AEON Fashion Preview (AFP) November 2023 ini menampilkan koleksi fesyen anime, denim dan pakaian perayaan dengan trend segar lagi bertenaga antara pereka terkenal, StevenSunny dengan kerjasama komuniti pelajar Universiti Pengurusan & Teknologi Tunku Abdul Rahman (TARUMT).
Pratonton AEON Fashion Preview peragaan pakaian yang diadakan di ruang laluan dalam universiti TARUMT itu sendiri seiring dengan tema Anime Streetwear, denim dan outfit perayaan yang dibawakan oleh AEON, gedung membeli belah terkemuka di negara ini.
AEON Fashion Preview 2023 ini bukan saja memberikan suntikan fesyen busana yang lebih segar untuk golongan muda. Malah, merentas generasi sehingga pelbagai usia malah rekaan busana mengikut saiz bentuk badan.
Fahami Tiga Tema Fesyen AFP AEON 2023
Peragaan fesyen yang dibawakan AEON Fashion Preview tahun 2023 ini membawakan tiga tema fesyen iaitu anime, denim dan pakaian perayaan.
AEON SELECT Mengangkat Genre Anime Ke Jalanan
Kini pakaian jalanan anime bagaikan satu strend yang dominan bagi golongan muda. Ianya menjadi satu trend yang bergerak pantas, sehingga memikat para peminat fesyen yang cintakan gabungan unik estetika bandar dan motif moden.
Untuk tahun 2024, AEON Fashion Preview telah bersedia dengan koleksi fesyen penuh kejutan berkonsepkan anime. Dari Naruto, Spy X Family, Jujutsu Kaisen malah Demon Slayer ada dalam senarai fesyen AEON SELECT ini.
AEON SELECT di AEON Fahion Preview juga mengetengahkan koleksi busana anime cyberpunk minimalis yang anggun dengan warna manga klasik yang terang.
Bagi meraikan inovasi pereka muda, pelajar fesyen TARUMT dari Fakulti Komunikasi dan Industri Kreatif (FCCI) turut mengambil bahagian dengan memperagakan semula koleksi Naruto. Malah, mengekspresikan diri mereka dengan idea unik antara anime dan fesyen. Mereka juga mengubah busana menjadi Cosplay Couture, pakaian jalanan grafik dan aksesori berinspirasikan anime.
Itulah uniknya AEON Fashion Preview untuk tahun ini.
Baca juga : Menang genting dream cruise melalui peraduan Smile of Love AEON 2023
Senarai pelajar fesyen berbakat yang menyertai AEON Fashion Preview di TARUMT adalah :
- Low Yan Yi
- Desiree Chang Chai Ling
- Soom Ken Yin
- Kavinita a/p Ragunathan
- Noprena Maria
- See Yu Yun
- Chern Yong Xin
- Nur Aila Aleena Tong
- Lam Shee Yun
- Intan Nurlyzana
Manakala pelajar yang diselia dan dibimbing oleh pensyarah-pensyarah mereka adalah :
- Siti Nur Syuhada
- Aizurawaty
SCAR Menyahkod Dinamik Denim Di AEON Fashion Preview 2023
Denim dahulunya sinonim sebagai pakaian kerja yang lasak. Seiring dengan waktu, denim melalui transformasi fesyen sehingga berkembang menjadi fesyen harian merentasi generasi.
Fabriknya yang bukan saja tahan lasak malah selesa digunakan walau ketika melakukan tugasan berat. Rekaannya diberikan nafas baru, mengekspresikan elemen fesyen kontemporasi.
Inovasi seperti denim regang telah menambah dimensi baharu kepada keselesaan dan kesesuaian, membolehkan pergerakan dinamik tanpa menjejaskan estetika klasik denim.
Denim asal yang terkenal dalam bentuk asli dan kelihatan tidak terurus, menarik minat penggemar denim yang mencari corak pemakaian yang lebih diperibadikan dari masa ke semasa. Variasi dalam fabrik denim ini memenuhi pelbagai pilihan, menjadikan denim kekal sebagai pakaian yang wajib ada dalam almari untuk setiap generasi.
