Orang kata kuali besi karbon atau carbon steel wok ini antara peralatan memasak yang manja penjagaannya. Antaranya, kuali Ikea keluli karbon.
Dah beberapa kali saya gunakan kuali karbon Ikea jenis Vardagen ini untuk memasak. Sungguh cara jaga kuali ikea besi karbon ini tak sama macam kuali stainless steel, atau periuk cast iron malah kuali non stick yang ada.
Okay, saya kongsikan apa yang menarik tentang kuali besi karbon atau kuali besi hitam bersaiz 20cm yang comel rupanya ini.
Apa Itu Kuali Ikea Keluli Karbon
Mengikut pembacaan, kuali besi karbon Ikea ini diperbuat daripada keluli karbon yang menyebarkan haba secara sekata. Yang mana, ia akan mengekalkan kepanasan kuali dalam tempoh yang lama
Membuatkan masakan yang dimasak di dalamnya akan dimasak dengan sekata. Kalau nak bakar daging steak sesuai sangat dah. Sebab ia akan memerangkan permukaan daging dengan sekata.
Paling best, kuali jenis besi karbon ini boleh digunakan atas dapur gas, dapur induksi, dapur kaca seramik, dapur besi tuang malah selamat digunakan dalam oven.
Kelebihan inilah yang membuatkan saya tak sabar nak beli kuali karbon ini. Cuma produk ini antara hot selling product yang sokmo takde kat Ikea Damansara tu.
Jadi, bila ternampak kuali besi ini dekat rak teruslah sambar seketui. Saya ambil saiz yang sederhana, ngam-ngam untuk letak sekeping steak di dalamnya. Jadilah!
Itu pun harga kuali Ikea Verdagen ini sudah RM99. Uhuks!
Baca juga : https://nettyahhiyer.com/daging-bakar-jadi-lembut-panggang-atas-dapur-gas/
Pertama Kali Guna Kuali Besi Karbon & Cara Penjagaan Kuali besi Hitam Ini
Kuali besi karbon ini pun ada sedikit persamaan macam cast iron. Manja sikit nak jaga dia. Tapi, bila betul cara jaganya anda akan puas hati dengan penggunaannya dan kelebihannya nanti.
Waktu pertama kali ada carbon steel skillet, ini yang saya buat :
- Buka daripada plastiknya. Tak apa kalau ada kesan melekat plastik pada kuali.
- Basuh kuali dengan air paip. Cuci dengan tangan saja dan tak perlu gunakan sabun.
- Lap dengan situ dan saya panaskan atas dapur gas.
- Panaskan sampai setiap permukaan tu keluar macam warna kebiruan. Kalau ikutkan arahan daripada Ikea dia minta panaskan dalam oven ikut suhu dia beri. Tapi saya tak guna cara itu. Panaskan kuali karbon atas dapur gas tu lebih mudah lagi sebenarnya.
- Selepas itu, tuang minyak sikit dekat tisu dapur dan sapu rata pada seluruh permukaan kuali. Hati-hati masa menyapu minyak sebab kuali besi masih lagi panas.
Selepas beberapa kali penggunaan kuali Ikea keluli karbon :
- Ikut pada arahan kat kertas, tak boleh cuci kuali guna sabun pencuci. Tapi kan sejenis degil kan. Saya cuci juga guna sedikit pencuci. Sebab rasa tak best pulak, bila dah gunakan untuk memasak pelbagai jenis laukkan.
- Jadinya, adalah kesan spot spot perang dekat permukaan kuali.
- Udah ku pening nak menghilangkannya. Cara untuk hilangkan kesan kotoran degil pada kuali besi karbon ini ambil tisu dapur dan buang kotoran degil yang ada (sebaiknya buang kat tong sampah).
- Letak atas dapur, tuang sedikit minyak dalam kuali karbon tu. Biarkan minyak meruap dan masukkan beberapa sudu garam halus. Dan biarkan seketika.
- Tutup api dan gosok permukaan kuali tu dengan tisu dapur untuk buang lebihan kotoran.
- Bilas dengan air dan sedikit pencuci.
- Panaskan semula kuali atas dapur biarkan sampai berasap.
- Lap permukaannya dengan tisu berminyak. (sapuan minyak itu nipis saja ya)
- Simpan macam biasa.
Jika anda dapat menjaga kuali besi karbon ini dengan cara yang betul, semakin lama ia digunakan permukaan kuali tidak melekat bila digunakan untuk memasak atau menggoreng.
Sungguh, kuali besi karbon ini memerlukan penjagaan yang lebih teliti.
Kelebihan Jenis Kuali Besi Karbon
Antara yang menarik pada kuali karbon ini dia lebih ringan berbanding kuali stainless steel atau periuk cast iron tu. Jadi, untuk kegunaan harian itu sesuailah sangat kan.
Kuali karbon ini boleh digunakan untuk menggoreng telur dengan baik. Lagi-lagi untuk anda yang baru nak belajar cara goreng telur mata dengan sempurna.
Walau cuma menggunakan minyak yang sedikit. Menjadi!
Nak gunakan sudip besi semasa memasak pun tak ada masalah. Kuali besi karbon ini tahan lasak penggunaannya.
Ia juga mampu menyimpan haba yang baik dan menjadikan hasil masakan jadi lebih baik lagi.
Disebabkan ianya diperbuat daripada keluli karbon, maka janganlah merendam kuali dengan air ya. Sebab ia boleh sebabkannya jadi mudah berkarat. Rendam minyak takpe.
Nak lebih faham kuali besi ini macam mana, anda perasan kan kuali menggoreng yang digunakan dekat restoran Cina. Kebanyakan restoran Cina menggunakan kuali besi karbon inilah. Semakin lama digunakan, semakin tidak melekat permukaannya.
Chef restoran itu mencuci kuali besi mereka dengan berus pencuci khas di bawah laluan air paip biasa saja.
Kuali Besi Yang Bagus
Memilih kuali besi hitam yang bagus adalah mengikut keperluan penggunaan anda sebenarnya. Berdasarkan pengalaman sendiri, memasak rendang dengan menggunakan periuk cast iron jauh lebih berbaloi.
Suhu masakan jadi lebih sekata dan masakan jadi lebih enak. Kerana periuk besi tuang ini mampu melakukan kerja-kerja memasak untuk tempoh masa yang lama.
Jika mahu memasak dengan cepat, lebih baik lagi menggunakan kuali non-stick yang tidak melekat dan mudah dibersihkan. Namun, jika kuali non stick sudah tercalar, lebih baiklah diganti baru ya.
Kedua adalah memilih bentuk kuali. Baru ini saya mencuba memasak rendang menggunakan kuali besi karbon. Tak sesuai rupanya. Walaupun prosesnya jadi lebih cepat.
Namun, sehingga setakat ini masih berpuas hati dengan kuali ikea karbon steel ini sebab untuk membakar, bahagian perang jadi sekata dan hasilnya lebih baik lagi.
Baca juga : Cara pindah duit Tabung Haji ke Maybank
Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis