Semak arah kiblat guna objek tegak di rumah sendiri | Sebagaimana yang dihebahkan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor pada 28 Mei 2022 (2023) jam 5.18 petang (waktu tempatan). Akan berlaku peristiwa Istiwa A’dzam.
Istiwa Ad’zam merupakan satu peristiwa di mana kedudukan matahari akan berada tepat di atas Kaabah.
Apabila berlakunya kejadian seperti ini, inilah peluang kepada anda untuk membuat semakan arah kiblat yang tepat dengan menggunakan bayang daripada objek yang tegak.
Ketepatan semak arah kiblat ini khususnya boleh dilakukan di rumah atau kediaman masing-masing.
Kenapa Gunakan Objek Tegak
Semakan boleh dibuat dengan menggunakan sebarang objek lurus dan tegak yang berada di sekitar anda.
Kenapa gunakan objek tegak. Sebabnya, semasa kejadian ini berlaku, bayang-bayang sinaran matahari bagi semua objek tegak yang ada di permukaan bumi akan menghala ke arah kiblat.
Oleh itu, lakaran bayang-bayang objek tegak pada ketika dan tarikh itu, boleh dijadikan sebagai panduan bagi menentukan atau mengesahkan arah kiblat secara semula jadi.
Manakala, tempoh masa semakan bayang akan bermula dari jam 5.10 petang hingga 5.35 petang.
Fenomena ini akan berlaku dua kali dalam setahun, apabila nilai sudut istiwa matahari (mel syams) bersamaan dengan nilai latitud tempatan.
Cara Semak Arah Kiblat
Waktunya cukup terhad ya. Jadi, segeralah ambil peluang semak arah kiblat yang ada ini. Boleh rujuk step by step dari Jabatan Mufti Negeri Selangor yang saya kongsikan di bawah. InsyaAllah, petang ini kita cuba buat ya.
Baca : Ustaz Kazim Elias kongsi doa memudahkan sakaratul maut
- Pastikan waktu yang tepat berdasarkan waktu standard Malaysia.
- Gunakan objek tegak dan lurus
- Hala objek ke arah cahaya matahari
- Bayang yang terhasil daripada objek tersebut akan menunjukkan ke arah kiblat.
- Tandakan garis bayang yang terhasil.
Ini pula poster yang Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia kongsikan. Boleh juga dijadikan panduan berguna untuk anda periksa arah kiblat di rumah sendiri.
Baca : Doa lindungi dari wabak, mak pesan hafalkan
Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis
Terima kasih share. Dulu masa sekolah rendah adalah cuba utk subjek sains kot. Skrg ni rujuk hp je
tq atas perkongsianya…. memang dah lama dok cai cara nak tentukan arah kiblat ni…. alhamdulillah akhirnya dah tahu caranya
Alhamdulillah.. terima kasih kembali kerana sudi membacanya. Semoga bermanfaat.
alhamdulillah,tq info..bagus ni sebab kita sekarang terlalu bergantung dengan teknologi
Bolehlah try. Tapi selalu risau x tepat. So end up guna kompas apps sahaja.
Terima kasih .. selalu telepas pandang cara2 lagend ni walaupun dah ada cara moden. Terima kasih