simpan daun ketumbar

Tips Simpan Daun Ketumbar Dalam Peti Sejuk, Amazing Tahan 30 Hari

Saya kongsikan cara simpan daun ketumbar tahan lama yang betul yang sudah dicuba sendiri. Hasilnya tahan lama hingga 30 hari.

daun ketumbar selalu digunakan dalam masakan Asia termasuk Malaysia. Aroma ketumbar unik, memberi rasa istimewa pada hidangan.

Sayangnya ketumbar tak tahan lama. Beli berumpun-rumpun, gunanya dalam masakan mungkin serumpun dua saja. Kalau tak simpan dengan betul, daunnya mudah layu, cepat membusuk. Sudahnya, rasa dan bau khas ketumbar makin menghilang.

Cara Simpan Daun Ketumbar Agar Tahan Lama & Kekal Segar

Sebelum menyimpan ketumbar yang dibeli, penting untuk anda tahu mengapa perlu memilih daun ketumbar yang baik.

Pemilihan Daun Ketumbar Yang Baik

Pilih daun ketumbar yang segar dan berkualiti baik. Supaya ketika anda simpan daun ketumbar kelak, daunnya bertahan lebih lama. 

Elakkan dari mengambil daun ketumbar yang kuning atau berbintik-bintik. Kalau ada daun sebegini, itu maknanya dah tak elok dan daun kuning tu tadi akan membusuk, 

Cari yang masih hijau segar dan akarnya tak lunyai ya. Haa.. itulah tanda daun ketumbar masih elok dan boleh disimpan lama. Sekaligus, tidak hilang bau ketumbarnya.

daun ketumbar segar
Daun ketumbar segar yang dibeli di kedai.

Cara Simpan Daun Ketumbar Dalam Peti Ais

Antara cara terbaik menyimpan daun ketumbar adalah simpan dalam peti sejuk. Begini langkah-langkah yang boleh anda cuba.

Bersihkan Dan Keringkan Daun Ketumbar Dahulu

Semasa membuat carian, saya menemukan tips agar mencuci daun ketumbar dengan air bersih untuk menghilangkan kotoran, debu mahupun pasir yang melekat. 

Kemudian, barulah mengeringkan dengan kertas dapur atau alat pengering dan sebagainya.

Memandangkan daun ketumbar saya kelihatan agak baik, jadi saya tidak mencucinya dahulu. Sebaliknya, cuma tepuk-tepuk agar pasir tak melekat pada daunnya.

Ini kerana, saya pernah terbaca tips untuk menyimpan sayuran berdaun di dalam peti sejuk tidak perlu membasuhnya dahulu agar daun sayuran lebih kekal bertahan lama. 

Tapi, kalau daun ketumbar tu keterlaluan kotor lebih baiklah dibasuh dulu baru dikeringkan ya.

Sediakan Bekas Sesuai Untuk Penyimpanan

Anda boleh memilih bekas berkaca atau tupperware yang besar untuk membolehkan ketumbar dimasukkan dalam balang. Tanpa merosakkan daunnya.

Sebaiknya bekas itu hendaklah bersih dan kering. Kalau bekas anda jenis tupperware cubalah elakkan dari menyusun dengan sepadat-padatnya. Berilah sedikit ruang untuknya bernafas.

Tidaklah daun tu cepat layu.

Cara Betul Simpan Daun Ketumbar Tahan Lama Dalam Peti Sejuk 

Jika peti sejuk anda boleh ditetapkan suhunya. Usahakanlah untuk mengaturkan suhu yang sesuai untuk penyimpanan bahan basah dalam peti sejuk.

Sebaiknya simpan di bahagian rak bawah peti sejuk anda. Elakkan meletakkannya dekat dengan freezer kerana suhu yang terlalu sejuk boleh merosakkan daun ketumbar.

suhu peti ais
Tetapan suhu peti ais untuk simpan sayuran dan daun herba seperti daun ketumbar.

Periksa Daun Ketumbar Secara Berkala

Selepas dah simpan tu kan, sebaiknya setiap 4 hari tu periksalah daunnya. Kalau ada yang rosak dan layu buanglah cepat-cepat.

Tidaklah nanti ia merosakkan bahagian daun lain yang masih elok dan segar. Sebenarnya boleh juga guna kaedah sama untuk cara simpan daun sup.

Kaedah Simpan Daun Ketumbar Dalam Plastik Ziplock

Kalau tak mahu simpan daun ketumbar dengan lama, anda juga boleh gunakan kaedah penyimpanan daun ketumbar dalam plastik ziplock.

Balut daun ketumbar dengan tisu dapur bersaiz besar, kemudian masukkan dalam plastik ziplock.

Sebelum itu, kena pastikan daun ketumbar itu kering sebelum dibalut dengan tisu dapur ya.

simpan daun ketumbar
Simpan daun ketumbar dalam plastik ziplock.

