Cermin mata multifocal I Serius, waktu saya ke kedai cermin mata Megane Samurai dekat AEON Mall, Shah Alam itu, niatnya mahu buat cermin mata untuk rabun dekat.
Memandangkan sudah lebih 3 tahun saya tak tukar cermin mata (selama ini rabun jauh saja). Makin meningkat usia, rabun dekat pun berhai-hai dengan saya.
Satu lagi alasan, kerana saya suka dengan kanta Hoya yang dijual di kedai cermin mata ini.
Sebab inilah kanta cermin mata paling tahan lasak pernah saya guna. Kiranya, baru first time pakai spek mata brand ni terus jatuh cinta.
Cari Kanta Hoya Yang Tahan Lasak
Cuma, bingkai cermin mata yang ada di rak tidaklah secantik rekaan di Focus Point. Tak mengapalah, saya bukan tengok bingkai. Kanta tahan lasak tu yang penting.
Macam en Yem, dia tak begitu. Dia sangat particular dalam mencari barang. Dari bingkai sampai ke kanta, segalanya lah.. dia perati betul-betul.
Sebab itulah, kalau nak mencari barang rumah ke gajet, saya rujuk suami saja. Cuma ada benda yang kadang tu saya tak nak dengar kata.. hahaha.
Macam kes mencari cermin mata rabun dekat dan jauh saya inilah.
Awal-awal bercermin mata dulu, adalah beberapa kali saya pakai spek brand Bonia. Sekarang ini, saya dah tak kisah bab bingkai.
Asalkan kantanya tahan lasak, bertahun-tahun guna baru nampak calar dan paling penting seronok dinikmati, saya rembat saja. Chewah!
Bingkai murah pun, jalan saja.
Berbalik pada kisah mahu menukar cermin mata rabun jauh dan dekat yang baru ini. Adik di kedai ‘Samurai’ itu cadangkan saya pakai kanta cermin mata multifocal.
Katanya, dalam satu kanta boleh selesaikan masalah rabun jauh dan rabun dekat sekaligus. Sebab memang nak cari cermin mata rabun jauh dekat sebegitu, saya pun setuju saja.
Baca : Simpan RM5, cabaran menabung dengan gaji kecil
nettyahhiyer.com
Proses Beli Cermin Mata Multifocal Dengan Kanta Hoya
Cara buat cermin mata di kedai cermin mata : Kanta multifocal ini harga dua kali ganda lebih mahal daripada kanta Hoya yang biasa. Saya ambil harga cermin mata rabuh jauh dekat dan silau yang paling murah, untuk dua kanta mata dalam RM600++.
Harga cermin mata saya ini dalam RM135 (untuk harga bingkai cermin mata basic saja)
Kemudian, buatlah ujian mata rabun dengan adik optometris. Tujuannya untuk dapatkan bacaan power cermin mata terkini yang akan saya gunakan nanti.
Mesin test mata dia canggih juga. Senang sikit nak hadam oleh jiwa acik-acik saya ini.
Nampaknya sepanjang PKP, hampir 24 jam melayan PC.. rabun jauh saya tidak naik sangat tapi rabun dekat makin bertambah.
Biasalah, bila umur dah masuk 40-an inilah antara nikmat yang perlu saya syukuri.
Rabun DEKAT!
Selesai buat ujian mata, cubalah jalan-jalan dengan memakai sample kanta multifocal. Okay saja. Nampak pandangan jauh pun jelas semacam.
Pertama Kali Pakai Kanta Multifocal
Kira-kira dua minggu macam tu, cermin mata saya pun siaplah. Cepat-cepat saya ambil di kedai. Tak sabar rasanya.
Tapi sebaik saya pakai cermin mata dengan kanta multifocal ini, saya mula hairan dengan mata sendiri.
Kenapa tengok jauh jelas sangat, tapi bila baca tulisan dekat berdouble-double tulisan. “Kena biasakan dalam seminggu. Nanti baru ok.”
Saya akur. Dalam hati masih tak faham. Mungkin juga sebab ini pertama kali pakai cermin mata jenis kanta multifocal.
Terdetik rasa tak puas hati.. terasa rugi je beli kanta multifocal ini tapi pandangan masih kabur, berlapis-lapis bila tengok dekat.
Kata adik penjual itu, “kanta ini ada tiga fokus penglihatan. Atas untuk pandangan jauh, tengah dan bawah untuk tengok dekat.”
Walau saya angguk macam faham, tapi rupanya saya tak faham.
Dalam kepala masih rasa ‘kenapalah aku beli kanta multifocal’ ini. Susah betul nak fokus mata bagi tengok satu-satu benda terutama benda yang dekat.
nettyahhiyer.com
Sebab saya membayangkan, saya tak nak turunkan cermin mata dah bila tengok benda dekat-dekat. Tapi macam tak jadi pulak. Stress tetiba.

Tip Cara Selesa Pakai Cermin Mata Multifokal
Akhirnya, saya Google cari penyelesaian. Dan terjumpalah beberapa tip cara pakai cermin mata yang betul yang kemudian saya praktikkan. Ini baru hari ketiga saya try.
