Cara nak kenal authorized seller UNIFI I Perkongsian ini saya peroleh ketika mula-mula nak masukkan UNIFI dekat rumah ini. Sekitar tahun 2019, waktu itu authorized seller Unifi ini datang ke rumah.
Harapnya, masih dimanfaatkan infonya. Mungkin ada yang dah berubah sedikit informasinya. Jika ada perubahan, bolehlah kiranya betulkan di ruangan komen ya.
Saya kongsikan semula catatan yang pernah ditulis di facebook pada 7 March 2019.
Bertukar Dari Streamyx Ke Unifi
Dikongsikan sendiri oleh authorized seller (AS) UNIFI yang datang rumah semalam.
Selepas bertahun tahun langgan streamyx akhirnya dekat perumahan saya dah ada UNIFI.
Sebenarnya dekat beberapa kali juga ada adik adik UNIFI datang rumah. Tapi tak confident nak tukar.
Walau saya dah terberi nama, tapi hati tu rasa tak yakinnya.
Sampai kitaorang pergilah bangunan TM dekat Shah Alam tu. Sebab nak kepastian, betul ke dah ada UNIFI dekat area rumah saya ini.
Rupanya belum ada. Tapi dah sesiaplah isi borang dekat TM tu. Daftar sesiap untuk tukar plan. Sayangnya, pegawai TM call kata belum ada pun UNIFI kat perumahan saya ni.
Habis tu yang dekat hari hari ada ejen UNiFi dok promote tu apa. Lagilah compius.
Beberapa hari lepas, dapat panggilan nak promote UNIFI. Bab bab gini, en Yem yang terernya. Suruh caller tu cakap dengan suami je.
Tak lama en Yem kata nak tukar plan lebih berbaloi.
Sebab sekarang dengan streamyx bulanan pun dah RM152++, cuma 4mb.
Bila tukar UNIFI jadi RM129++ dengan kelajuan 100mb. Jauh bezakan.
Bila dah selesai proses pemasangan tu, akan ada authorized seller datang rumah untuk thumb print.
Baca juga : cara simpan duit tabung haji melalui Maybank2u
Masa nilah AS tu kongsi tip :
- Katanya kalau nak tahu authorized seller UNIFI yang sah, mereka akan pakai tag nama, bawa laptop dan ada thumb print.
- Kalau seller tu cuma bawa kertas, minta isi nama lebih baik tak payah beri. Sebab bimbang disalah gunakan data.
- Kalau seller minta photostat IC pun bahaya juga. Takut dia photostat jadi 3 dan daftarkan sampai 3 line di rumah berbeza. Pelanggan tak tahu, bila dapat bill nanti baru terkejut beruk. So, jangan beri.
- Kadang nampak ada seller yang buka kanopi tm tu kan. Kalau dekat situ cuma ada fail dan kertas pun kena jaga-jaga. Tapi kalau ada laptop dan thumb print, itu baru betul.
- Apa yang bestnya pakai UNIFI 100mb ni, bila kita jalan jalan ke mana mana dan nampak lambang UNIFI, kita boleh log in wifi kita dan boleh guna. Walau kat mana pun kita duduk, syaratnya ada lambang UNIFI tulah.
- Akan datang streamyx akan ditamatkan juga taliannya (tapi tak tahulah bila). Dan diganti dengan UNIFI. Jadi, sementara tengah murah ni baik grab. Akan datang harganya cecah RM189 untuk 100mb tu.
- Selepas beberapa bulan, saya dah bayar RM136++ setiap bulan. Sebab dah habis tempoh diskaun itu.
- Boleh tengok TV Unifi free, dekat phonelah. Kalau nak tengok dekat skrin TV kena pasang TV stick. En Yem beli Xiomi TV Stick. Bagusnya stick ni, bukan setakat TV Unifi boleh tengok, macam-macam apps online boleh sumbat.
Tukar Wifi Router Nak Bagi Laju Line
Awal-awal pasang Unifi tu, saya tukar wifi router D-link. Tak silap saya harga dia dalam RM300++ (ingat-ingat lupa sebab bertahun dah). Sekarang wifi router dah makin canggih. Alhamdulillah, lancar pergi dia. Kiranya dua tahun tu, bab kelembapan internet dapat dikurangkan.
Kalau ada rasa nak tukar plan tu try call AS Kak Ina ni sendiri – 010 2511415.
Kak Ina tak bayar tau untuk review ni. Tapi sebab ada rasa trust tu saya share.
*UNIFI ni dekat kawasan perumahan area TAMAN SRI PUTRI, MERU, Klang.
Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis