Gelang emas antara perhiasan diri yang paling digemari majoriti wanita di dunia. Paling seronok bila dapat hadiah gelang emas 916 ini.
Nak-nak dapat gelang emas 916 terkini rekaannya. Suatu ketika, emas pulut dakap, emas coco, emas biskut tawar, gelang emas pandora antara yang trending. Malah, sampai hari ini pun gelang pulut dakap masih menguasai carta.
Beli rantai emas ini pun salah satu cara buat simpanan emas. Boleh lihat senarai kedai jual perhiasan jenis gelang emas terbaru yang dikongsikan ini untuk tahu jenis barang kemas yang cantik-cantik.
Senarai 4 Kedai Jual Emas 916
Kedai emas ini ibarat cendawan tumbuh. Malah, kedai emas online pun ada dan boleh anda temui dengan mudah. Namun, dapat melihat sendiri emas di kedai emas fizikal itu ibarat satu kenikmatan.
Ini antara senarai kedai emas fizikal yang boleh dijejaki dengan mudah.
Habib Jewels
Untuk perhiasan gelang ini, kedai emas Habib Jewels ini menawarkan dari jenis Bangles dan Bracelets. Setiapnya ada nama emas yang perlu anda ketahui.
- Bangle : Charm Bangles, Cuff Bangles dan Oro Italia 916 Bangles
- Bracelet : Bolo Bracelets, Dangle Bracelets, Oro Italia 916 Bracelets, Pulut Dakap Bracelets, Sauh Branclets dan Tennis Bracelets
Selain rekaan gelang tangan yang cantik, ianya disadur dengan emas 916/22K dengan gandingan batuan berwarna, mutiara malah batuan berlian.
Kedai emas Habib ini sudah bertapak lebih 60 tahun di Malaysia iaitu sejak 1958 lagi. Dari kedai kecil, kini mempunyai Habib Showroom yang berkembang ke seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Kedai Emas Wah Chan
Wah Chan mempunyai pelbagai jenis koleksi rantai tangan yang istimewa. Ada emas 916 malah 18K White Gold South Sea Pearl Diamond Braceletnya tampak elegan.
Bagi peminat gelang emas putih tentu boleh jatuh hati dengan rekaan gelang emas Wah Chan yang feminin.
Ada juga rantai tangan atau bracelet pulut dakap malah rantai tangan bola dan bentuk love. Braceletnya ada yang pure gold malah ada yang disaluti emas putih.
Lokasi Wah Chan ada di Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Penang, Perak dan Melaka.
Kedai Emas Sri Tanah Merah (STM)
Dikenali juga sebagai Pusat Emas Murah yang dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera. Menawarkan barang kemas emas 916 yang berkualiti tinggi.
Selain design terkini, STM juga menawarkan perhiasan emas dari jenis ekslusif, harga bajet malah pre-loved. Koleksi gelang emasnya terdiri daripada :
- Exclusive Rantai Tangan : Exclusive Bangle, Exclusive Rantai Tangan (dari harga gelang emas RM525 hingga RM9452)
- Exclusive Bangles : Exclusive Bangle, Exclusive Bangles (dari harga RM3112 ke RM5939)
Manakala Exclusive Budget menawarkan produk Exclusive Bangle Bajet (RM2059) dan Exclusive Rantai Tangan Bajet (bermula dari RM504 hingga RM2059).
Koleksi Pre Loved dikatakan berada dalam keadaan yang baik, tiada kerosakan. Harga emas pre loved terkini yang ditawarkan RM277/gram (free upah).
Lokasi Sri Tanah Merah ini di Bangi (Seksyen 9, Bangi Sentral), Ampang, Gombak, Wangsa Maju, Permaisuri Cheras, Jerteh Terengganu, Shah Alam (Seksyen 7, 18, 19) dan Kelantan.
Kedai Emas Anuar
Antara kedai emas viral yang menjadi kegemaran peminat barang kemas. Menawarkan koleksi gelang tangan emas 916 dari rekaan yang simple sehingga gelang bersaiz besar.
Turut menyediakan harga diskaun emas yang menarik sehingga 50 peratus di sesetengah lokasi kedainya. Nak-nak bila tiba hari raya, memang lain macam penangan emas di kedai emas anuar ini.
