

  1. Tekstur Berbuih, Halus & Lembut
  2. pencuci muka untuk kulit berminyak – Deep Clean Pores
  3. Cleanser Aloe Vera – Melembapkan Kulit
  4. Dihasilkan Daripada Bahan Semulajadi 
  5. No Harmful Ingredients
  6. Jimat Dan Berbaloi

1. Tekstur Berbuih, Halus & Lembut

pencuci muka

Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini merupakan water based cleanser. Bahan pencuci dalam botol adalah dari jenis cecair. Setiap kali anda pam, tekstur buih akan keluar di tapak tangan.

Ia menghasilkan buih-buih halus yang memberikan rasa kelembutan pada kulit wajah setiap kali cucian. Sebab itulah, sebelum mencuci anda perlu membasahkan tangan terlebih dahulu.

Ia akan menghasilkan lebih banyak buih pencuci yang mampu membersih secara mendalam. Kebiasaannya, sesetengah pencuci wajah jenis berbuih ini boleh membuatkan kulit menjadi kering.

Tapi tidak Aloe AC Clean Bubble ni ya. Buih lembutnya sangat berbeza dan memberi kualiti pembersihan wajah yang tip top. 

Sebaik penggunaan, kulit tak lagi kering. Malah, kulit wajah kekal lembap di sepanjang hari. Sebenarnya, tekstur buih lembut itulah yang menghalang kulit daripada mudah mengering.

2. Pencuci Muka Untuk Kulit Berminyak – Deep Clean Pores

pencuci muka

Terbukti Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini berkesan membersihkan pori-pori kulit dengan lebih mendalam. Sangat efektif untuk menghilangkan kotoran degil, sel kulit mati dan solekan pada kulit wajah.

Bukan sekadar membuatkan kulit menjadi bersih, malah cantik berseri.

Buih lembut berasaskan air pada pencuci lebih cepat menyerap ke dalam kulit dan membersihkan pori-pori dengan mudah. Berbeza dengan cucian biasa yang akan mengambil masa lebih lama.

Pencuci muka untuk kulit kombinasi Aloe Vera ini bukan sekadar membuang kotoran dan mengecilkan pori besar di wajah. Malah, berfungsi membersih jauh sehingga ke liang roma.

Skincare untuk kulit berminyak ini juga merupakan produk pencuci muka terbaik untuk kulit kering dan lainnya yang berkesan menghilangkan sebum dan minyak berlebihan pada kulit muka. Antara agen pengawal minyak yang baik untuk kulit.

Jadi, ia sangat berkesan untuk membersihkan kulit wajah daripada alat solekan. Dalam masa yang sama, menguatkan liang pori, memberikan kulit wajah yang lebih sihat. 

Tiada lagi masalah kulit berkilat. Sebabnya, pencuci ini berupaya menanggalkan noda kotoran yang jauh di dalam pori-pori kulit.

3. Cleanser Aloe Vera – Melembapkan Kulit

pencuci muka

Macam yang saya kongsikan tadi, sebaik membersihkan wajah kulit akan menjadi lebih lembut dan kekal lembap. Ini kerana, pencuci muka kulit sensitif dan lainnya yang bagus ini mempunyai ciri-ciri membersih pori-pori kulit dengan mendalam.

Sebab itulah, ianya sesuai untuk membantu mengatasi masalah jerawat. Terbaik untuk anda yang sedang tercari-cari pencuci muka untuk kulit kering.

Aloe vera atau lidah buaya ini mempunyai manfaat yang besar untuk kesihatan kulit wajah. Terutama membantu mengatasi masalah kulit kering. 

Tumbuhan ini mempunyai kadar kandungan air yang tinggi sekaligus berfungsi untuk melembapkan kulit anda. Malah, aloe vera juga digunakan sebagai pencuci muka untuk wanita 40-an yang berkesan membunuh bakteria yang boleh menyebabkan jerawat pada wajah.

Jika anda sedang mencari cara mencegah jerawat, penggunaan cleanser terbaik Aloe AC Clean Bubble Cleanser secara konsisten inilah jawapannya.

4. Jenis Pencuci Muka Yang Dihasilkan Daripada Bahan Semulajadi

pencuci muka

Antara 2 bahan penting yang menjadi asas pembuatan Aloe Vera Cleanser ini adalah Aloe Vera dan Tea Tree Oil (Minyak Tea Trea). Yang mana, kedua-dua bahan ini tersangatlah baik untuk kulit.

Ianya juga sangat bagus untuk mengatasi masalah kulit berjerawat. 

Fungsi Aloe Babadensis Leaf Juice adalah untuk melembapkan kulit, membersihkan kulit malah meredakan sunburn. Ia juga merawat jerawat pada kulit, tidak merengsakan kulit dan mengurangkan noda hitam.

Fungsi Tea Tree Leaf Oil adalah untuk memberikan kulit yang lebih lembut, anti fungus, merawat jerawat, membersihkan kulit dan meredakan kesan celaan kulit.

5. No Harmful Ingredients

pencuci muka

Penting untuk baca kandungan bahan pencuci muka untuk kulit kering sensitif sebenarnya. Pencuci muka ALOE AC Clean Bubble ini diperbuat daripada bahan semulajadi tanpa merkuri yang selamat untuk kulit wajah. 

Maka itu, inilah pencuci muka yang selamat digunakan.

Tentunya kandungan pencuci sebegini tidak merosakkan kulit muka. Malah pencuci muka aloe vera tekstur berbuih ini bebas paraben, tiada kandungan sulfat dan bebas alkohol. 

Haa.. itu yang menjadikan produk Hansaegee Nature ini pencuci muka terbaik untuk kulit berminyak malah untuk semua jenis kulit. Baik dari jenis kulit normal, kombinasi, kering malah berminyak.

6. Jimat Dan Berbaloi

pencuci muka

Sepanjang menggunakan produk skincare Korea yang satu ini, akan merasakan satu kelebihan dari segi jumlah penggunaannya.

Anda yang gemar memakai solekan akan rasa jimat lagi berbaloi selama menggunakannya. Sebotol pencuci muka berbuih ini kandungannya 150ml. 

Jika anda konsisten memakai pun ianya tetap boleh bertahan sehingga 3 ke 4 bulan malah lebih lama lagi. Harganya pun mampu milik. 

Lagipun, setiap kali penggunaan dalam dua ke tiga kali pump saja. Apabila disapu akan mengeluarkan buih lembut dan halus yang banyak. Cukup untuk anda membersihkan keseluruhan wajah dengan berkesan.

Baca juga : klinik kulit shah alam

pencuci muka

Cara Penggunaan Aloe AC Clean Bubble Cleanser Yang Betul 

  1. Mula-mula kena pastikan tapak tangan dan kulit muka basah sepenuhnya.
  2. Pamkan pencuci muka mengikut jumlah yang bersesuaian pada tapak tangan. Akan keluar buih lembut.
  3. Kemudian, cucilah wajah anda dengan pencuci Aloe AC Bubble. Lakukan urutan lembut pada wajah dengan buih yang ada itu. Ia akan menghasilkan buih tambahan nanti.
  4. Bilas muka dengan air suam. Rasakan perbezaan kulit jadi semakin lembut dan lembap.

Nota : Jika anda tidak membasahkan wajah sepenuhnya sebelum mencuci, buih pencuci tidak akan terbit dengan baik semasa cucian wajah. Sebab itulah, bukan saja tapak tangan. Kulit muka pun kena betul-betul basah sebelum penggunaan.

Pengalaman Guna Pencuci Muka Aloe AC Clean Bubble Cleanser Selama 1 Bulan

Hampir sebulan menggunakan jenis pencuci muka Aloe AC Clean Bubble Cleanser dari Hansaegee Nature ini memang terasa berbeza kulit wajah sendiri.

Tentunya kulit muka saya jadi lebih lembut dan lembap. Terutama selepas mencuci muka. Kalau sebelum itu, pegang muka pun rasa kering je. 

Nak-nak dalam usia sekarang inikan, cepat je kulit tu nak jadi kering. Syukurlah, ada pencuci muka aloe vera ini. Dia mengekal dan mengembalikan tekstur lembut dan halus pada kulit muka saya sendiri.

Kiranya, inilah pencuci muka terbaik untuk umur 40 yang sesuai untuk saya. 

Paling suka bila setiap kali pump cleanser, akan keluar buih halus dan bila disapu ke muka terasa buih-buih tu membersih jauh ke dalam kulit. Sebaik saja selesai membilas muka dengan air suam, dan dan terasa muka jadi lebih lembut.

Sebenarnya, dalam mencari pencuci muka untuk wanita 40an terbaik ini memang saya utamakan jenis yang water based. Sebab saya tahu, ingredients dalam pencuci itu takkan merengsakan kulit muka dan selamat digunakan.

Seronok sebenarnya bila dah jumpa pencuci muka yang kita suka ini. Bila kita suka, kita pun tak berat hati nak canang dekat kengkawan lain untuk try juga. Barulah sama-sama rasa best.

Mana Nak Dapatkan Pencuci Muka Aloe Vera Hansaegee Nature

Bagi anda yang berminat untuk membeli atau mengetahui lebih lanjut tentang pembersih wajah Aloe AC Clean Bubble Cleanser bolehlah rujuk di laman berikut:

pencuci muka

Read More

Tags:

7 Comments

  1. wawa azwa September 22, 2023
  2. Shida Rahmat September 23, 2023
  3. Cik Petals September 23, 2023
  4. SiennyLovesDrawing September 26, 2023
  5. Norliza Othman September 26, 2023
  6. Nina Mirza September 28, 2023

Leave a Reply

error: Content is protected !!