Seronoknya belajar Matematik. Eh! betul ke tu? Macam tak boleh percaya je kan. Lebih-lebih lagi, bila seorang wartawan sejati macam saya ini yang menuturkannya.
Eceh! Satu rahsia yang ramai wajib tahu, wartawan memang tak suka. Dan tak sukalah dengan subjek Matematik.
Kalau ada pun, tak ramai jumlahnya.
Kami-kami ini cuma handal dalam bab-bab kira diskaun waktu jualan murah. Itu memang kepakaran yang tiba-tiba berkembang semasa menghadiri majlis pelancaran yang rata-ratanya diadakan di pusat membeli belah.
Hari ini, editor saya Kak Mashi minta saya ‘cover event’ ‘MathBrain’ kendalian Math Monkey Malaysia. Silibus ini dicipta di Hong Kong. Ia berkembang dan akhirnya di bawa ke Malaysia.
Hari itu, barisan meja dan kerusi di Waroeng Iga dekat The Strand di susun bagaikan dalam kelas.
Seronoknya Belajar Matematik
Para wartawan mengambil tempat duduk dan sesi pengenalan pun bermula. Saat MC memperkenalkan para panel, saya dan teman di sebelah bagaikan cacing kepanasan.
Apalah maknanya ‘Seronok belajar Matematik ni.’ Bak kata saya pada rakan wartawan yang lain. Hari itu, ‘Algebra’ akan menjadi ‘Algabra’.
Tapi, bila mendengar penerangan daripada panel Karen Kwan (Pengasas MathBrain) dan Associate Professor Dr Tay Choo Chuan (Universiti Teknikal Malaysia, Melaka), persepsi saya berubah. Ternyata, Matematik itu memang menyeronokkan.
Terutama pada kanak-kanak yang sedang berkembang otaknya. Dari umur 3 tahun mereka sudah berkembang sepenuhnya ‘eksplorasi bahasa’ dalam minda mereka.
Bagaimana pula dengan otak kanan? Dalam MathBrain, mereka mengkaji tentang lima konsep perkembangan otak kanak-kanak terutama dalam matematik.
Ia bukan sekadar nombor tetapi melihat nombor dalam bentuk yang berbeza. Mencari jawapan pada setiap persoalan dengan pelbagai cara.
Bukan satu kaedah semata-mata. Asalkan jawapannya sama, apa kaedah yang digunakan sekalipun, ianya tetap betul.
Matematik itu ada alasannya, mengapa ia begini, mengapa ia begitu. Inilah yang tidak diajar di dalam kelas semasa di sekolah.
Baca sini : kerjaya wartawan diburu deadline setiap minggu
Belajar Matematik Cuma Satu Konsep
Iya, matematik itu hanya satu konsep semata-mata. Mungkin sebab itu, sukar untuk pelajar-pelajar ‘sastera’ seperti saya ini menangkap rasional di sebalik satu-satu persoalan.
Apapun, saya percaya Matematik itu tetap memerlukan latihan berterusan. Samalah halnya dengan membentuk kemahiran menulis.
Ia memerlukan latih tubi yang tidak henti-henti. Rangsang otak kiri dan paksa otak berfikir luar dari kebiasaan.
Apa pun saya akui dari dulu sampailah sekarang ini, persoalan yang sering bermain di minda pastinya berkaitan tentang ‘Penyelesaian Masalah’.
Seringkali saya berfikir, “bagaimana agaknya;
- Orang-orang hebat ini mencipta kejayaan
- Mereka menyelesaikan masalah harian mereka
- Melihat masalah, menjadi peluang.
- Mereka mampu menjadi kaya dan berjaya
Kadangkala jawapannya ada di depan mata, tapi saya sendiri gagal menemuinya. Uniknya, menerusi subjek, kaedah dan teknik MathBrain, mereka berupaya melahirkan kanak-kanak yang pandai menyelesaikan masalah baik dalam dunia matematik mahupun kehidupan seharian.
Saya bukanlah mahu promosikan MathBrain ini kepada ibu bapa, tetapi jika ada yang berminat mahu tahu selepas membaca catatan ringkas saya ini. Anda boleh layari Math Monkey Malaysia.
Perkongsian ‘Seronoknya Belajar Matematik’ dengan lebih terperinci dimuatkan dalam ruangan Psikologi majalah Keluarga keluaran Disember 2014.
Disclaimer : Catatan ini bertarikh 25 September 2014