amalan sunat hari jumaat

Baca Al Kahfi, 5 Lagi Amalan Sunat Hari Jumaat

Banyak amalan sunat hari Jumaat yang boleh dilakukan oleh setiap muslim. Antara yang sering didengar adalah membaca surah Al-Kahfi.

Berada di zaman serba mencabar keimanan ini, amalan sunat membaca surah Al-Kahfi di hari Jumaat sebaiknya dijadikan kebiasaan. Ianya boleh dilakukan pada malam Jumaat.

Tapi orang yang kadang ok, kadang tak ok macam saya ini. Bacalah secara berperingkat. Nak menghabiskan satu surah tu rasa panjang kan, jadi antara tip yang boleh dibuat bacalah helaian demi helaian setiap habis selesai solat waktu.

Amalan Sunat Hari Jumaat Yang Boleh Dilakukan

Sebenarnya, amalan sunat hari Jumaat ini adalah satu kelebihan yang kita kena ambil peduli sebenarnya.

Sebab, bila kita buat dapatlah pahala sunat yang macam Allah janjikan.

Membaca surah al-Kahfi

Saya terbaca di facebook menyatakan, ‘ibu ayah yang membaca al Quran akan menjadikan hati anak-anaknya lebih lembut.’ Saya kira, ada kebenarannya.

Tapikan paling utama, menjadikan hati ibu bapa itu sendiri lembut sebenarnya. Barulah turun ke anak-anak. Moga jiwa saya yang keras kejung ini tuhan lembutkan sedikit bak kerak nasi yang lembut.

amalan sunat hari jumaat
Kredit foto : Pexel via thirdman

Sabda Rasulullah SAW: “Barang siapa yang membaca Surah al-Kahfi pada malam Jumaat, dia akan disinari cahaya antara dia dan Kaabah.” (Riwayat al-Darimi)

Dalam sebuah lagi hadis, baginda SAW bersabda: “Barang siapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (Riwayat al-Baihaqi)

ini kelebihan untuk mereka yang menjadikan surah sunat hari Jumaat ini sebagai amalan untuk dibaca.

Baca juga : ustaz kazim kongsi doa memudahkan sakaratul maut

Bersihkan Diri Sendiri

Sebaiknya pakailah pakaian yang bersih dan wangi. Ini pun perkara sunat hari Jumaat. Boleh lakukan mandi sunat Jumaat di pagi hari. Niatnya, “sahaja aku mandi sunat Jumaat kerana Allah Taala.”

Jangan pula malas mandi sampai berhari-hari.

Bagi yang lelaki kan hari Jumaat itu perlu menunaikan solat Jumaat di masjid, bersihkanlah diri dengan bersugi (menggosok gigi), memakai pakaian yang bersih dan memakai wangian.

Taklah jemaah lain berasa kurang selesa ketika berada dalam saf nanti.

Bagi orang perempuan, berwangi-wangi itu tidaklah sampai perlu memakai perfume sebotol.

Lazimnya disarankan memotong kuku pada hari Jumaat. Namun, tiada hari-hari tertentu ditetapkan dengan kaifiat tertentu dalam hal ini.

Kerana tiada nas yang jelas tentang perkara itu menurut pandangan Imam al-Sakhawi dan selainnya. (rujukan Sinar Harian)

Berselawatlah Ke atas Junjungan Nabi Muhammad s.a.w

Digalakkan perbanyakkan berselawat pada hari Jumaat. Sabda Rasulullah s.a.w “Dan berselawatlah ke atasku, sesungguhnya selawat kami akan sampai kepadaku dimana saja kamu berada.” (HR Abu Daud)

Hari yang paling baik untuk berselawat adalah pada hari Jumaat. Hari-hari biasa pun kenalah baca juga sama.

Cuma lebihlah sebagai amalan hari Jumaat yang barakah.

Ia menzahirkan rasa kecintaan seorang hamba kepada baginda. Jika dapat buat kiraan, usahalah untuk berselawat lebih daripada 20 kali sehari.

Nak lebih terperinci, boleh berselawat 20 kali setiap kali solat fardhu. Bermakna akan dapat 100 kali selawat untuk setiap hari.

Semoga Allah permudahkan ingatan kita untuk melakukan amalan sebegini.

Solat Sunat Dhuha

Ibadah solat sunat dhuha ini dilakukan pada sebelah pagi, di antara waktu solat Subuh dan solat Zohor. Sekarang inikan, waktu Subuh dah cepat.

Waktu solat dhuha boleh dilakukan sekitar 20 ke 30 minit selepas terbit matahari. Baca di Shafiqalbu untuk pengiraan waktu dhuha berdasarkan formula falak.

Boleh dikerjakan dua, empat, enam atau lapan rakaat.

Sabda Rasulullah SAW: “Pada pagi hari, setiap ruas tulang salah seorang di antara kalian itu ada sedekahnya. Maka, setiap tasbih (ucapan Subhanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (ucapan Lailaha illallah) adalah sedekah, setiap takbir (ucapan Allahu akbar) adalah sedekah), memerintahkan kepada kebaikan adalah sedekah, melarang daripada kemungkaran adalah sedekah dan yang mencukupkan daripada semua itu adalah dua rakaat solat duha.” (Riwayat Muslim)

Berdoa Di Hari Jumaat

Sunat hari Jumaat perbanyakkan berdoa kerana Allah telah meletakkan satu tempoh istimewa. Yang mana, permintaan hambaNya dikabulkan pada hari Jumaat.

Rasulullah SAW bersabda: “Pada hari Jumaat ini ada satu masa yang sekiranya ditepati oleh seorang Muslim dalam keadaan dia bersolat meminta sesuatu daripada ALLAH SWT, pasti ALLAH SWT akan memperkenankan permintaanya itu”. (Riwayat al-Bukhari)

Sebaik selepas solat, janganlah terus bangun. Duduklah sebentar untuk menadah tangan dan memanjatkan doa pada rabbul ‘alamin. Orang yang tak berdoa kepadaNya itu kan orang yang sombong.

Janganlah kita jadi dalam golongan itu.

Setiap hari, saya selalu minta Allah bantu saya ini. Kasihani saya ini, hambaNya yang lemah dah tidak berdaya. Dalam apa juga perkara yang mahu dilakukan. Saya sentiasa mengharapkan pertolonganNya. Amin.

Dilimpahi kekayaan dan kemurahan rezeki dariNya.

amalan sunat hari jumaat
Kredit foto : Pexel via Mohamad Tamer

Buat Banyak Perkara Kebaikan Jadi Amalan Sunat Hari Jumaat

Antaranya bersedekah pada hari Jumaat. Ini amalan sunat hari Jumaat yang sangat dianjurkan. Bersedekah takkan menjadikan seseorang miskin hina.

Amalan bersedekah menjadikan seseorang lebih kaya. Hari Jumaat itukan penghulu segala hari. Jadi, besarlah pahala mereka yang melakukan amalan ini pada hari Jumaat.

Dan boleh juga bersedekah pada hari lain juga. Jangan bimbang, tetap ada ganjaran pahala untuk pemberi sedekah. Sedangkan baru berniat pun malaikat dah catat, inikan pula bila anggota badan ikut serta melakukan ibadah.

Ukuran pahala untuk anda itu hanya Allah juga yang mengetahuinya.

Bersangka Baik Dengan Allah

Jadi, di hari penuh barakah ini marilah kita menggandakan ibadah masing-masing. Jangan lah kerana perbezaan pendapat dan pandangan, kita bergaduh sesama saudara.

Sebenarnya, bila hati boleh belajar meraikan perbezaan, belajar berbaik sangka dengan Allah dan paling penting bersyukur dengan setiap kurniaan dan ujian yang diberikan.

InsyaAllah, hati akan menjadi lebih tenang dan bahagia. Cubalah!

Baca juga : Salam Jumaat

Tags:

3 Comments

  1. AZni November 25, 2022
  2. Myzan November 25, 2022
  3. wawa azwa November 25, 2022

Leave a Reply

error: Content is protected !!