Safi Shayla Tonik melebatkan rambut gugur | Masalah rambut gugur ini memang dah lama saya hadap. Dari selepas bersalinkan anak-anak, dia punya gugur rambut tu tak leh bawa bincang.
Asal mandi je, berguguranlah rerambut tu. Itu tak masuk bab sikat rambut lagi. Tapi dulu masa saya bebudak merangkap remaja, rambut ni memang tebal.
Lepas bersalin je dia jadi gitu. Mungkin ini pun jadi punca keguguran rambut juga kan. Sampai bibik vacum saya pun stress nak sapu rumah ni. Pasai dok lekat rambut sesaja.
Sebab stress kan saya pun google lah masalah rambut gugur selepas bersalin, Nak-nak pula saya wanita bertudung kan. Punca jugak tu.
Tapi bukanlah tudung tu punca rambut gugur.. sendiri lah yang tak care bab-bab mahkota wanita ini.
Punca Keguguran Rambut Selepas Bersalin
Haa.. saya senaraikan secara ringkas apa yang saya jumpa ini.
- Sebab estrogen dalam badan turun mendadak. Semasa mengandung, estrogen wanita hamil ini meningkat. Jadi, keguguran rambut itu jadi lambat. Selepas bersalin, estrogen ini turun mendadak.
- Stress pun jadi punca. Mana nak jaga bayi menangis, kurang tidur jaga baby. Itu yang boleh jadi disfungsi serebrum koteks dan disfungsi saraf autonomi. Saraf yang kawal saluran darah rambut pun terjejas sama, itu yang sebabkan kekurangan zat dan kekurangan rambut.
- Bila rambut gugur, jadi takut nak cuci atau sikat rambut (masa dalam pantang). Akibatnya rembesan sebum dan debu bercampur hingga jejaskan bekalan darah ke kepala. Terjadilah jangkitan kulit kepala yang sebabkan rambut gugur.
Rawat Masalah Rambut Gugur Dengan Safi Shayla Tonik Di Rumah
Semakin lama, makin kronik masalah rambut gugur saya ini. Memandangkan saya bertudung, maka kenalah cari produk perawatan rambut yang bersesuaian.
Kebetulan terjumpa set Safi Shayla Hijab Haircare Expert.
Yang memfokuskan kawalan rambut gugur & minyak (hair fall & oil control) untuk wanita bertudung. Set perawatan rambut gugur Safi Shayla yang menggunakan teknologi Hijab Scalp Biotics ini ada 5 produk kesemuanya.
Produk baru dia, Safi Shayla Tonik ni yang buat teruja. Sebab, ianya tonik pelebat rambut dan penguat akar untuk kulit kepala yang bermasalah tu.
Anda yang nak cuba rawat masalah dagu berlapis dengan Safi Youth Gold boleh baca saya kongsi ini.
Cara Guna Set Safi Shayla Hijab Haircare Expert
Cara penggunaan set Safi Shayla khas untuk wanita bertudung ini saya terang satu per satu dekat bawah ni ya.
Mulakan Dengan Safi Shayla Shampoo Hair Fall Control
Syampu Safi Shayla ini diformulasi dengan teknologi Hijab Scalp Biotics. Yang mana, rumusan dalamnya dicipta khas untuk pengguna hijab. Agar mencapai keseimbangan dan kesihatan kulit kepala secara holistik.
Dalamnya ada 7 Habbatus Sauda Complex iaitu ada habbatus sauda, zaitun, kurma, delima, buah tin, saffron dan madu yang beri bekalan pada kulit kepala.
Ada juga ginseng berfungsi untuk menguatkan akar rambut hingga hujung rambut.
Berdasarkan kajian makmal, Pro-vitamin B5 yang ada dalam syampu ini menguatkan struktur akar rambut dan mengurangkan keguguran rambut sehingga 83% yang disebabkan kerosakan rambut.
Cara guna Safi Shayla Shampoo : Basuh rambut dengan syampu Safi Shayla, buat urutan juga di kulit kepala. Dan bilas.
Masker Penyegar Kulit Kepala Safi Shayla (Refreshing Scalp Mask)
Kelebihan Masker rambut Safi Shayla ini, ia memelihara kulit kepala, mengurangkan sebum, menguatkan folikel rambut dan menghilangkan bau kepam.
Berdasarkan kajian klinikal selepas 5 kali penggunaan, berkesan mengurangkan rambut gugur. Kulit kepala pun bebas minyak dan sihat serta kekal harum selama 72 jam.
Cara penggunaan : Selepas bersyampu, ratakan masker penyegar kulit kepala Safi Shayla Kawalan Rambut Gugur & Minyak dan urut perlahan-lahan selama 1 minit. Kemudian bilas hingga bersih.
