Alya Iman atau nama sebenarnya, Nur Alya Iman Azmil merupakan pelakon wanita popular di Malaysia yang kembali menarik perhatian umum menerusi drama layang layang perkahwinan.
Anak pelakon terkenal tanahair, Allahyarham Azmil Mustapha ini berusia 23 tahun. Beliau sudah bergelar seorang model muslimah ketika usianya 13 tahun dan mula berjinak dalam lakonan pada tahun 2018. Namanya mula disebut-sebut dalam industri seni ketika di awal kemunculannya pada tahun 2019. Menerusi wataknya sebagai Mira dalam telefilem Lelaki Kelas Sebelah (2019).
Pelakon muda ini sekali lagi menjadi sebutan menerusi wataknya sebagai Tsuraya Lin dalam drama Layang Layang Perkahwinan yang sedang hit ditayangkan di Astro Ria. Kenali dengan lebih lanjut mengenai biodata, kerjaya pelakon wanita bernama Alya Iman ini.
Biodata Alya Iman
- Nama sebenar : Nur Alya Iman Binti Azmil
- Nama popular : Alya Iman, Alyimn
- Tarikh lahir : 27 Februari 2001
- Umur : 23 tahun
- Asal : Port Dickson, Negeri Sembilan
- Keturunan : Melayu
- Warganegara : Malaysia
- Agama : Islam
- Kerjaya : Model & Pelakon
- Ketinggian : 170 cm (5 kaki 7 inci)
Latar Belakang Keluarga Alya Iman
- Nama bapa : Allahyarham Azmil Mustapha (pelakon era 80-an terkenal dengan filem Ali Setan)
- Nama ibu : Allahyarham Jamaliah Jamari
- Bilangan adik beradik : Anak bongsu daripada lima orang adik-beradik.
- Nama adik-beradik : Nur Shamira (ibu lain), Nur Azalea Arifah, Nur Amalia Batrisha, Muhammad Bazli Zhafri dan Nur Alya Iman.
Kerjaya Seni Tanahair
Bermula Sebagai Model Muslimah
Ketika usia 13 tahun, Alya sudah memulakan karier dalam bidang peragaan iaitu menjadi model muslimah yang memperagakan koleksi muslimah butik tempatan. Ketika ini, beliau masih lagi dibangku sekolah.
Wajah cantiknya mula mendapat perhatian, apabila Alya mula melangkah dalam dunia lakonan menerusi telefilem istimewa Lelaki Kelas Sebelah. Memegang watak sebagai rakan baik Nabila Razali yang ketika itu menjadi watak utama. Lakonannya itu ditayangkan di TV3 pada Januari 2019, bersempena Anugerah Juara Lagu ke-33.
Karier Lakonan Drama Alya Iman Di TV
- 2019 – Senafas Rindu memegang watak sebagai Shafika (drama pertama lakonannya disiarkan di Astro Ria)
- 2020 – Bukan Kahwin Paksa menjadi Ariyana (Tv3)
- 2021 – Seram Tak Seram sebagai Rahimah (TV9)
- 2022 – Ku Punya Hati memegang watak Trisha (TV3), Hidayah Ustaz Viral sebagai Hidayah (TVAlHijrah)
- 2023 – Tuhan Beri Aku Cinta sebagai Ayu (TV1), Dia Pria Terhebat sebagai Camelia (TV Okey), syurga itu bukan mudah sebagai Farra (Astro Ria)
- 2024 – Layang Layang Perkahwinan sebagai Tsuraya Lin (Astro Ria) dan Rampas Cintaku 2 sebagai Dania (IQIYI)
Telefilem
- 2019 – Lelaki Kelas Sebelah sebagai Mira (TV3)
- 2020 – Tebus sebagai Izzah (TV2), Gaun Pengantin Ivovy sebagai Zahra (Unifi TV)
- 2022 – Cinta Koma sebagai Felisha (TV2)
- 2023 – Kafankan Aku Dengan Ihram sebagai Maisarah (Astro Oasis), Lazuardi sebagai Mawar (TV Okey)
Filem
- 2022 – 7 Minggu Sebelum Kahwin memegang watak sebagai Natasya (filem pertama lakonannya). Filem komedi romantik arahan Eyra Rahman terbitan bersama KRU Studios & Bloombardia Sdn. Bhd. Bergandingan dengan Nora Danish dan MK K-Clique.
Drama Radio
- 2021 – Ramadan Pertama sebagai Julia (IKIM.fm)
Pencalonan Anugerah
- 2020 – pernah dicalonkan untuk Artis Baharu Wanita Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33
Pelakon Alya Iman Jalani Hidup Kental & Kalis Kecaman
Kerjaya Alya Iman dalam industri seni terpalit dengan bermacam kontroversi. Daripada kisah kehidupan peribadinya yang dikatakan pernah menjadi tunangan suami orang, keputusannya membuka tudung dan terbaru lakonannya dalam Layang Layang Perkahwinan terkait dengan adegan ‘soft porn’ hingga dikritikan netizen.
Menurut laporan di Sinar Harian, gadis muda ini juga manusia biasa, ada ketikanya berasa terkesan dengan kecaman netizen. Sehinggakan ada yang mengganggu emosinya.
Namun, Alya Iman anak Allahyarham Azmil Mustapha ini sudah terbiasa dengan kehidupan sukar sejak dari kecil lagi. Itu menjadikan jiwanya kental dan Alya Iman kalis kecaman. Malah, pernah satu ketika Alya mengakui yang menjadi satu beban untuknya menggalas gelaran ‘anak Azmil Mustapha’. Sampaikan dia tidak mahu dikenali sebegitu.
Dia sudah diajar berdikari sejak kecil lagi. Menyara ayah yang sakit malah kehilangan kedua orang tua ketika usia masih muda. Kerasnya hidup menjadi dia pelakon muda ini mahu ‘terus saja menjalani hidup, biar sesukar mana pun’. Malah, dirinya tidak mempersoalkan takdir yang sudah tertulis untuknya.