Pengeluar barang kemas 100 peratus bumiputera yang menawarkan emas gred 916 (22 karat) dan 375 (9 karat). Terdapat juga perkhidmatan tukang emas yang dapat membaiki dan menggilap barang kemas pelanggan.
Lokasi Emas Anuar ada di Nilai, Klang, Sungai Buloh, Pulau Pinang, Kedah, Jitra, Mergong, Perlis, Seksyen 7 Shah Alam, Putrajaya, Bandar Baru Uda, Kota Tinggi (cawangan), Wisma Emas Anuar Kota TInggi, Gombak dan Puchong.
Baca juga : https://nettyahhiyer.com/jual-gold-bar/
Beza Bracelet Dengan Bangle
Jangan tak tahu, gelang perhiasan ini pun ada jenis rekaan bangle dengan bracelet. Kedua-duanya tak sama ya. Ada perbezaan dari segi struktur gelang mahupun pembuatannya.
Bracelets (Rantai Tangan) | Bangles (Gelang) |
Dibuat daripada manik, emas, perak | Diperbuat daripada logam seperti emas, perak atau tembaga dan kadangkala kayu |
Biasanya ada cangkuk atau dibuat dengan gelung elastik | Biasanya bangles tiada cangkuk |
Kebiasaannya digunakan oleh wanita dan lelaki yang muda. | Biasanya dipakai oleh wanita dari semua peringkat umur. |
Gelangnya mudah dilentur dan lebih fleksibel mengikut saiz pergelangan tangan si pemakai. | Struktur gelangnya lebih kuat malah mempunyai design yang lebih kaku. |
Nama Gelang Tangan Emas Popular Sepanjang Zaman
Rantai tangan emas ini pun ada nama gelang emas yang popular di kalangan penggemarnya. Sebelum beli, boleh survey dulu ya.
- Gelang Tangan Pulut Dakap
- Gelang Love
- Gelang Coco Pasir
- Gelang Emas Lintah
- Gelang Emas Lipan Kosong
- Gelang Oro Italia
- Gelang Jagung
- Gelang Tangan Snake Skin
jenis gelang emas Terkini Di Pasaran
Ada 3 jenis gelang tangan emas yang perlu difahami. Setiap pembuatan dan rekaannya berbeza.
- Gelang tangan padu – rekaannya padat dengan emas. Walau saiznya kecil, apabila ditimbang ianya berat. Jenis emas padu ini lebih tangan lama, tak mudah kemek ataupun rosak.
- Gelang tangan hollow – di dalamnya kosong atau berongga. Di bahagian depan mahupun belakangnya sama patternnya. Saiznya besar tetapi dia sebenarnya ringan. Kalau pakai tu kena hati-hati sebab emasnya mudah kemek.
- Gelang tangan stamping – Rantai jenis ini biasanya besar saiznya. Tetapi di bahagian belakangnya kosong dan berlubang. Walau saiznya besar, sebenarnya ringan.
4 Alasan Wanita Suka Barang Kemas
Perhiasan gelang emas 916 terbaru ini pun ada jenisnya. Malah, jenis gelang emas ini ada nama khas untuk setiap rekaan rantai tangan yang ada di pasaran.
Bukan itu saja, designnya pun ada yang gelang emas padu, kosong malah ada batu permata. Macam rumitkan. Tapi, percayalah ianya tak rumit pun bagi peminat barang kemas ini.
Serius! Orang perempuan ini susah nak dipisahkan daripada perhiasan emas ini. Mereka beli bukan untuk suka-suka. Tapi, ada sebab yang kuat untuk dimiliki.
- Kilauan emas memberi aura tersendiri pada pemilik gelang emas. Ini memang tak dinafikan. Bila dapat pakai, dia punya daya penarik tu lain macam.
- Emas tak lapuk dek zaman. Harga emas akan naik dari semasa ke semasa. Setiap tahun mempunyai permintaan yang tinggi dari kalangan peminatnya. Selain barang kemas, emas Public Gold pun antara yang digemari.
- Sumber bekalan kewangan keluarga. Percaya atau tidak, emas perhiasan ini boleh juga jadi aset simpanan yang baik untuk masa depan. Amat berguna di kala keluarga diuji masalah kewangan yang berat.
- Nilai emas takkan pernah susut. Walau dah patah sekalipun, orang tetap akan membeli emas dengan nilai semasa emas used di pasaran. Lagi lama disimpan, lagi berharga gelang emas anda itu.
Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis