Sebelumnya saya pengelola ruangan cerpen majalah. Kebelakangan ini saya kerap menerima kiriman cerpen dan pertanyaan daripada para pembaca blog saya barangkali.
Masing-masing mahu berkongsi karya yang mereka hasilkan untuk siaran cerpen ke majalah.
Saya kini tak lagi bersama majalah Mingguan Wanita.
Sudah pun bertukar ke majalah Keluarga dan tidak lagi mengelola ruangan cerpen di majalah wanita yang dikeluarkan secara mingguan itu.
Walau bagaimana pun, anda sebenarnya masih boleh berkongsi cerpen yang dihasilkan ke majalah Mingguan Wanita mahupun Keluarga.
Pengelola Ruangan Cerpen Majalah
Kemudian, bolehlah kirimkan cerpen anda ke alamat email:
Majalah Mingguan Wanita
- Puan Mariam Elias
- mariam.karangkraf@gmail.com
Majalah Keluarga
- Cik Norhayati Alli
- norhayati.ali@karangkraf.com
Semoga penerangan ini membantu ya.
UPDATE : Kedua-dua majalah ini sudah tiada di pasaran jadi tak perlu hubungi pengelola ya. Anda boleh menghantar karya cerpen ke platform media sosial mahupun ke Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Tip Penulisan Cerpen
Penghujung tahun 2010, saya mula mengelolakan ruangan cerpen di Mingguan Wanita. Agak tertekan ketika itu kerana sebagai orang yang baru memegang amanah tersebut membuatkan saya berhadapan dengan masalah ketiadaan sumber (karya daripada penulis cerpen).
Kalau ada pun naskah cerpen yang dihantar dalam bentuk lembaran-lembaran kertas yang masih kemas di dalam sampul surat.
Tak bermakna saya menolak penghantaran cerpen dengan kaedah pos, cuma proses mengedit cerpen itu akan mengambil sedikit masa; membuka sampul, memilih cerpen yang menepati syarat ‘boleh’ siar-menaip semula-mengedit-memastikan kualiti penulisan mengikut standard yang editor mahukan.
Semua itu memerlukan penelitian yang panjang.
Mencari cerpen yang benar-benar terkesan di hati pembaca juga tidak sebegitu mudah. Waktu itu, saya masih belum membina jaringan kenalan dengan penulis cerpen.
Saya masih ingat bagaimana ada di kalangan penulis cerpen yang terasa hati apabila saya memotong naskah cerpen yang mereka hasilkan.
Bagaimana saya tahu tentangnya? Bukankah kini semuanya di hujung jari. Tanpa sengaja saya terbaca catatannya yang tidak begitu gembira apabila karyanya dirombak sesuka hati.
Disclaimer : Catatan ini bertarikh 30 Mac 2015
- Like : Fanpage Netty Ah Hiyer Tulis