Masak lemak kencur ikan keli ini pertama kali saya cuba. Masakan orang Jawa yang sedap resepi original mak saya. Ada banyak versi masak lemak kencur.
Kencur itu bahasa orang Jawa. Bahasa Melayunya dipanggil cekur. Daun cekur ini mempunyai bau yang harum dan tersendiri. Orang Jawa panggil ikan keli ni Lele. Sebab itulah ada yang panggil dia Kencur Lele.
Dicampurkan dalam masakan lemak atau sambal belacan, akan memberi rasa autentik pada masakan itu sendiri. Masak lemak kencur ini bukan saja untuk ikan keli. Ikan lain macam ikan pari, ikan talapia mahupun ayam pun sesuai buat masak kencur.
Resepi Ikan Keli Masak Lemak Kencur
Durasi memasak : 45 minit
Bahan-bahan masak lemak kencur
- 7 ekor ikan keli – garam dan kunyitkan
- 4 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 10 biji cili padi – saya campur cili merah dan cili padi hijau
- 6/7 biji ubi kencur – saya letak banyak
- 7/8 helai daun cekur – dihiris halus (jari jemari saya tak dapat hiris haluslah pulak.. hahaha)
- 1 santan kotak kecil Kara
- Sedikit bancuhan asam jawa dan gula (untuk hasilkan air asam jawa yang sedap kena pandai ejas bagi tak rasa masam. Mak saya ajar gitu.)
Cara Masak Lemak Cekur Ikan Keli (Langkah Demi Langkah Bergambar)
Bakar bawang merah, bawang putih dan cili padi sampai sedikit layu.
Sementara itu boleh salai ikan keli yang dah digaram kunyit atas pemanggang. Saya guna kuali non stick je.
Tumbuk bahan bakar ini bersama biji cekur dalam lesung sehingga lumat. Ubi kencur tu tak perlu dibakar ya. Tumbuk dalam keadaan fresh macam dekat atas tu.
Tumis bahan tumbuk tadi dengan sedikit minyak sampai naik bau. (saya guna kuali non stick yang sama untuk bakar ikan. Sebab kan ada lebihan minyak ikan tadikan. Dia akan jadi perasa tambahan yang sedap nanti)
lesung yang kosong tu masukkan air dalam dia. Nanti air lesung tu boleh masukkan dalam bahan tumisan yang dah naik bau tu.
Masukkan air asam jawa sesudu dua (jangan banyak, nanti masam pulak).
Kemudian, masukkan santan kotak kecil itu. Kalau pekat sangat, tambahlah air sikit.
Perasakan dengan garam dan perasa (optional)
Dah rasa sedap tu, masukkan ikan keli. Siram-siramkan atas ikan keli dan tabur hirisan daun cekur tu.
Cara Salai Ikan Keli Guna Dapur Gas
Cara nak salai ikan keli atas api dapur ini mudah saja. Saya gunakan kuali non stick yang tak melekat ini. Api kenalah perlahan, cuma ambil masa sedikitlah ya.
Sebab nak dapatkan kesan terbakar pada ikan keli saya tu kan.
Ikan keli perlu digaram kunyitkan dahulu, barulah dibakar dengan api perlahan. Bila dah masak isi ikan itu, bolehlah angkat.
Tanda nak tahu isi ikan masak, bila kita balikkan kulit ikan tak melekat pada kuali.
Mudah sangat nak buatnya. Kalau nak kesan lebih menarik, boleh juga bakar dalam bekas berjaring ataupun pan pemanggang. Itu pun boleh juga.
Saya ini guna mana yang ada kat rumah ini je.
Masak Masak Lemak Kencur Jawa Ada Banyak Cara
Masak keli kencur ini sebenarnya ada banyak cara. Ada yang bahan tumbuk tu digoreng dulu. Dan ada yang tak perlu ditumis, tetapi direbus terus dengan santan.
Jika anda mahu masukkan belacan, bakarlah dahulu belacannya. Macam saya masak lemak kencur ini tak letak belacan. Sebabkan ada orang gout di rumah ini.
Kesemua cara itu tiada yang salahnya.
Tetap, apa pun caranya akan menghasilkan masak lemak cekur yang sedap pada akhirnya. Yang saya kongsikan ini adalah cara mak saya buat keli kencur ini. Mungkin orang lain, lain caranya.
Baca juga : Resepi sotong tin REX mudah masak tumis
Cara Makan Daun Cekur
Daun cekur ini boleh dimakan begitu saja. Jadikan ulam, buat sambal belacan, cicah dengan budu, cencalok mahupun dimasukkan dalam bahan pencicah yang sedap.
Pucuk cekur ini berbau wangi dan rasanya pedas-pedas.
Mungkin sebab itulah, daun cekur ini sedap dimasukkan dalam urap, pecal, nasi kerabu, nasi ulam dan sebagainya.
Buat sambal belacan kencur santan pun sedap yakmat.
Khasiat daun cekur pun banyak antaranya meredakan batuk, demam malah sakit kepala.
Tumbuhan cekur ini juga sejenis herba dari pokok yang renek. Cuma nak menanamnya ni pun kena ada kemahiran juga.
Sebab saya pernah cuba menanam pokok cekur, sekejapan saja hayatnya.
Read More
Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Rasanya pernah makan dulu. Sedap! Eh manalah nak cari di N9 ni hehehe.
Kalau ada pokok cekur tu dah boleh masak kat rumah.