AEON Fashion Preview Tampilkan Pakaian Perayaan Menjadi Pakaian Majlis Paling Relevan
Busana musim perayaan yang digayakan dalam setiap acara mahupun majlis mengekspresikan kegembiraan dan keperibadian di pemakai. Fesyen untuk busana sebegini juga berevolasi mengikut gaya tersendiri.
Seiring dengan perayaan tradisional yang diraikan tanpa batasan usia. Menggamit pesona semua generasi termasuk golongan muda mahupun mereka yang berjiwa muda.
Musim ini di AEON Fashion Preview November 2023, banyak jenama menampilkan koleksi yang mencerminkan semangat inklusif, menawarkan aneka gaya yang memenuhi cita rasa dan pilihan yang pelbagai, sama ada cetakan grafik yang meriah, keanggunan abadi labuci, atau keselesaan siluet yang berbeza.
Jenama-jenama seperti ARCADIA, innerCasual, ti:zed, SCAR, Guys’ Vision, Kids Republic, dan M untuk golongan ibu; melangkaui jurang generasi dari semua peringkat umur untuk menikmati kegembiraan di hari perayaan.
Baca juga : Saksikan Falling Petal Moment di aeon mall bukit tinggi
Bekerjasama Dengan Pereka Steven Sunny Untuk SCAR AEON Fashion Show 2023
Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON Malaysia, Low Ngai Yuen berkata semasa melancarkan Pra-tonton AEON Fashion Preview ini, “Edisi AFP ini menegaskan bahawa fesyen tidak lagi harus terhad kepada piawaian yang sempit. AEON telah lama menerima kepelbagaian bentuk badan, saiz, etnik, jantina dan kebolehan. Kami mengutamakan saiz yang inklusif, pakaian yang boleh disesuaikan, dan pilihan mampu milik tetapi bergaya.
Fesyen kini merupakan platform sebagai ekspresi diri yang berinteraksi kepada orang ramai daripada semua lapisan masyarakat. Inilah bertepatan dalam kerjasama kami bersama Steven Sunny – #ownwhatyouwear adalah pergerakan yang dicetuskan oleh AEON sejak tahun lalu dengan kurator gaya yang luar biasa dan ikonik.
Kami komited kepada kepercayaan kami bahawa fesyen mesti mencerminkan kepelbagaian keseluruhan manusia. Kami percaya bahawa setiap orang berhak berasa yakin dan menyatakan identiti mereka melalui pakaian, dan AEON berusaha untuk menjadikan fesyen bukan sahaja mencerminkan masyarakat, bahkan sebagai pemangkin kepada perubahan positif.
Trend bukanlah tentang keterangkuman dan kebolehcapaian; ia adalah unjuran industri fesyen yang lebih menyayangi dan representatif.”
Untuk musim ini, SCAR menampilkan rekaan fesyen dan gaya Steven Sunny yang mengangkat fesyen sebagai alat ekspresi kendiri.
Dengan mengkhusus kepada potongan berani dan warna-warni pada kain kapas 100%, ia melaungkan cabaran agar kekal yakin dan menggayakan #ownwhatyouwear.
Dengan memahami kecenderungan peribadi, kepekaan Steven Sunny terhadap gaya juga membawakan kebolehan luar biasa untuk sentiasa berani menampilkan rupa yang berlainan untuk membawakan gaya baharu untuk diri.
“Fesyen teguh sebagai kuasa yang memerdekakan, memperkasakan individu agar menerima diri mereka yang sebenar. Marilah bersama AEON meraikannya!” ujar Low Ngai Yuen lagi sambil memperkenalkan Steven Sunny.
Selaras dengan komitmen AEON kepada Sasaran 8 dan 15 Sasaran Pembangunan Kelestarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, yang bertumpu kepada menggalakkan masyarakat yang aman dan inklusif terhadap kelestarian pembangunan, menyediakan laluan kepada keadilan, serta membina institusi yang cekap, bertanggungjawab dan inklusif, pra-tonton fesyen ini juga memastikan arus kepada fesyen di samping menggalakkan kelestarian.
8 Jenama Pakaian Ekslusif AEON
Beberapa jenama eksklusif AEON yang menampikan pilihan tersendiri:
innercasual (iC)
Mengutamakan kualiti tertinggi dan lestari, merangkumi pelbagai saiz dan kumpulan umur. Pilih daripada tiga gaya yang berbeza – ActiveWear, PeaceFit dengan teknologi inovatif, dan rangkaian fesyen Sustainable.
