Cara goreng telur mata cair kuningnya | Bukan semua orang ada skill untuk goreng telur mata atau telur mata kerbau yang kuningnya cair sempurna.
Gigihlah mencari cara masak telur mata kerbau. Lagi-lagi nak dapatkan telur kuning cair yang cantik meleleh bila dipecahkan.
Dulu-dulu saya pun struggle nak dapatkan telur goreng mata kerbau yang sempurna macam yang dibayangkan.
Bila dah tahu cara buat telur mata goyang ini.
Nak-nak goreng telur mata dengan tekstur telur kuning cair dan meleleh, terasa bagai nak melompat ke bintang bila menjadi.
Tapi waktu itu selalu tak konsisten pun. Kadang jadi, kadang tidak.
Kenapa Gagal Buat Telur Mata Kerbau Kuningnya Cair
Mungkin masa itu belum faham dengan betul tekniknya macam mana. Paling seram lagi ngeri, bila mana nak masukkan telur dalam kuali, telur mata kerbau tu meletup-letup habis tangan terpercik minyak.
Langsung dah tak cun.
Rupanya, bila dah lama-lama duduk di dapur. Saya jadi pandai sendiri.
Setelah bergelumang dengan minyak panas lama-lama, kadang tu percikan minyak pun dah tak rasa pedihnya. Pegang kuali panas pun masih boleh senyum lagi.
Eh.. eh.. ni lelebih pulak kan.
Sebenarnya bila dah faham teknik tu, pakailah apa pun kuali goreng telur tetap menjadi.
Baca juga : Sedapnya resepi telur masak kicap viral perah limau
Cara Goreng Telur Mata Cantik Kuningnya
Saya kongsikan 3 cara goreng telur mata yang cair kuningnya ikut panduan di bawah ya.
Guna Minyak Banyak Dapatkan Telur Mata Goreng Yang Sempurna
Ini tip pertama dapatkan telur goreng mata cantik bulat terletak macam ni.
- Minyak kena banyak. Sampai tenggelam telur ya.
- Telur kenalah baru keluar dari peti sejuk. Baru kuningnya kental.
- Gunakan api kecil saja.
- Pecah telur dalam kuali. Masukkan slow-slow je.*
- Biarkan jangan usik ke kacau. Sampai nampak dah matang. Angkat. Atau ikutlah nak kuning telur tu masak betul ke atau lembik gegedik dalamnya.
- Done. Hasilnya dapatlah telur mata goyang kuning cair, dan telur putih yang lembut.
Baca : Simpan telur dalam peti ais, cara tahan lama
Guna Senduk Bulat Panjang Goreng Telur Mata Meleleh Kuningnya
Ini pula cara anak kedua saya, Zarif praktikkan untuk mendapatkan telur mata garing. Kiranya untuk beginner sesuailah sangat.
- Panaskan minyak dalam kuali. Minyak tak perlu banyak.
- Kuali telur mata ni guna yang kuali lejen mak-mak selalu guna kat dapur tu.
- Pecahkan telur dalam senduk bulat yang panjang.
- Tuang perlahan-lahan dalam kuali tadi.
- Bila dah masak keliling dia, bolehlah angkat.
- Cara ini akan hasilkan keliling telur kuning cair dan putih telur yang lebih garing.
Baca : Resepi telur goreng belacan batu laut melimpah
Guna Kuali Pemanggang Masak Telur Mata Goyang Cantik Kuningnya
Cara masak telur mata cair macam ini saya pernah tengok dekat rancangan variety show Korea. Seronok pulak tengok artis deme masak telur.
Hahaha.. dia tunjuk cara masak telur mata je pun. Tapi boleh layan sampai feeling feeling.
- Letakkan sedikit minyak di atas kuali goreng telur mata yang leper.
- Pecahkan telur di atasnya. Boleh juga pecah dua tiga telur bersebelahannya.
- Biarkan sampai putih tu masak. Bahagian bawah telur memang akan jadi lebih garing.
- Akan kelihatan kuning telur yang cantik kejadiannya.
- Bila dah garing keliling tu, bolehkan angkat.
- Kalau masak telur mata kerbau yang banyak, boleh potong siap atas kuali pemanggang.
Saya juga kongsikan cara ketiga ini dalam posting : Daging bakar jadi lembut, panggang atas dapur gas
Berapa lama untuk pastikan cara goreng telur mata menjadi : Jika anda menggunakan kuali non stick bersaiz sederhana. Pecahkan telur di atas pan berisi minyak.
