Syukurlah dapat sampai rumah dengan selamat | Hari ini tugasan aku serba mencabar. Terutama apabila terpaksa menunggu lama untuk naik train komuter.
Fuh! kalah negara Bangladesh aku rasa.
Padat sepadat-padatnya. Lautan (maknanya memang ramailah kan…) manusia yang menanti untuk pulang ke rumah masing-masing.
Di campur dengan train komuter yang terhad jumlahnya.
Laluan aku dari KL Sentral ke Shah Alam. Aku sampai stesen KL Sentral jam 5.45 dan aku berjaya naik train itu jam 7.50 malam. Haaaaaa…. bayangkanlah berapa lama aku berkampung kat situ.
Terlepas Tiga Train, Terpaksa Menunggu Berjam-jam
Train pertama terpaksa dilepaskan sebab tak dapat langsung nak masuk dalam train itu.
Sesak betul.
Train kedua dilepaskan sekali lagi atas alasan yang sama.
Sempatlah pula mengkaji kenapa orang ramai tak dapat nak lepas ke dalam train.
Keadaan komuter yang terhad pintunya menyukarkan orang untuk masuk sampai ke bahagian tengah. Takut-takut bila dah sampai ke bahagian tengah, susah pula nak keluar dari train sardin itu.
Train ketiga sekali lagi dilepaskan atas alasan yang masih sama.
Aku rasa selain upgrade koc wanita KTM patut upgrade servis sistem komuter ini. Mungkinlah mereka ada alasan tersendiri kenapa sampai hari ini sistem kerja itu masih sama seperti sebelum-sebelumnya.
Akhirnya tak dapat tunggu lama aku perlu bertindak. Takkan nak tunggu sampai jam 10 baru boleh sampai rumah. (bagi orang yang dah lama tak naik train… inilah nasibnya).
So aku ada petua yang canggih kalau jadi macam situasi aku nih. Tapi kenalah pastikan tak bawa anak kecil atau orang lain.. praktikal bila bawa diri sendiri saja.
Baca : Debar menemuramah wartawan veteran Dato’ Jamelah A Bakar

Petua Naik Train Dengan Selamat Ketika Sesak
- Berdoa kepada Allah semoga dipermudahkan setiap perjalanan/urusan yang akan dilalui sebentar lagi. Doanya: Rabbi Yassir Wala Tu’assir Ya Karim.
- Berdiri di garisan yang telah diarahkan oleh jurucakap dari speaker stesen KTM tu. Walaupun ramai orang berdirilah saja di situ. Jangan jauh-jauh sangat..Pastikan orang depan dalam 2 orang je, maknanya kita di line ketiga.
- Diam-diam saja dan perlahan-lahan rapatkan diri anda ke arah pintu. Dalam keadaan berebut-rebut itu, pasti ada orang belakang yang akan berasak-asak dan menolak/menekan anda ke dalam koc keretapi.
- Jangan tahan diri, sebaliknya ikut saja tekanan yang diberikan oleh orang belakang.
- Alhamdulillah, petua itu berjaya dan memasukkan aku dengan selamat ke dalam gerabak keretapi yang penuh sesak itu.
Amaran keras!
Hanya praktikkan kaedah ini di koc wanita sahaja. Takut kalau bercampur-campur boleh mendatangkan isu raba meraba.
Pakcik teksi yang bawa aku ke Karangkraf beritahu rupanya kesesakan itu akan bermula seawal jam 4 lagi.
Fuh!
Tabik springlah bagi pengguna-pengguna komuter nih (terutama waktu puncak itu).
Semoga kalian diberikan kesabaran yang tinggi dari Yang Esa dan dapat menaiki train dengan selamat. Dan yang paling bestnya, aku naik teksi bertaraf Naza Citra dengan harga RM5 untuk 2 orang penumpang.
Maknanya tambang aku dari komuter stesen Shah Alam ke Karangkraf malam itu cuma RM2.50. Alhamdulillah, semoga pakcik teksi Naza Citra itu dimurahkan rezeki oleh Allah.
Disclaimer : Catatan ini bertarikh 5 Oktober 2010
PS : Sekarang dah tak rasa bersesak-sesak gini. Sejak pandemik melanda negara, segalanya berjarak dan masing-masing hidup dalam norma baru yang lebih berjaga-jaga. April nanti kita akan memasuki endemik, berdebar juga. Doa sajalah yang baik-baik semoga kita dilindungiNya dari Covid-19.
Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis
teringat kenangan menaiki bas mini masa belajar di UM dari thn 91 hingga 97 dulu. Bersesak2 dlm tu. Tambang 60 sen je sekali naik.