Bila saya pakai masker penyegar ini, perasaannya macam memakai perapi untuk rambut.
Spray Pula Tonik Pelebat Rambut & Penguat Akar (Hair Tonic)
Di bawah rangkaian penjagaan Kawalan Rambut Gugur Safi Shayla ini, Safi Shayla tonic ini produk TERBARU yang dikeluarkan.
Ini kelebihan Safi Shayla Tonik rambut gugur :
- Mengandungi bahan penguat akar rambut, 7 habbatus sauda complex dan ginseng merah Korea berkualiti tinggi dan Niacinamide.
- Terbukti 73 peratus menjadikan akar rambut lebih kuat dan 57% mengurangkan keguguran rambut dari akarnya.
- Tonik Safi Shayla ini juga berkesan menambah kelebatan rambut gugur sebanyak 4.6 kali ganda.
- Sebaik spray di kepala rasa sejuk je. Sapu-sapu dan rasa ringan, cepat meresap masuk ke akar rambut. Yang penting tak berminyak serta berbau wangi.
Kulit kepala jadi sejuk pun iya. Ringan je nanti.
Cara pakai tonik rambut : Selepas bersyampu dan memakai masker penyegar rambut, semburkan tonik pada kulit kepala. Urut kulit kepala beberapa minit dan biarkan mengering. Kesan yang lebih baik, gunakan dua kali sehari.
Semburkan Serum Rambut Safi Shayla
Bila mana kita bertudung ni, rambut mudah jadi kepam dan berbau. Lagi-lagi kalau tak kering betul, terus pakai tudung.
Seharusnya keringkan rambut betul-betul rambut guna hairdryer. Baru pakai tudung atau shawl. Sebab itulah kena pakai serum ini.
Serum rambut ini dapat menguatkan struktur dalaman rambut dan memperbaiki rambut yang rapuh. Ia juga mengurangkan rambut bercabang akibat geseran sikat.
Percaya atau tidak, serum rambut Safi Shayla ini jadikan rambut lebih sihat bermaya dan lebih bersinar. Baunya pun best.
Dan tahan 72 jam.
Cara penggunaan : Bila dah apply tonik pelebat rambut Safi Shayla tu, picit 1 ke 2 titik serum rambut di telapak tangan. Ratakan di seluruh rambut. Gunakan setiap hari.
Baca juga : Terbukti kasut raya perempuan Larrie 2023 terpaling selesa
Mist Parfum Rambut & Hijab Safi Shayla
Perawatan terakhir ini bertujuan memberi perlindungan ekstra untuk mengunci dan mengekalkan nutrien rambut agar lebih kuat dan sihat.
Mist rambut ini cepat je mengering. Kalau spray kat tudung pun takkan tinggalkan kesan tompokan pada fabrik tudung.
Cara Penggunaan : Goncang botol dan semburkan dengan sekata di antara 15cm daripada rambut kering selepas bersyampu dan di atas tudung ke shawl ke.
Nanti dia akan berikan kesan bauan yang wangi pada bahagian rambut kita. Best kan.
Dah cerita panjang-panjang ni tentu nak tahu kan mana nak dapatkan produk perawatan rambut gugur yang boleh buat sendiri di rumah macam ini.
Mudah saja. Anda bolehlah beli produk must try tonic rambut gugur ni di Watsons atau Guardian.
Percayalah! Tak menyesal guna.
Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis
Biasa pakai syampunya saja. Nanti nak try serum rambut Safi pulak.
Sila kak.. sila.
Wow ada ye tonik utk rmbut gugur, mesti best ni
Ada kak Reen.. ni produk latest safi shayla. Best pakai.
trima kc infonya… nanti try laa
Wahh dah ada hair tonic pula..mmg best pakai safi Shayla ni..dah la wangi mampu merawat masalah rambut pula tu
Wah!! ada yang baru .. mesti beli ni.. time kasih share .. lau tak tahu ni ada tonik rambut safi
Lawanya packaging. Saya kalau beli shampoo kadang suka tgk botolnya dulu kemudian baru baca bahan-bahannya. Padahal patutnya baca bahan dulu..anyway, boleh try juga nih nanti 🙂
Produk Safi Shayla sangat menarik dan cuba dan akan repeat lagi… memang berkesanan untuk rambut gugur love sgt dengan serum dan tonik tu…
Safi Shayla ni kak pip pakai yg kaler biru, memang puashati.
Kak pip pernah rambut gugur hampir botak kepala suatau ketika dulu, mmg kena wajib pakai tonik baru rambut kembali sihat.
So yg ada masalah rambut, maybe boleh cuba produk Safi yg kaler oren ni pula.