Dengan menggunakan api sederhana, anda boleh membiarkan telur masak dalam anggaran 3 minit. Jika mahu telur mata yang masak kuningnya boleh terbalikkan dan masak lagi dalam seminit dua.
*Kawan Chef saya, cadangkan masukkan dulu dalam mangkuk, baru tuang. Untuk elakkan kulit telur termasuk sekali.
Kuali Goreng Telur Mata
Sekarang ini lebih beruntung sebenarnya. Dekat shopping online sudah banyak dijual kuali goreng telur mata yang murah dan cantik.
Paling senang nak goreng telur mata cantik boleh saja gunakan kuali non-stick. Lagipun ianya tidak melekat.
Kalau nak guna kuali lejen saja pun boleh sebenarnya. Bagi sayalah, kuali lejen ini pun semakin lama digunakan dan bahagian dalam kuali selalu disental bersih.
Lama-kelamaan masalah makanan melekat dekat kuali dapat diselesaikan. Baik waktu menggoreng ikan mahupun ketika menggoreng telur mata goyang.
Selamat mencuba!
Definisi Masakan Telur Mata Kerbau
Telur mata kerbau atau sesetengahnya panggil telur mata lembu ini adalah masakan telur yang siap dibasuh, dipecahkan dan digoreng dalam minyak yang panas.
Tak perlu dikacau semasa menggoreng. Biarkan telur masak sendiri dalam minyak panas yang banyak. Boleh juga digoreng dalam minyak yang sedikit.
Penggunaan jumlah minyak dan teknik menggoreng akan menentukan bentuk atau hasil telur mata kerbau anda itu.
Telur Mata Sedap Makan Dengan Apa
Telur mata sedap dimakan dengan kicap, sos cili atau tomato. Dicampurkan dengan hirisan bawang goreng malah cili untuk menambahkan rasa.
Telur mata garing ini boleh juga dinikmati bersama serbuk lada hitam atau lada sulah ketika bersarapan pagi.
Telur Goreng Tahan Berapa Lama
Telur goreng yang siap dimasak boleh disimpan dalam bekas kedap udara. Lalu, masukkan dalam peti sejuk bahagian chiller.
Telur mata kuning cair ini boleh bertahan sehingga 2 hari jika disimpan dalam peti sejuk. Namun, tidak digalakkan disimpan beku. Ia akan mengurangkan kualiti telur mata anda itu.
Kalau tetiba sakit gigi dan sedang makan ubat sakit gigi, kenalah makan lauk yang lembut macam telur mata cair ini.
hahah nanti nak masak telur nak refer sini balik .. kalau masak lama mmg akan jadi keraskan …
Itulah.. dulu saya pun selalu gagal juga. Kekadang jd keras. Cuma si kecik ni dia tak suka telur kuning meleleh tu. Untuk dia lain sikit.
terbaik..yang last tu selalu buat sebab taknak ada banyak minyak.. poaching tu tak pernah lagi buat tapi macam boleh try..
Saya pun tak pernah try poaching tu.. bunyinya macam menarik, kena cuba juga..
Sedapkan kalau yg ada kuning2 tu ndak pecah time masak.
Kak Pip suka makan mcm tu. Selalu buat, kdg jadi kdg tak jadi.
Hehe, biasalah tukang masak amateur gitu.
Hari hari masaknya telur..
Telur telur telur dan telur..
hahaha.. lama-lama muka pun macam telur. Telur sekarang harga kayangan.
Memang ramai jugak sebenar yg fail buat telur yg macam ni hehe..tp telur mata yg kuning dia cair camni makan dgn nasi goreng kampung fuh! Padu..
rina masak telur nak bg kuning cair, tak masuk dlm mangkus terus pecah masuk kuali hehe. cuma kena jaga api la.. lain orang lain cara hehe
telur gedik!!! hahahaa.. my fav awa ni… suka sgt kalau telur mata gedik2 cmni.. time makan pecahkan gaul2 ngan nasi ke, bihun ke, mmg ump
I love telur kuning cair
Samalah kita.. lagi-lagi bila dapat makan dengan kicap. Oldskool betul rasa dia.
Sedapnya telur goyang! Suka kalau gaul dengan nasi!