Percubaan menggunakan sabun basuh baju, Sabun Dobi Viona 5 Liter menjadi pengalaman yang menyenangkan ketika saya mencuci pakaian kotor. Sabunnya berbau segar menjadikan basuhan wangi bak cucian dobi.
Paling penting, sabun basuh baju jenis cecair ini ada fungsi antibakteria. Kelebihan inilah yang en Yem tekankan dalam mencari sabun cuci baju untuk kegunaan rumah. Extra bonus kalau sabun cuci pakaian tu berbau wangi.
Nak-nak yang ada bauan segar, lavender ataupun sitrus. Macam Sabun Dobi Viona ini ada wangian bau laut (ocean) yang menyegarkan. Lalu je dekat jemuran terhidulah wangian segar sabun basuh tu.
8 Tip Pilih Sabun Basuh Baju Terbaik
Sebagai mak-mak yang memang rutinnya basuh baju secara harian, penting untuk mencari pencuci pakaian yang paling sesuai untuk kegunaan basuhan baju kotor di rumah.
Di sini saya kongsikan beberapa tip yang mungkin boleh dijadikan panduan kepada suri rumah ketika membeli sabun basuh di pasaraya. Agar pembasuhan pakaian di mesin baru sentiasa bersih dan terjaga. Berikut adalah tipnya:
Berkesan Membersihkan Kotoran Degil Pada Pakaian
Sabun basuh baju yang menjadi pilihan semestinya mampu membersihkan pelbagai jenis kotoran yang melekat pada pakaian. Ini termasuklah kotoran kesan minyak, peluh malah sisa makanan yang mudah dihilangkan ketika mencuci dalam mesin basuh.
Jika perlu menggosok sekalipun, kerja-kerja menyental tak menjadi sukar kerana adanya bantuan detergent liquid yang mudah menanggalkan kotoran degil.
Mesra Kulit Dan Hipoalergenik
Ketika membasuh pakaian setiap hari berkemungkinan akan ada di kalangan ahli keluarga yang berkulit sensitif. Baik isteri mahupun suami, yang mana kulit tidak boleh terdedah dengan jenis sabun yang ‘keras’.
Oleh itu, ketika mencari sabun basuh baju seakan sabun dobi, anda hendaklah mencari bahan pencuci yang lembut dan tidak menyebabkan iritasi kepada kulit sensitif. Tentunya sabun pencuci baju hypoallergenic menjadi pilihan.
Sabun Basuh Baju Yang Sesuai Untuk Semua Jenis Fabrik
Sesetengah sabun terlalu ‘keras’ bahan kandungannya sehinggakan boleh merosakkan fabrik. Jadi, carilah yang berkesan untuk kegunaan pelbagai jenis fabrik sama ada kain kapas, sutera mahupun bahan sintetik tanpa merosakkan tekstur atau warna pakaian.
Gunalah sabun basuh liquid yang mudah dilarutkan mahupun rendah buihnya. Sabun basuh dari jenis cecair berbanding serbuk lebih mesra fabrik sebenarnya.
Sabun Basuh Baju yang Wangi perlu Ada Fungsi Antibakteria
Sesetengah produk pencuci baju mengandungi kelebihan dengan fungsi antibakteria dan anti hapak. Sabun yang digunakan itu berupaya untuk membunuh kuman malah menghilangkan kulapuk dan bauan degil pada pakaian.
Ini antara ciri penting setiap kali en Yem nak beli sabun basuh. Asal ada antibakteria, lajulah en Yem membelinya.
Baca juga : https://nettyahhiyer.com/sabun-pes-hilangkan-kesan-kunyit/
Mengandungi Bahan Pelembut Pakaian
Bagi memastikan pakaian tetap lembut dan tidak kasar selepas dibasuh, sabun basuh yang ada bahan pelembut ini amat berguna sekali. Terutama untuk jenis pakaian harian yang kerap digunakan.
Dengan adanya fungsi pelembut, suri cuma perlu membeli sebotol sabun basuh saja. Berbanding membeli sabun basuh dan pelembut fabrik yang berasingan. Tentulah kosnya akan jadi berganda.
Haruman Tahan Lama
Mengapa suri rumah menginginkan pakaian yang dicuci di rumah berbau wangi seperti membasuh di kedai dobi. Ini kerana, haruman sabun basuh dobi ini begitu enak untuk dihidu. Malah, harumannya kekal untuk tempoh waktu yang lama.
Sabun dobi baunya tidak keras malah lembut baunya. Walaupun selepas dilipat dan disimpan di dalam almari, bau lembut itu masih kekal dan boleh dinikmati wanginya.
Sabun Basuh Baju Cepat Larut Dalam Air
Bagi kegunaan mesin basuh, sabun dobi yang tentunya dari jenis cecair perlu mempunyai daya larut dalam air yang cepat. Ini penting, untuk memastikan cecair sabun tidak meninggalkan sisa sabun pada pakaian.
Macam sebelum ini saya gunakan sabun basuh jenis serbuk. Setiap kali anak membasuh dalam mesin basuh, penuh sisa serbuk sabun dekat kain baju. Dah dua kali kerja nak kena cuci semula.
Kebolehan sabun basuh baju untuk cepat larut ini juga memudahkan proses membilas pakaian dengan lebih bersih.
Harga Berpatutan
Dalam pada mencari sabun basuh terbaik kualiti macam dobi ini, harga produk tentunya mempengaruhi pembelian. Apatah lagi, ianya melibatkan cucian harian yang tentu tentu akan melibatkan penggunaan sabun dobi dalam kuantiti yang banyak.
Jika dilihat pada harga pasaran, sabun basuh yang lebih menawarkan harga berpatutan malah berkualiti baik akan membantu menjimatkan perbelanjaan isi rumah.
Kenapa Pilih Sabun Dobi Terbaik Viona 5 Liter
Ini kerana sabun dobi terbaik adalah sabun basuh yang berkesan dalam membersihkan pakaian di samping melindungi kualiti fabrik. Sabun Dobi Viona ini mempunyai ciri utama sabun dobi terbaik.
- Antaranya keberkesanan untuk menanggalkan kotoran degil seperti minyak, noda makanan malah lumpur. Tanpa merosakkan serat kain.
- Sabunnya jenis cecair yang berkualiti dengan hypoallergenic. Bermakna ianya sesuai untuk individu yang mempunyai kulit sensitif atau alahan.
- Kualiti lain yang ada pada sabun basuh dobi ini adalah ianya mengandungi bahan mesra alam dan bebas daripada bahan kimia berbahaya. Seperti fosfat dan pewarna sintetik.
- Dalam masa yang sama ia menawarkan bau wangian yang menyenangkan namun tidak terlalu kuat. Ini bagi memastikan pakaian yang dibasuh masih tetap segar tetapi tidak terlalu harum.
- Salah satu ciri yang menarik adalah keberkesanannya melarut dalam pelbagai jenis air iaitu pada suhu air dingin mahupun pada tingkat suhu panas. Faktor inilah yang menjadikannya pilihan yang lebih serbaguna kepada suri rumah.
Untuk maklumat lanjut mengenai Sabun Dobi Viona anda boleh layari : https://www.tiktok.com/@sabundobivionahq