Aku Berjaya Buat Watermarks

Pix yang masih suci
Lokasi: Pulau Bali, Indonesia
Tahun: 2005
Kamera: Lumix Panasonic
Tukang gambar: Netty

Pix yang akhirnya ternoda Medium: Photoshp CS5 enhance: curve + vibrance oh ya, sebelum terlupa sudah ada watermarks atau tanda lahir pada gambarnya.
Aku bukan grafik designer, bukan juga fotografer. Dan aku pun tak mahulah mengaku jadi itu semua. Aku sekadar penulis yang gemar mencuba sesuatu yang baru. Chewah! Betullah kata en Yem, photoshop terkini ini memang memudahkan kerja. Sebelum ini aku tak tahu apa2 tentang nak enhance gambar atau apa saja yang berkaitan dengannya. Susah betullah nak faham pasal adobe mak dobe nih…menci dibuatnya.

Tapi sekarang dah ada satu lagi hobi baru. Hm, menggodek gambar2. Bak kata en Yem belajar basic dulu. Kalau nak advance tentu memakan masa. Sama macam dunia penulisan. Bukannya terus dapat. Ia memerlukan naluri, pemerhatian, pemahaman, kesabaran dan kerja keras.

Waktu mula2 jadi wartawan pun bukan terus senang. (Sekarang nih senang ker? Senanglah sikit cek Netty oii!) Ingat lagi tugasan pertama perlu mengambil gambar pakar vaterinar di tempat kerjanya dekat Shah Alam. Budak baru masuk macam aku nih manalah berduit sangat. Terpaksa pinjam duit kawan2 masa nak ke assignment tuh. Pulaknya kena buli skit (ala2 manja gitew) dengan senior2 (Saja jer korang kannnn). Telefon plak tak ada? Macam mana wartawan tak ada telefon? Memang aku mula dari zero waktu itu. Terpaksa pinjam telefon adik yang besarnya macam botol air. hahahaha…sekali dia berdering..malu mak nak angkat nyah..hish! tak boleh lupalah.

Tapi daripada kesusahan itu dan terus melalui setiap pengalaman itu dengan pelbagai perasaan. Ada masanya sedih, marah, kecewa, gembira. Rasa itu menjadi satu adunan yang akhirnya membuatkan diri tidak perlu berasa gentar dengan apa2 juga halangan. Chewah! Sekarang daripada susah2 itu, dah semakin faham untuk menyelesaikan setiap permasalahan. Letakkan Allah di dalam hatimu pasti tiada apa yang perlu dikhuatiri.

Macam kes membuat watermarks inilah… sudah berbulan2 mencari. Akhirnya ku temui juga. Pasti nanti aku jumpa juga dengan apa yang benar2 aku suka sebenarnya. Masih mencari dan tidak akan berhenti mencari…

PS: Pening aku malam nih! Sekali update terus 3 story sekaligus… wahahahaha..


Tags:

Leave a Reply

error: Content is protected !!