- Mula-mula set dalam kepala, yang kanta multifokal ini bukan macam kanta biasa guna tu. Dia ada tiga ‘power’ di dalamnya.
- kanta jarak jauh (bahagian atas) - untuk tengok komputer (tengah) - kanta jarak dekat (bahagian bawah)
- Pastikan anda meletakkan cermin mata multifocal pada kedudukan rapat pada mata. Jadi mata lebih mudah nak fokus.
- Bila nak tengok jauh cuba fokuskan mata dekat bahagian atas. Kalau nak tengok dekat, fokuskan mata pada bahagian bawah. Kalau tengah menaip di PC, fokuskan mata pada bahagian tengah.
- Cara ini ajar mata kita fokus. Tak perlu nak dongak ke tunduk, sebaliknya biar je mata yang bekerja.
- Sebaik bangun pagi, terus pakai cermin mata. Memula pakai macam blur tapi sekejap je. Lepas itu, saya pakai saja sampai petang. Sesekali saja saya buka.
- Betul.. tak dinafikan, kanta multifokal ini memang menuntut kesabaran yang tinggi. Kena biasakan mata dengan cermin mata multifocal ini, barulah lama-kelamaan jadi selesa.
- Antara kelebihan cermin mata Hoya saya beli ini dia ada fungsi cermin mata jauh dan dekat dalam satu bingkai.
Dan saya juga masih lagi dalam fasa membiasakan diri.

Kedai Cermin Mata Kanta Hoya Multifokal
Untuk cermin mata multifocal ini saya beli,
- Di : kedai cermin mata Megane Samurai,
- F11 1st Floor, 2nd Entrance to AEON Mall
- Sederet, bersebelahan dengan Daiso AEON Mall Shah Alam.
Kanta Hoya ini direct dari Jepun, jadi akan ambil masa beberapa minggu untuk siap. Bila dah siap, akan disertakan cert kanta itu.
Tapi, saya tak faham pun sebab dia tulis bahasa Jepun.
Kiranya untuk seketul cermin mata Hoya campur kanta, dalam RM800++ jugalah. Jauh betul beza cermin mata saya buat dulu.. tak sampai pun RM200.
Nak kata harga cermin mata multifocal mahal pun tak boleh juga, sebab ada tiga power kan dalam satu kanta.
Berbaloilah membelinya.
Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis
bagus tips nih, tahun depan nak buat spek mata baru… yeayyy terima kasih info
yeay! kita yang dengar pun sama teruja..
Alhamdulillah Bonde dah buat dah, cermin mata nanti kita update dekat blog pulak yea…
Alhamdulillah.. akhirnya ya Bonde.. tak sabar nak baca pengalaman Bonde tu.
Saya suka cermin brand HOYA. Selalu buat spek kat kedai cermin mata di kg. Memang puas hati.
sungguh kan atul..
Oo baru tau pasal multifocal ni maklum la sy tak pakai spek jadi tak amik tau sgt pasal ni. Tq atas perkongsian so sy pun sama2 dpt belajar
Sama-sama.. terima kasih sudi baca.
baru 1st time tau mengenai HOYA ..oh ya.member pun bagitau dia pakai spect 3 power..rupanya multifocal la
Hihi.. macam-macam kan rupanya bila cerita bab cermin mata ni.
Baru tau info ni. Memang sangat berguna. Cikzà pun sekarang tengah nak cari cermin mata yanb sesuai..
Semoga berjumpa ya. Nak cari cermin mata yang sesuai ni ibaratnya macam bercinta lah.. hihi.
Banyak la pulak fungsi cermin mata . Jauh dekat .. akk tak pakai .m tp good infon
Saya dulu rabun jauh juga, now dah rabun dekat.
Tapi saya x pakai multi focal lense, Saya just pakai kanta utk rabun dekat sahaja. Susah sgt nak membaca tanpa spek sekarang.
Nak tengok benda dekat2 pun memang susah kalau tanpa spek.
Maybe ada rezeki, nak buat la kot kanta multi focal ni.
Emak Mai masa mula-mula guna multifocal lens pun rasa tak selesa, sekarang ok dah biasa. Betul, lens sangat penting untuk orang berkaca mata ni. Kalau calar sikit pun, runsing dibuatnya heeee
Saya baru buat bertukar ke multifocal. Sebelum ni pakai yg utk rabun jauh je. Ms umur bawah 40 ok je pakai spek rabun jauh tu masa tgk hp tp bila umur menjangkau 41thn perasan bila tgk hp tulisan jadi blur. Rupanya dah start rabun dekat. Mmg agak mencabar jg pakai multifocal ni. Baru ambil semalam try pakai macam nak juling mata Alhamdulillah tak pening. Org kat kedai spek kat bagi masa 2 minggu. Kalau tak ok jg dtg kedai balik. Harap2 ok la. Malas pula nak buat adjusment blk.
pertama kali dengar tentang HOYA ni hehe… suami awa pakai spek, n tak dinafikan lens mmg penting utk tahu sesuai tak ngan masalah mata.