bisnes-hujung-jari

Kenali Pengasas Bisnes Hujung Jari

Dua tahun lalu saya pernah menemuramah pengasas Bisnes Hujung Jari, Rosmaliza Miswan. Ketika itu, dirinya baru bermula dengan perniagaan Alpha Lipid.

Iaitu makanan tambahan berasaskan susu yang berfungsi untuk pelangsingan dan kesihatan.

Gigih empunya diri meyakinkan saya betapa dirinya mahu mengikut jejak langkah Tony Fernandes yang hebat dan menguasai dunia perniagaan di hujung jari sahaja.

Selepas itu, sekali dua adalah kami bertanya cerita, itupun ketika dia berhadapan kesukaran untuk mengendalikan artikel protegenya.

Beberapa tahun kemudian, wanita ini menghubungi saya menerusi facebook mahu berikan beberapa kenalan yang bermanfaat untuk saya kongsikan kisahnya dalam majalah Mingguan Wanita.

Kesibukan tugasan, membantutkan setiap pertemuan. Sampailah bulan lalu, dirinya menghubungi saya mahu belajar tentang kelas asas blog penulisan dan bisnes.

Saya terkedu sendirian.

Benarkah wanita sesibuk dirinya mahu belajar secara talian? Lalu saya mengambil pendekatan mengajarnya secara offline saja.

Bisnes Hujung Jari

Memandangkan saya hanya menumpang teman, saya berjalan kaki sahaja ke rumahnya dari pasaraya besar berdekatan.

Tidak jauh pun, lima minit berjalan saya pun sudah terpacak di pintu pagar kediamannya.

Ternyata wanita ini sudah berjaya dalam perniagaan yang diimpikan.

Rumah besar, kereta mewah adalah perlambangan yang mampu saya zahirkan kesenangannya pengasas Bisnes Hujung Jari ini.

Namun, kediaman besar itu bukan sekadar mahligai untuknya berteduh, tapi dimanfaatkan menjadi sebuah pusat pengajian Alpha Lipid kepada para protegenya.

bisnes-hujung-jari

Sempat berbual dengan suaminya, Norazuan dia bercerita secara saintifik dan fakta berkaitan makanan kesihatan itu.

Dalam hati saya berbicara sendiri, ‘Kalau punya wang yang banyak, mahu saja menjadi pelanggan setia. Siapa yang tak mahu langsing!’

Seakan Norazuan memahami monolog saya, “Ini bukan soal wang ringgit. Tapi ilmu tentang penjagaan kesihatan diri.”

Ceritanya panjang lagi, tapi otak saya mampu menangkap sejauh itu saja.

Baca : Selesanya kasut Lucca Vudor MEWAH bila dipakai

Selebihnya bagaikan di awang-awangan. Cuma mampu berangan menjadi langsing dan menawan.

Kami memantau mana-mana pelanggan yang serius mahu langsing. Mereka boleh ikut pakej dan jadual pemakanan yang telah dikaji keberkesanannya.

Bukan sekadar ambil susu, mereka boleh bersauna, merasai nikmat infrared secara percuma di spa sebelah ini.”

bisnes-hujung-jari

Impian Menjadi Cantik

Pluf! Saya kembali berpijak di bumi nyata. Tidak lagi berangan mahu menjadi puteri kayangan.

Sebenarnya anda juga boleh menggapai impian menjadi cantik, asalkan tahu cara dan kaedah apakah yang tidak menyeksa badan.

Jangan sampai memaksa diri mahu langsing, berjaya tapi akhirnya diet anda menjadi ‘yo-yo’. Kejap kurus-kejap gempal.

Langsung tidak bagus untuk kesihatan.

Sekarang ini pun sedang berlangsung pencarian Mr dan Miss New Image untuk pengguna Alpha Lipid II. Lumayan hadiahnya mencecah sehingga RM25 ribu ringgit.

Sudahlah langsing, cantik, kaya raya pula tu? Siapa yang tak nak kan?

Bagi anda yang mahu tahu lebih lanjut tentang tawaran itu.

Mencari peluang menjana pendapatan malah menjadi sukses seperti Rosmaliza yang memperkenalkan Bisnes Hujung Jari cari wanita hebat ini di https://www.facebook.com/dserinaanggundzanitabutik

Klik juga laman web ini untuk tahu lebih lanjut tentang Bisnes Hujung Jari: http://sohodirectory.blogspot.com/2013/12/bisnes-hujung-jari.html

Disclaimer : Catatan ini bertarikh 21 Disember 2013

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis

Tags:

Leave a Reply

error: Content is protected !!