SCAR
Perkasakan gaya peribadi anda dengan tawaran unik Scar, termasuk ‘tie-dye’, lapisan ‘crop flutter’, dan pemperibadian teliti.
Puteri
Alami gaya bebas dengan rangkaian sopan Puteri, termasuk pakaian renang. Muslimah yang dipadankan dengan pakaian luaran sifon yang bergaya.
PlusCollection
Raikan keindahan setiap saiz dengan nilai teras jenama ini.
Arcadia
Gaya yang malar kini hidup dengan Arcadia, menawarkan pakaian linen, seluar, dan tona warna tanah dengan ketelitian sulaman yang mewah.
M
Dapatkan pakaian yang selesa semasa mengandung dengan reka bentuk fabrik ringan M yang bebas kedutan, termasuk baju, pakaian dan skirt yang mesra untuk menyusu si manja.
ti:zed
Antara pakaian yang mesti dimiliki sama ada lelaki atau wanita, termasuk ‘hoodie’ bergaya, baju panas, dan kemeja serta dres kapas dengan cetakan grafik.
Guys’ Vision
Terokai pakaian kasual lelaki yang direka untuk pemakaian yang lebih tahan, mudah dijaga, dan Discover men’s casualwear designed for long-lasting wearability, easy-care, dan peragaan klasik yang sesuai dipadankan dengan apa jua gaya.
Selain pakaian, di pasaraya AEON juga menjual kasut raya perempuan yang cantik dan pelbagai gaya. Sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak.
Apa Itu AEON Fashion Preview (AFP)
AEON Fashion Preview (AFP) ialah satu acara tiga kali setahun yang diadakan bagi menawarkan perkembangan terkini untuk jenama-jenama fesyen AEON.
Menonjolkan tren terbaru, gaya, warna, dan tekstur sambil memperkenalkan ketibaan musim baru AEON Fashion Preview termasuk mengumumkan kerjasama strategik.
AFP yang pernah diadakan sebelum ini adalah pelancaran jenama athleisure yang diimport, innercasual (iC) menampilkan koleksi kelestarian oleh Katharine Hamnett di butik TRIBE studios, diikuti runway fesyen di dalam MRT bergerak.
Membayangkan keselesaan di TAPAK food trucks park Kuala Lumpur; berkolaborasi bersama Fakulti Seni Halus UiTM membawa fesyen kembali ke tempat di mana idea fesyen pertama kali dicetuskan dan diilhamkan; dan yang paling baru menampilkan lebih daripada 500 personaliti yang diperoleh melalui kerjasama terbuka, menjadikannya persembahan fesyen individu dan ungkapan diri terbesar di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut berkaitan AFP, sila layari : https://aeonretail.com.my/fashion/afp/
Mengenai AEON CO. (M) BHD.
AEON CO. (M) BHD. adalah syarikat peruncitan dan rangkaian pasar raya terkemuka di Malaysia dengan 28 AEON Mall, 34 AEON Stor, 8 MaxValu Prime, 60 AEON Wellness dan 44 DAISO di seluruh negara. Ia ditubuhkan pada tahun 1984 sebagai maklum balas kepada jemputan oleh Kerajaan Malaysia dalam membantu memodenkan industri peruncitan negara.
AEON terus berusaha untuk memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan yang sentiasa berubah. Berpandukan kepada falsafah “Pelanggan Didahulukan”, pemahaman mendalam mengenai keperluan pasaran sasaran, dibantu oleh campuran produk yang optimum, AEON beriltizam untuk melangkaui jangkaan pelanggan dan meningkatkan pengalaman mereka setiap kali mereka berbelanja di rangkaian AEON.
Dengan semangat AEON yang bermaksud ‘berkekalan’ dalam Bahasa Latin, matlamat AEON adalah untuk memastikan kerjasama lestari dengan para pelanggan, pembekal, rakan niaga, pemegang saham dan komuniti untuk mewujudkan masa hadapan yang tiada had.
- Laman web: www.aeongroupmalaysia.com
- LinkedIn: AEON Group Malaysia
- Facebook: AEON Retail Malaysia
- Instagram: AEON Retail Malaysia
- Twitter: AEON Retail Malaysia