gelinciran-planet-zuhrah-pada-ramadhan

Indahnya Gelinciran Planet Zuhrah Dengan Bulan, Malam 2 Ramadhan

Ramai dapat menyaksikan fenomena gelinciran planet Zuhrah dengan bulan di ruang angkasa. Terlihat bagai bulan sabit dan bintang.

Rupanya bila baca suratkhabar itu adalah kejadian penghijaban planet Zuhrah oleh bulan yang dilihat dengan jelas pada waktu Maghrib, 2 Ramadhan 1444H (24 March 2023) ketika waktu berbuka puasa.

Ramai juga yang merakam gambar bulan sabit dengan planet Zuhrah ini di telefon bimbit dan berkongsi di media sosial mahupun grup whatsapp.

Indahnya Dapat Saksikan Kejadian Gelinciran Planet Zuhrah

Macam dalam grup kawan-kawan, ramai juga yang dapat lihat dan berkongsi gambar-gambar mereka. Sayangnya saya tak dapat nak tengok pula.

Bila baca perkongsian kawan-kawan barulah terkocoh-kocoh nak keluar rumah. Tapi, tetap juga tak direzekikan dapat tengok.

Tak apalah dapat tengok gambar kawan-kawan pun dah terasa kebesaran yang Esa.

Subhanallah.. cantik sungguh kan.”

Bukan saja di Meru, Selangor malah hampir setiap negeri di Malaysia berpeluang menyaksikannya. Mereka yang bertuah dapat menyaksikan bulan melintas secara dekat dengan planet Zuhrah (Venus) pada waktu yang sama.

Dari mata kasar kita, akan dapat lihat ‘sebutir’ bintang teramat terang betul-betul ada kat sisi bulan sabit yang masih halus.

gelinciran-planet-zuhrah
Gambar ihsan : Rakan facebook Zuraita Mohd Anua

Fenomena Penghijaban Planet Zuhrah Juga Berlaku Tahun 2022

Masa berlaku dan berakhirnya kejadian ini berbeza mengikut lokasi masing-masing. Dulu, sekitar tahun talu tanggal 27 Mei pernah terjadi fenomena yang sama.

Tapi masa itu siang hari. Jadi tak dapatlah orang ramai nak saksikan dengan mata sendiri.

Hakikat sebenar bentuk planet Zuhrah itu adalah seperti fasa Gibbous Moon atau bulan menggemuk. Dan ada kawasan tertentu yang dapat dilihat berbeza-beza.

Ada yang akan nampak seperti terpotong separuh dan ada yang boleh nampak hampir kesemua Zuhrah yang hilang. Begitulah sebagaimana yang dilaporkan oleh Sinar Harian.

planet-zuhrah

Planet Zuhrah : Orang Melayu Panggil Bintang Kejora

Selalu kita dengar lirik lagu bintang Kejora kan. Tapi tak pernah nak faham maksud dia. Haa.. kalau nak tahu Bintang Kejora itulah planet Zuhrah atau nama lainnya Venus.

Bagi masyarakat Melayu, Zuhrah dikenali sebagai bintang kejora atau bintang timur atau bintang barat. Ini kerana, planet Zuhrah ini hanya dapat dilihat seketika sebelum matahari terbit (bintang timur) atau selepas matahari terbenam (bintang barat).

Baca juga : Doa 10 malam terakhir Ramadan, bertemu lailatul qadar

kedudukan-planet-zuhrah

Planet Zuhrah ini juga kedua terdekat dengan matahari. Kedudukan Zuhrah yang dekat dengan Matahari itulah menyebabkan pergerakannya di langit sentiasa seiring dengan pergerakan matahari.

Ia juga planet yang paling dekat dengan Bumi. Kadangkala dipanggil ‘kembar’ bumi. Keluasan dan komposisi planet ini pun hampir menyamai bumi.

Planet Zuhrah tak mempunyai lautan dan diselubungi atmosfera karbon dioksida yang tinggi. Bukan itu saja, disebabkan Zuhrah dekat dengan matahari, suhunya terlalu panas. Bak kata sampai tak ada tempat sejuklah di Zuhrah tu. Sebab inilah mengapa planet Zuhrah tidak mempunyai hidupan yang dapat mendiaminya.

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis

Tags:

Leave a Reply

error: Content is protected !!