rezeki-yang-berkat

Rezeki Yang Berkat Walau Sedikit Mencukupi

Rezeki yang berkat walau sedikit mencukupi. Alhamdulillah, andai dikurniakan kenikmatan rezeki yang berkat dalam hidup.

Bak kata-kata yang pernah saya terbaca, ‘rezeki yang berkat sedikitnya cukup’. Sungguhkan macam tu.

Sebenarnya saya terbaca perkongsian adik blogger Sii Nurul tentang ‘jangan buat fitnah semata nak kejar trafik’ Dan disebabkan saya sejenis tertinggal keretapi, tak tahulah asas kisah tersebut.

Tidaklah saya mahu mengulas apa yang Nurul kongsikan. Sebab penjelasan yang Nurul beri pun mudah untuk dihadam oleh sesiapa pun.

Cumanya, saya tetap percaya bahawa rezeki yang berkat itu tetaplah cukup selagi kita sentiasa berasa berusah untuk mencari yang halal.

Dan sentiasa bersyukur dengan setiap hasil titik peluh yang diperolehi. Kita tak rasa berkeluh kesah walaupun hakikatnya tak ada duit pun dalam tangan.

5 Tanda-tanda Rezeki Yang Berkat

Rezeki yang sentiasa dimurahkan boleh dilihat daripada tanda-tanda yang dikongsikan ini. Tentunya matlamatnya adalah untuk meraih pandangan Allah SWT dan diberikan ketenangan hati.

Walau Gaji Kecil, Sentiasa Rasa Cukup

Kenapa walau gaji kecil tak rasa susah hati. Kerana pada ketika itu sudah dipasangkan niat mencari rezeki kerana Allah SWT.

Setiap hasil titik peluh adalah untuk memberi manfaat kepada orang lain. Selain kegunaan diri sendiri.

Gaji kecil tetap mencukupi untuk keperluan keluarga. Sedikit habuannya disyukuri, lebih habuannya juga disyukuri. Malah, ada yang dapat disedekahkan kepada orang lain.

Apabila Anak-anak Mendengar Kata

Sungguhkan anak-anak yang mendengar kata juga satu keberkatan rezeki untuk mak ayah. Tenang dan lapang saja rasa hati.

Mak ayah minta anak-anak buat, terus anak buat tanpa memberontak. Bila tidak memberontak, hati pun lapang terbuka luaslah pintu rezeki mak ayah sama.

Sebab itulah kena adanya ikhlas ketika bekerja. Walaupun ikhlas tu antara anda dan tuhan saja yang tahu.

Bila ikhlas tidaklah berkata-kata dibelakang majikan. Duit gaji yang kita bawa pulang itu nanti kan untuk membeli keperluan makan minum dan pakai anak-anak.

Malah, keluarga juga.

Keberkatan Rezeki Melalui Ibadah Yang Mudah Lagi Lapang

Baik mahu melakukan ibadah wajib mahupun sunat. Seperti solat lima waktu, solat sunat malah berpuasa sunat mudah saja nak lakukannya.

Tidaklah hati rasa berat. Dek kerana kekangan perasaan yang berbaur-baur keresahan,

Solat pun jadi cepat. Asal dengar azan, cepat-cepat mahu ambil wudhu dan menunaikan solat dengan segera. Tanpa bertangguh-tangguh.

Baca juga : Doa 10 malam terakhir Ramadan bertemu Lailatul Qadar

Doa Yang Dimakbulkan

Apabila memakan dari rezeki yang haram, doa jadi susah untuk dimakbulkan. Sebab itulah fardhu (wajib) untuk setiap orang Islam mencari yang halal.

Doa yang dipanjatkan kepada tuhan mudah untuk dimakbulkan.

Kena ingat juga, rezeki bukan semata bentuk duit. Rezeki ini luas. Anak yang dengar kata, suami yang setia, jiran tetangga yang baik, adik beradik ipar duai yang tak banyak kerenah.

Itu semua juga bentuk rezeki.

Semoga kita semua dikurniakan rezeki yang tidak disangka-sangka akhirnya.

Baca Juga : Ustaz Kazim kongsi doa memudahkan sakaratul maut

Keluarga Jadi Harmoni Dan Beramal Soleh

Rezeki yang berkat juga membawa kepada keluarga yang stabil. Tidak huru hara hidupnya. Sentiasa berjalan dengan aman.

Tetapi jangan pula bila diberi tanda-tanda keberkatan rezeki sebegini, anda menuding jari pada keluarga yang diuji. Kadangkala di pandangan mata kita nampak mereka diuji dengan susahnya.

Tetapi, mereka yang diuji tidak merasai susah itu. Sebaliknya dalam kesusahan itu mereka tetap bersyukur dan terus beramal soleh. Mereka tetap merasa ringan dengan ujian tuhan.

Poin ini hanyalah sebagai guideline untuk diri sendiri juga. Agar sama-sama memperbaiki diri pada masa akan datang.

rezeki-yang-berkat
Kredit foto : Pexels by thirdman

Cara Memperoleh Rezeki Yang Berkat

Mencari rezeki yang berkat pun memerlukan usaha diri sendiri juga. Cubalah walaupun ianya sukar. Semoga dipenghujungnya tuhan memberikan kebaikan untuk kita juga.

Antara yang boleh dilakukan adalah;

  • Carilah pekerjaan yang diredhai Allah
  • Menjaga hubungan baik sesama manusia
  • Bersedekah dalam setiap rezeki yang diperoleh
  • Jangan abaikan ibadah wajib dan top up dengan ibadah sunat
  • Ada rasa belas pada haiwan, beri makan pada haiwan
  • Didik hati untuk menjadi insan yang baik dan bertakwa. Misalnya anak yang mithali, isteri yang taat, suami yang bertanggungjawab.

Doa Rezeki Yang Berkat

Dalam pada bekerja pagi hingga petang, janganlah lupa pada Allah yang memberi rezeki. Selain membaca doa memulakan pekerjaan, boleh juga mohon doa dapat rezeki yang berkat.

Sentiasalah berkata-kata yang baik agar keberkatan sentiasa ada di sekeliling kita.

rezeki-yang-berkat

Pesan Ustazah Asma’ Harun, setiap pagi sebelum atau selepas subuh. Amalkan zikir Allah Ya Bariq (Allah Yang Maha Merancang)

Allahumma Ya Bariq sehingga 40 kali dan tutuplah dengan doa ini.

Ya Allah, aku serahkan hidupku, keluargaku dan seluruh kehidupanku untuk diaturkan olehMu Ya Allah, untuk diuruskan olehMu Ya Allah.”

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis

2 Comments

  1. Sr January 13, 2023
    • nettyahhiyer January 14, 2023

Leave a Reply

error: Content is protected !!