Siapa dah tengok Squid Game? Program TV Popular di Netflix global ini sedang trending satu dunia. Dan berada di carta tontonan antara tertinggi termasuklah Malaysia.
Ramai rupanya yang suka layan drama bergenre survival game ini. Termasuklah En Yem dan Zarif dekat rumah ini.
Saya cuma dapat bertahan selama 15 minit awal siaran di Netflix saja. Sampai part ‘patung’ lampu merah, lampu hijau tu, jantung saya dah mula on off.
Kejap-kejap lagi ke bilik kerja, kejap-kejap jenguk balik di Netflix.
Tapi, en Yem sambil tengok tu tak habis-habis sebut cerita ini best. Lain dari yang lain dan tengah trending.
“Macam game Running Man tu.. nanti dia kena masuk dalam bangunan tu. Dalam game tu nanti ada yang mati.” Argh! Sudah.
Saya dahlah mak-mak berjiwa taman astakonah. Memang tak mampulah nak menahan debaran.
Sinopsis Squid Game
Sebab nak tahu punya pasal, saya pun Google lah sinopsis drama Squid Game ini. Ianya mengisahkan sekumpulan peserta ‘game’ yang terdesak dan dibebani hutang.
Mereka yang terpilih dan bersetuju nak main game ini nanti kena main permainan tradisi kanak-kanak Korea.
Wang hadiah kalau menang memang tak masuk akal banyaknya. Boleh jadi jutawan lah kiranya kalau menang.
Dalam game tu nanti, siapa yang tersingkir akan ditembak, ada juga yang mati masa berlawan. Dan diaorang tak boleh salahkan sesiapa kalau tiba-tiba kena pukul ke apa masa dalam game.
Siap ada surat perjanjian. Masa sign tu, diorang tak tau pun game tu macam mana. Kiranya, macam mati ‘katak’ gitu.
Fuh! benda kejam jadi legal.
Ni semua sebab kegilaan orang-orang berpangkat. Duit banyak tak tau nak buat apa kan.

Haa. kalau kuat semangat tu. Bolehlah tengok dekat Netflix sekarang. Nanti korang mesti tak sangka endingnya.
Tapi itulah.. drama Korea ini pada sayalah, dia memang best buat plot twist, jalan cerita bagai. Bab endingkan story tu memang dorang failed skit. Hahaha.. pepandai je aku.
Sebab beberapa drama Korea yang ku layan, mesti endingnya macam kecewa. Ke dorang memang suka buat gituh! Entahlah.
Satu lagi, saya suka pemilihan lagu-lagu dalam cerita ni. Cerita dahlah berdebor-debor, dia bagi pulak efek lagu comel-comel. Haa.. camane tu. Kenalah tengokkan.
Pandai saya suruh orang tengok, tapi saya tengok awal dengan ending je. Hahaha..

Dahsyat Krew Drama Squid Game Ni Buat Kerja
Dalam pada melayan ke’trending’an drama survival thriller ini dekat media sosial, terjumpalah himpunan gambar kru produksi diorang yang tersangatlah gigih bebenor.
Tengok setting lokasi pengambaran tu pun boleh kagum. Kru dia boleh buat semua itu sendiri.
Sebenarnya tak mustahil pun. Ada satu rancangan entertainment diorang, Sixth Sense. Yoo Jae Suk pengacaranya. Punya power kru tu sampai buat restoran tipu-tipu macam real.
Dalam rancangan tu, daripada tiga restoran mereka pergi. Peserta kena cari satu restoran tipu. Selalu jugalah saya tertipu.
Sebab salah teka restoran ‘tipu’. Kah kah kah.
Bak kata en Yem kan, “awak ni suka kena tipu dengan drama Korea.” Sebabnya saya cuma layan cerita Korea sweet sweet je.
“Memanglah bang. Lagi banyak tipu-tipu merapu Korea tu.. lagi saya suka.” Dah. Malas en Yem nak layan kan.
Merapu pulak.. hahaha. Layanlah gambar saya share ni. Anda tentu kagum dengan kru produksi Squid Game ni.
Baca juga : kerak nasi, olah jadi bubur ala K-POP yang sedap

Pengajaran Terbesar Yang Saya Nampak
Jangan Dekati Benda Haram
Judi tu bukan saja haram bagi orang Islam. Malah, bagi bangsa apa pun.. judi itu lebih membawa kepadahan sepanjang hidup berbanding kemewahan sementara penuh kepura-puraan.
Kalau kau main judi, kau terpaksa hutang ah long. Bila tak boleh bayar hutang, ah long kejar kau, silap-silap organ badan kau kena jual ah long. Gitulah.
Awas! Jangan Kurang Kasih Sayang
Sebab bila kurang kasih sayang. Tu yang sanggup buat benda pelik-pelik. Tega tengok orang lain derita, demi membahagiakan hati sendiri.
Orang kurang kasih sayang ini, bahayanya. Luaran nampak normal, dalam hati dia kosong. Bila kosong, dia pun rasa jeles dengan orang yang bahagia.
Kenapa dia takleh bahagia macam orang lain. So, dia pun ciptalah satu keadaan agar orang lain rasa kosong macam diri dia.
Kalau Tak Ada Netflix, Tengok Drama Korea Di Sini
- Yang tak ada Netflix tu, boleh cuba layan secara online di SINI (selagi link ini masih wujudlah ya). Dalam tu ada semua, 9 episod.
Haa.. dalam pada layan drama Korea, layanlah juga resepi kimchi Korea, kimchi daun kucai saya buat ini. Sambil tengok TV makan kimchi dengan megi. Pergh! Sedap tu.
Selamat menonton!
Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Jrg ada masa nak tengok netflix skrg. Tp sy suka filem korea. Siri2 x layan sbb x nak tunggu lama utk habis…
Hihi.. cerita korea bersiri ni jangan sampai terjebak. Kalau yang boleh layan tu.. memang payah nak berhentinya Abang Kie.