Sebelum ini, santan kotak saya beli mesti akan dihabiskan dalam seminggu. Sebab kalau simpan dalam peti sejuk mesti cepat basi.
Lagipun, peti sejuk saya dan berbelas tahun usianya. Tahap power peti ais lama tu taklah macam baru-baru beli kan.
Sampailah satu hari, terfikir nak simpan saja dalam bahagian freezer aka peti beku. Masalah lain pula timbul bila simpan santan kotak dalam peti sejuk bahagian beku.
Santan Berketul Dalam Masakan Kari Atau Gulai
Tahan tu memanglah tahan, sampai berbulan.
Cuma, bila nak guna santan jadi berketul-ketul. Masak gulai ke bubur guna santan beku berketul, masakan memang takkan jadi cantik.
Saya pun google lah tip yang mudah cara mencairkan santan beku. Maka, terjumpalah satu tip cara hilangkan santan beku ini. Suruh blend santan beku tu dengan air panas.
Huish! mau rosak blenderku nanti. Blender pun sejenis old-school jugak.
Makanya, saya cubalah cairkan santan kotak beku dengan style sendiri.
Saya kena bagi cair dulu santan beku berketul yang baru keluar dari freezer. Rujuk bawah ini ya, langkah demi langkah cairkan santan kotak beku.
Bila dah cair santan kotak itu, bolehlah dibuat masakan yang menyelerakan. Malah, setiap santan itu ada jenisnya. Sebab hari-hari memasakkan, kenalah ambil tahu juga cara guna santan kotak di dapur.
Cara Cairkan Santan Kotak Beku Baru Keluar Dari Freezer
Kalau saya rajin, saya tukar bekas santan ni. Kalau datang penyakit Malas. Maka, seketul-seketul tulah saya letak je dalam peti bahagian beku tu.
Jadi, kita keluarkan. Nanti akan nampak tekstur santan tu berketul-ketul macam dalam gambar atas ni.
Sebab santan Kara kotak kecil ini akan ambil masa yang lama juga ya nak jadi cair. Dalam setengah jam gitu.. tapi tak bebetul-betul cair pun. Kalau sejam mungkin iya cairnya.
Sepanjang proses mencuba cara defrost santan ni, tutuplah bekas santan tu. Jangan bagi terdedah.
Akan jadi ketul-ketul gini. Bila dah cair saya pindahkan ke pinggan (sajalah nak tunjuk tekstur ketul-ketul tu). Ada orang masuk je terus dalam masakan, dia jadi cair.
Tapi, saya dah cuba cara tu beberapa kali. Tetap jadi ketul. Mungkin sejenis tangan tak bedung kot.
Baca juga : Masak pulut mangga guna santan kotak untuk beginner
Cairkan Santan Beku Guna Air Panas, Pun Boleh
Masa ini saya campur dengan air suam dan kisar. Ikutkan tip yang saya baca tu, kena guna air panas. Tapi untuk yang dalam gambar ini saya guna air suam. Sebab santan dah cairkan. Satu lagi saya bimbang mata blender tu tumpul ke apa.
- UPDATE : Hari tu saya try cara membuat santan cair guna air panas tu. Lepas keluar dari freezer, campur air panas dalam santan. Masukkan blender dan kisar. Sebab santan masih beku, jadi air panas tu taklah jadi panas pun. Dia jadi sejuk balik. Bermakna, boleh je guna dua-dua cara. Yang ni teknik cepat cara mencairkan santan beku
Nanti hasilnya macam dalam blender tu. Jadi halus semula tekstur santan kotak.
Rupanya mudah saja cara cairkan santan kotak ini. Tak ambil masa yang lama pun.
Baca juga : Empuknya rendang ayam pencen, paling sedap pernah dimakan
Kenapa Santan Berketul Bila Simpan Dalam Peti Ais Atau Peti Sejuk Beku
Ini jawapan kenapa santan berketul. Santan kelapa itu sendiri baik original atau kotak sifatnya tinggi lemak. Malah, kurang padat daripada air.
Apabila lama disimpan dalam peti ais atau bahagian peti sejuk beku, bahagian campuran yang lebih ringan dan berlemak itu akan naik ke bahagian atas.
Lalu terpisah daripada airnya.
Sebab itu, perasan tak kalau baru keluarkan santan dari peti ais mesti yang pekat tu dok kat atas. Yang cair tu kat bawah. Sebab itulah, kena kisar bagi ‘dorang’ bersatu balik.
Selain tahu cara betul cairkan santan beku, mak-mak kena belajar juga cara betul simpan ayam dalam freezer dan simpan telur tahan lama dalam peti sejuk.
