Impian seorang aku

Setiap orang ada impian, punyai harapan dan pasti mahu impian itu terlaksana dalam hidupnya. Kerana, hasrat hati yang terlaksana boleh membuatkan senyuman sentiasa melebar hingga ke pipi, hati berbunga riang dan mungkin juga ‘poket menjadi tebal’ 🙂

Aku…ada juga impian errr lembutkan sikit bunyinya jadi hasrat hati sahaja. Selagi impian itu tidak terlaksana, ia akan kekal menjadi hasrat hati sahaja. Tapi impian itu tidak akan hilang, sebaliknya ia akan terus memotivasikan diri aku yang kadangkala ‘sengal’ ini.

Pix ini aku dapat dari emel seorang teman lewat dua tahun lalu. Hasil karya agung seorang fotografer Indonesia, Jody Zulkarnaen. Menarikkan! Bagaikan ada kaitan yang dekat dengan entri ini

Impian…hasrat hati…aku…
  1. Mahu jadi surirumah sepenuh masa yang boleh menjaga dan membesarkan Mirza dan Zarif dengan penuh kesabaran. Realitinya, tidak mungkin dapat menjadi seperti itu.
  2. Impian menjadi novelis pula. Opss…ini sudah masuk kategori berangan2..hehehe
  3. Masuk ke bengkel2 memperbaiki diri. Apa2 sahaja asalkan ia menjadi kemahiran peribadi. Manalah tahu kalau2 kemahiran itu boleh jadi salah satu punca rezeki yang baik buat aku dan keluarga.
  4. Ada lesen memandu. Hmmmmmmm…
  5. Ada rumah yang comel, damai, sedap mataku memandang dan tidak perlu lagi berperang dengan hidupan2 liar yang susah hendak dinasihatkan walaupun dengan semburan bygone mahupun ridsect serta serai wangi. Huhuhu…
Itulah cerita dongengan seorang aku. Ahaks! Tapi itu belum lagi masuk bab2 berangan2 mahu memelihara kambing, membeli tanah berekar2 dan macam2 lagilah. Yang merepek2 a.k.a merapu tahap cipan baik simpan sahaja dalam lipatan sejarah. Yang pasti banyakkan berdoa dan terus mengasihi kedua orang tua kita (selagi hayat mereka masih ada inilah peluangnya..). Juga sentiasa mohon restu dan keberkatan daripada mereka. Klisekan bunyinya… tapi doa yang paling mujarab adalah doa milik seorang ibu. Ada di nyatakan dalam hadis ya!

en Yem sekarang ini pun ada impian besar. Setiap hari dia akan luahkan apa yang diimpikannya itu. Dalam seloroh (tapi serius sebenarnya) aku minta dia mohon restu mak Perak. Aku ajar en Yem agar bisikkan ke telinga mak Perak kata-kata, “Mak, doakanlah Amin (panggilan manja en Yem di kalangan adik beradik ya!) dapat beli … (biarlah rahsia antara kami berdua)”. en Yem cuma balas kata-kata aku dengan sebuah senyuman yang panjang lagi bermakna.

Leave a Reply

error: Content is protected !!