ambil troli

‘Kau Ambil Troli Siapa Tu’ Kasihan Makcik Terpinga-pinga

Cerita saya ambil troli makcik di pasaraya tanpa sengaja kiranya dah viral di kalangan geng reporter majalah Keluarga. Punya lucu, sampai ‘pecah perut’ mereka gelakkan saya.

Waktu itu, kalau ada event di Karangkraf, wartawanlah antara yang paling kalut ribut. Mana nak menaip ‘story’, mana nak urus hadiah sponsor, mana nak beli barang keperluan event lagi. Dan dalam kekalutan inilah jadi peristiwa lucu sebegini.

2015, Giant Shah Alam #ceritalakalaka

Mencari Hadiah Sponsor Untuk Majalah Keluarga

Sedang kalut mengambil hadiah sponsor untuk karnival dengan Khairun Nisa, kak Mashitah Abd Rahman call minta kami belikan marker pen.

Katanya, esok Eja (pelakon Siti Shahrizah ) nak sign dekat mini poster yang team Keluarga sediakan. Kebetulan kitaorang memang nak beli barang elektrik untuk hadiah sponsor Karnival Karangkraf. Masing-masing set mahu beli di Giant saja.

So, kitaorang parkinglah. Ambil troli terus ke rak barang dapur. Selesai pilih periuk-kuali, Nisa tolak troli ke rak barang elektrik.

ambil troli

Ambil Troli Makcik Tanpa Sengaja

Saya di belakang Nisa. Sempat perhati depan kami ada dua beranak leka berbual. Anak dengan mak itu tengah pilih barang.

Nisa depan saya. Laju dia berjalan melepasi anak-mak tadi. Berdesup, tiba-tiba hilang dari pandangan saya.

Haish! Nisa ni. Kenapa blah macam tu je. Tak bawa troli sekali?” saya gumam sendiri.
Laju tangan saya ambil troli depan mata, tolak lepasi pasangan anak beranak tadi.

Sampai satu lorong saya bertembung dengan Nisa. Di tangannya ada troli.
Kak Net! Kau ambil troli sapa tu?”
Saya gelabah ayam.

ambil troli

‘Mana Troli Kita’ Bergetar Suara Makcik Risau

Sayup-sayup, saya dengar suara kecil halus sedang mencari, “Mana troli kita.. mana troli kita..”
Datang dari arah dua beranak tadilah.
Kiri kanan melilau mencari.

Aduh! Serabut. Macam mana boleh terambil troli makcik tadi plak.
Lari-lari anak saya serah troli tu dekat makcik.. “Makcik maaf.. maaf.. saya terambil troli makcik ni.” Berdesup saya lari.

Nisa perati je aksi kartun saya dari jauh. Gelak guling-guling tak hengat.

Kecoh betul kisah itu. Satu majalah Keluarga sakan gelakkan saya. Saya kira ini lawak laka-laka paling ‘win’ pernah saya buat untuk tahun 2015.

Leave a Reply

error: Content is protected !!