Cara Betul Cairkan Makanan Berasaskan Dairy
Kata kawan saya yang juga chef, makanan yang berasaskan dairy (produk tenusu) memang begitulah caranya kalau nak bagi halus, lembut balik tekstur dia. Kena kisar semula.
Makna kata cara simpan santan kotak dalam peti beku itu tidaklah salah. Memang macam itu pun cara terbaiknya.
Dan cara hilangkan santan berketul adalah dengan dikisar semula.
Tipnya, kalau terbeli santan kotak saiz besar saya akan bahagi kepada bekas kecil, sebelum simpan dalam peti beku. Mudah nanti nak kisar balik.
Cara Simpan Santan Kotak Tahan Lama
Sebelum ini saya biasa beli santan jenama Kara, santan kotak Ayam Brand, santan M&S saja. Bila shopping di pasaraya Lulu, sajalah beli Santan Kelapa UHT 1000ml jenama Rasa Enak.
- Baca saya share di blog ini tentang 5 jenama santan kotak kecil yang pekat dan sedap ikut kegunaannya.
Bila dah guna tu, rasa sedap pula. Menurut pengeluarnya, Rasa Enak ini ada tekstur kelapa segar yang kaya berkrim, penuh dengan kelazatan, aroma dan manfaat santan asli.
Lagi satu yang buat saya suka santan kotak Rasa Enak ini berpenutup macam susu fresh milk tu. Lepas guna boleh tutup balik dengan mudah.
Malah, isi santannya lebih tahan lama. Ia juga amat sedikit berair berbanding santan kotak lain. Membuatkan lebih tahan lama jika disimpan dalam peti sejuk.
Saya pernah simpan dalam dua minggu dan masih tahan.
Baca juga : Cara buat sup krim cendawan simple tersedap
Begini cara simpan santan kotak yang sudah dibuka dan digunting bahagian sisi atasnya. Lebihan santan kotak itu akan saya masukkan dalam plastik ziplock.
Sebab saya perasan, dengan cara ini santannya lebih tahan lama jika disimpan. Dalam jangka masa 5 hari masih ok. Kurang berbau masam.
Saya guna plastik ziplock Ikea. Ada saja plastik jenis ini yang dijual di MR DIY atau kedai biasa.
Dan plastik ini selagi masih ok, saya basuh bersih keringkan dan guna untuk yang lain pula.
Selagi masih boleh recycle kita guna dia. Hahaha..
Santan kotak tahan berapa lama? Cara simpan begini bergantung pada jenis peti sejuk di rumah masing-masing ya. Selepas saya direzekikan menukar peti ais, saya simpan saja santan kotak dalam peti sejuk chiller. Lebih 2 minggu masih ok. Cuma saya tutup kemas dalam plastik, bagi tak terdedah.
Selamat mencuba.
ooo mcm tu caranya yer .. hehhehe.. baik baik .. nnt sis coba
Sila-sila.. semoga berjaya sis.
sebab tu aida akan beli santan kotak yg kecik. Sekali buka, terus guna abis. Sebab takot membazir, kan.
Tapi tu la, guna cara ni, mcm menjadik. Bolehbguna lagi. Semua nya kena try an error kan. Baru la kita tau.
Oh macam tu, caranya… tapi kalau saya selalu masukkan jer dalam masakan tu nanti dia mencair dalam masakan dan top sedikit air, sebab masakan dah memang panas sambil tu lambung2 kuah yg ada dalam masakan ( jimat tak perlu basuh blender )
Itu lah santan kalau dah beku mmg tak cantik masakan. Tq tips. Selalu Yaya beli kotak kecil je. Dan tak simpan dalam peti pun, letak luar macam tu je. Elok je tahan seminggu dua setakat ni.
ok tq tips
mmg bermanfaat tips sebegini.
saya kalau santan x habis, mmg buang je lah pasal bila guna semula, santan dah rosak.
bila bekukan mmg tekstur tak cantik bila dah cair.
nnt nak guna tips awak, yeay.
Saya guna santan segar yg dibeli di pasar dan kemudian bekukan dan so far masih elok sbb santan tu baru diperah tapi kalau beli di pasaraya mmg santan tu kurang elok
Marina kalau nak masak, campur santan dengan air, panaskan terus je. Cara masukkan dalam blender belum pernah buat lagi
wahh! boleh praktikkan nanti, senangnya
Ohhh, baru tahu nak cairkan santan dan bagi tekstur dia cantik balik..heehe. Terima kasih petuanya. Nak cuba nanti.
santan kotak x pernah lak bekukan sebab memang kuat masak ngn santan rumah ni..pantang ada santan. haha