Mencari kasut raya perempuan untuk Aidilfitri tahun ini. Paling penting tentulah cari kasut perempuan yang selesa dipakai. Cantik itu bonus.
Tahun ini kedai kasut Larrie memperkenalkan koleksi kasut terbaru bertemakan ‘Milano Flair’. Bukan sekadar selesa malah cantik digayakan bersama busana baju raya Melayu dan baju Kurung di musim perayaan Aidilfitri.
Buat anda yang sedang tercari-cari kasut raya perempuan dan juga kasut raya lelaki, jom tengok apa istimewanya koleksi Larrie Milano Flair ini.
Review Kasut Raya Perempuan Jenama Larrie
Untuk koleksi kasut Larrie wanita, LARRIE memperkenalkan rangkaian kasual yang cantik, cerah dan berwarna-warni yang boleh disuaipadankan deengan busana Aidilfitri.
Berinspirasikan gaya Milano, koleksi ini juga tampil dengan selipar, sandal dan Mary Jane dalam warna pilihan wanita kini.
Tentunya merah jambu limau, biru diraja dan putih romantis tersenarai menjadi tema pilihan wanita.
Bagi mencipta rupa yang bergaya dan menawan. Anda yang anggun boleh boleh mengenakan kasut sneakers dari jenis wedges. Dengan tapak kasut yang tebal dan selesa.
Sesuai dipadankan dengan baju kurung atau kebaya.
Pemilihan gaya kasual di Aidilfitri ini, Larrie turut menyediakan pilihan kasut kasual wanita. Rekaan kasut perempuan ini didatangkan bersama kusyen tebal dan lembut di dalam tapak kasut.
Kusyen kasut Larrie perempuan ini memberi kelebihan dari segi sokongan dan memberi keselesaan kaki di sepanjang hari pada si pemakai.
Gaya yang sesuai dipakai pada musim Aidilfitri yang memerlukan anda berjalan beraya di rumah adik-beradik, saudara mara dan kenalan. Malah memenuhi jemputan ke rumah terbuka.
Kasut perempuan yang agak sporty, selepas musim perayaan boleh saja digunakan sebagai kasut running untuk aktiviti berjogging.
Koleksi Kasut Raya Lelaki Larrie 2023
Kasut lelaki Larrie kali ini menampilkan gaya yang bergaya, selesa dan sempurna untuk aktiviti ziarah-menziarahi ketika Aidilfitri.
Signifikan dengan LARRIE For Him. Larrie membawakan koleksi kasut lebaran dengan tema warna musim bunga dan musim panas yang berinspirasikan fesyen Milano yang terkenal dengan gayanya.
Koleksi kasut raya lelaki dari Larrie musim ini membawakan kasut kulit lelaki, loafers dan slip-on dalam kobinasi dua tona warna berbeza, warna musim panas seperti kelabu glasier, jingga tangerine, badam panggang dan kelabu gelap.
Peminat kasut loafers kulit boleh dapatkan koleksi kasut hari lebaran ini. Boleh didapati dalam warna semula jadi seperti coklat dan kelabu.
Menjadikannya sesuai untuk lelaki yang ingin tampil bergaya dan santai.
Menariknya, beberapa gaya loafer dan slip-on didatangkan dengan kusyen tumit binaan dalam kasut untuk serapan hentakan yang lebih baik.
Ia juga mengurangkan keletihan pada kaki. Tentunya kasut Larrie lelaki raya dengan trend terkini ini lebih selesa dan praktikal.
Sempurna dipadankan bersama baju Melayu atau seluar jeans ketika anda kunjung mengunjung pada Hari Raya mahupun ketika menghadiri rumah terbuka Aidilfitri.
Baca juga : Selesanya kasut Lucca Vudor, mewah bila dipakai
Motif Rekaan ‘Milano Flair’ Kasut Raya Larrie 2023
Sempena dengan Aidilfitri 2023, LARRIE berbesar hati memperkenalkan koleksi baharunya yang bertemakan “Milano Flair”.
Koleksi “Milano Flair” diilhamkan dari konsep yang menawan, ikonik dan mengikut arus permodenan dunia fesyen.
Kasut Larrie kali ini menampilkan warna rona romantis dan lembut seperti limau merah jambu, putih romantis, hijau lucite, biru diraja, badam panggang dan kelabu glasier.
Kesemua tema ini didorong oleh unsur-unsur yang biasa dilihat pada musim bunga dan musim panas di Milan.
LARRIE menjangkakan koleksi ini bakal mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan memandangkan ianya adalah koleksi yang terkini dan terbaru yang dikeluarkan oleh mereka.
Anda yang mahu mendapatkan kasut Larrie terbaru boleh juga google Kedai Kasut Perempuan Near Me atau mencari di pusat membeli belah berdekatan kediaman anda.
Larrie juga mempunyai kedai kasut online : larrieconceptstore.com atau www.larrieshoes.com
Cara Ukur Saiz Kasut Perempuan
Jika mahu membuat pembelian kasut raya perempuan online, sebaiknya anda cubalah ukur dahulu saiz kaki agar mendapat saiz kasut yang tepat dan selesa di pakai.
Antara cara yang boleh anda praktikkan adalah membuat ukuran panjang kaki sendiri. Mula-mula berdirilah menegak bersandar di dinding. Gunakan pembaris atau pita pengukur yang diletakkan pada lantai. Ukurlah dari belakang tumit hingga hujung jari kaki terpanjang.
Sebaik mendapatkan jumlahnya, bolehlah anda rujuk pada carta kasut dalam ukuran cm ataupun inci.
Untuk kiraan saiz kasut perempuan mahupun lelaki di Malaysia, ada sesetengah yang menggunakan US, UK dan EU. Untuk pengetahuan ukuran saiz kasut Larrie mengunakan kiraan kasut EU (Euro Size).
- Contoh : ukuran CM kaki saya : 23 , bermakna ukuran kasut EU adalah 37.
Mencuba Kasut Perempuan Larrie Di Pusat Membeli Belah
Baru-baru ini sebelum makan buffet Ramadhan di Dewan Bankuet MBSA, Shah Alam sempat saya singgah di pusat membeli belah AEON.
Di situ ada dipamerkan koleksi kasut Larrie untuk perempuan. Apa lagi, saya pun mencubalah sendiri. Tujuannya nak tengok ukuran saiz kasut sebenarnya.
Hahaha.. sungguhlah, walaupun kita dah buat ukuran kena jugak sebenarnya mencuba depan mata.
Memang selesa betul kasut Larrie ini. Sebab dalam dia ada kusyen pelapik rona merah yang selesa. Macam bagi sokongan dekat kaki sendiri.
Sebab dah cuba sendiri dan bukti pun dah ada depan mata kan. Taklah jadi claim syok sendiri kan.
Beli Di Mana Kasut Perempuan Yang Selesa
Koleksi Aidilfitri Larrie in boleh didapati di semua gedung membeli-belah utama di seluruh negara dan pilihan kedai dalam talian di larrieshoes.com dan larrieconceptstore.com serta di Shopee, Lazada dan Zalora.
Anda boleh layari laman web di atas untuk mendapatkan harga kasut Larrie perempuan terkini yang ada di pasaran.
Harga kasut Larrie di Malaysia untuk koleksi raya ini bermula dari RM 99.00 hingga RM 399.00.
Untuk maklumat lanjut produk dan tips fesyen terkini, layari larrieconceptstore.com atau www.larrieshoes.com.