Cara Keringkan Daun Ketumbar Dengan Betul

Daun ketumbar ini sebenarnya bukan sekadar boleh disimpan selama sebulan, malah boleh lebih lama dari tarikh itu. Tentunya kaedah mengeringkan adalah cara terbaik sekali. 

Terdapat 2 kaedah yang boleh anda gunakan.

Keringkan Secara Semulajadi

Selepas dbasuh bersih, susun daun ketumbar dalam bekas berjaring. Letakkan di bawah teduhan tempat berangin. Jika ada tingkap terbuka, bolehlah keringkan di situ.

Biarkan sehingga ia betul-betul kering dan teksturnya menjadi rapuh.

Keringkan Daun Ketumbar Dalam Oven

Susun daun ketumbar atas loyang. Setkan tetapan suhu oven pada suhu rendah. Antara 40 ke 45 darjah celsius. Panggang hingga daun ketumbar benar-benar kering. Tapi, pastikan aroma dan warna daunnya kekal ada ya. 

Begini Cara Betul Simpan Daun Ketumbar Yang Dah Dikeringkan

Daun yang dah betul-betul kering tu, letakkan dalam bekas kedap udara dan simpan di tempat yang kering dan sejuk. Tutup ketat-ketat ya, jangan sampai masuk angin pula.

Nanti bila dia lembap taklah jari kering dan berkemungkinan cepat membusuk.

Alternatif Pengawetan Daunnya Dengan Kaedah Pembekuan

Pembekuan juga antara salah satu cara untuk menyimpan daun ketumbar dalam jangka masa yang lebih lama. 

Sediakan Daun Ketumbar Untuk Dibekukan

Cuci terlebih dahulu dan keringkan dengan betul. Potong daunnya kecil-kecil. Mudah nanti bila anda nak gunakan ketika nak memasak.

Masukkan daun ketumbar dalam bekas plastik atau bekas ais. Masa simpan daun ketumbar dalam plastik tu sebolehnya buang udara di dalamnya. 

Simpan Daun Ketumbar Dalam Freezer Dengan Betul

Setelah disimpan dalam plastik atau bekas ais, masukkan dalam peti beku pada tetapan suhu yang rendah. Simpanlah daunnya dalam keadaan beku sehingga tiba masa anda mahu gunakan.

Cara Kekalkan Kualiti Daun Ketumbar Yang Disejuk Beku

Sebaiknya elakkan daun ketumbar yang dibekukan tadi mengalami proses pembekuan dan pencairan secara berulang. Keadaan ini akan mengubah kualiti dan rasa daun sedia ada.

Baca juga : https://myzanjourney.com/cara-masak-kupang-paling-sedap-manis-pilihan-no-1/

Cara Gunakan Daun Ketumbar Yang Disimpan 

Rupanya daun ketumbar yang disimpan ini pun ada cara betul untuk gunakan semula dalam masakan anda. 

Gunakan Daun Yang Disimpan Dalam Peti Sejuk

Boleh terus ambil daunnya yang dari bekas yang disimpan dalam peti sejuk. Cuma pastikan semasa menyimpan semula, tutuplah penutupnya dengan ketat.

Ini untuk memastikan kesegaran daun ketumbar terjamin kualitinya.

Gunakan Ketumbar Yang Dah Dikeringkan

Ketumbar yang dah dikeringkan ini, semasa anda mahu memasak. Bolehlah rendam dengan air suam untuk beberapa minit.

Dengan ini, aroma daun ketumbar tadi akan terbit dalam masakan.

Guna Daun Ketumbar Yang Dibekukan

Daun ketumbar yang dibekukan dalam freezer perlu digunakan terus sebaik dikeluarkan. Jangan tunggu ia mencair ya. 

Nanti kualiti dan rasanya dah tak bagus lagi. 

Demikianlah serba sedikit tentang kaedah menyimpan daun ketumbar yang betul. Dengan itu, kesegaran dan citarasa daunnya masih kekal lama. 

Perlu diingatkan sekali lagi, semasa membeli daun ketumbar. Pilihlah yang segar masih hijau. Jadi, semasa menyimpan dalam peti sejuk boleh disimpan lama sehingga sebulan.

Jangan pula lupa memeriksa daun yang disimpan tu. Taklah nanti bila nak guna, daunnya dah layu, bau pun dah hilang. 

Tak sedaplah nanti nak masukkan dalam masakan tomyam, kerabu kaki ayam mahupun sos thai ketumbar. Tips sebegini penting tau untuk penggemar daun ketumbar macam saya ini. 

Semoga ia juga bermanfaat untuk anda.

Baca juga : 3 cara pasti jadi menanam daun ketumbar di rumah

Read More

2 Comments

  1. Myzan July 27, 2023

Leave a Reply

error: Content is protected !!