sambal-ayam-penyet

Sambal Ayam Penyet Wong Solo 2023 Tersimple Awesome Pedas

Resepi sambal ayam penyet Wong Solo saya kongsi ini simple betul nak buat. Tanpa tomato, tanpa belacan juga. Cuma cili padi dan bawang putih.

Sebenarnya dah lama sangat nak buat sambal penyet Wong Solo yang sebijik sambal pedas berapi itu. Bukan yang diletak dalam botol tu, tapi yang diletak atas ayam bakar penyet Wong Solo tu.

Dah banyak kali saya mencuba sambal ayam penyet ala wong solo ini. Tetap tak dapat juga rasa yang sama macam yang saya pernah makan dekat restoran ayam penyet Indonesia di Seksyen 7, Shah Alam. Dan percubaan kali ini berjaya akhirnya.

Resepi Sambal Ayam Penyet Wong Solo

Durasi memasak : 20 minit

Bahan-bahan :

  • 10-15 biji cili padi merah
  • 7 biji cili padi kampung – ambil yang merah
  • 4 ulas bawang putih – bersihkan
  • 1/4 asam keping – belah kecik
  • Minyak
  • Garam, ajinomoto, perasa Knorr
sambal-ayam-penyet

Cara Buat Sambal Ayam Penyet Wong Solo

  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Bila minyak dah panas masukkan bawang putih dan segala cili dalam tu. Awas! ia akan meletup-letup tau. Lebih baik tutup. Masukkan sekejap je. Janji nak bagi hilang bau tak sedap bahan masakan ini. Kalau orang jawa dia panggil ‘bau langu’.
  3. Angkat dan tumbuk dalam lesung batu. Ikutlah nak halus tara mana.
  4. Tambahkan sedikit asam keping (tumbuk asam keping sampai takde bentuk dia). Buh garam, sikit aji dan sikit perasa Knorr. Ku buh sikit jelah buat rasa-rasa. Ikut citarasa anda ya bab nak bagi rasa sambal ayam penyet ni.
  5. Panaskan balik minyak kat kuali tu. Bila dah panas tu, ambillah dalam sesudu dua tuangkan ke dalam sambal penyet simple tadi.
  6. Kacau-kacau bagi sebati.
  7. Saya tak perah lemon ke limau nipis. Sebab dah letak asam kepingkan tadi.
  8. Okay, sedia untuk dinikmati sambal ayam penyet sedap ini.

Simple saja kan cara membuat sambal wong solo ini. Ini sambal ayam penyet tanpa tomato, tanpa belacan, tak guna bawang merah dan sebagainya.

Kiranya ini resipi sambal penyet wong solo tersimple, terpedas lagi sedap.

Resepi Ayam Penyet Ala Wong Solo

Resepi ayam penyet Wong Solo ini saya pernah buat lama dulu. Saya share resepinya dalam blog ini pula.

Bahan-bahan Ayam Penyet

  • 9 ketul ayam – bersihkan dan tos
  • 1 sudu besar ketumbar – tumbuk
  • Sedikit jintan manis – tumbuk
  • 1 inci lengkuas – tumbuk
  • 1 inci kunyit – tumbuk
  • 2 batang serai – ketuk
sambal-ayam-penyet

Cara Masak Resepi Ayam Penyet Simple

  1. Masukkan ayam dalam periuk. Air cukup tenggelamkan ayam. Masukkan semua bahan di atas. Buh garam ikut kesesuaian.
  2. Masa rebus tu cucuk-cucuk ayam dengan pisau. Nak cucuk ayam sebelum rebus pun boleh. Terpulang. Dah nampak sedikit empuk. Angkat. Jangan overcooked. Halfcooked je.
  3. Angkat ayam ketepikan. Air rebusan ketepikan sebab boleh jadikan sup.
  4. Tapis air. Serdak rebus tadi blend halus. Masa blend jangan guna air banyak sangat. Kalau ada chopper lagi bagus.
  5. Lumur dan perapkan hasil bahan kisar tadi pada ayam tadi.
  6. Goreng ayam bersama bahan kisar yang dah di lumur pada ayam. Bila dah garing, bolehlah angkat. Penyetkan ayam goreng tadi.
  7. Hasilnya nanti akan ada serdak serai yang sedap. Hias atas ayam. Sedap serdak serai goreng tu.

Info : Resepi ayam penyet yang dikongsikan ini sedap dimakan dengan sambal penyet simple ala Wong Solo homemade.

Baca juga : Resepi terung berlada Wong Solo

sambal ayam penyet

Boleh Cuba Pelbagai Resepi Sambal Penyet Simple Lain

Saya kiranya inilah resepi sambal penyet simple tersedap pernah saya masak. Cuma, awas! sambal penyet ini memang pedas giler. Kalau tak tahan perut tu takyahlah try. Hahaha..

Kalau nak mencuba resepi sambal ayam yang sedap dan ada rasa penyetnya boleh cuba buat ayam sambal tomato yang saya pernah buat ini.

Ini pun resepi sambal ayam penyet tanpa belacan yang sedap. Saya namakan sambal tomato cili padi yang saya termasak tanpa sengaja. Cara buat sambal penyet pun ada diterangkan sekali.

Kira ini juga sambal ayam penyet sedap yang jadi pilihan kami sekeluarga.

Ada bermacam juga resepi sambal ayam penyet yang dijual di pasaran. Paling terkenal tentulah resepi ayam penyet Khairul Aming.

Sebenarnya macam-macam kan boleh cuba resepi sambal ayam ini. Ikut pada citarasa keluarga anda juga.

Cara Buat Sambal Penyet Tahan Lama

Gara-gara terindu dengan rasa autentik lagi unik sambal ayam penyet wong solo membuatkan saya gigih mengolah resepi ikut citarasa sendiri.

Alhamdulillah, kali ini berjaya juga belajar cara buat sambal ayam penyet yang sedap lagi padu.

Ini antara cara saya buat bagi resepi sambal penyet tahan lebih lama :

  • Sebaik dah siap tu, biarkan sat kat lesung. Dah suam-suam tu bolehlah masukkan dalam bekas yang bersih.
  • Ceduk yang nak makan dalam pinggan lain. Yang nak simpan tu, dah boleh simpan dalam peti sejuk.
  • Tapi kalau nak jadi pencicah harian boleh saja letak dekat luar. InsyaAllah dia tahan lama, sebab sambal ini memang pedas betul. Dan saya lebihkan sikit garam dalam sambal penyet ini untuk bagi dia tahan lama.
  • Masa nak ceduk dari bekas itu, gunalah sudu baru. Jangan cekau dengan tangan. Memang takkan tahan lamalah cerita dia.

Saya kongsikan lebih detail resepi sambal ayam penyet tahan lama di entri lain blog ini. Bolehlah tahu cara macamana nak botolkan sambal penyet tahan lama dengan betul.

Rasa dia, memang sebijik yang saya bayangkan. Iaitu macam sambal ayam penyet pedas yang dijadikan pencicah ayam bakar Wong Solo macam saya pernah makan dulu.

Tak lama dulu, saya pernah beli ayam bakar penyet Wong Solo ini. Rasanya tak ada dah sambal pedas itu. Saya pun tak pasti kenapa sambal pedas itu dah ditiadakan.

Kedai Makan Ayam Penyet Sedap

Walaupun dah pandai masak resepi ayam penyet Wong Solo, tak bermakna tak makan ayam penyet di kedai makan ya.

Dekat sekitar saya ini memang bersepah kedai makan ayam penyet. Antara lokasi ayam penyet sedap yang ada :

  • Restoran Wong Solo Shah Alam di Seksyen 7, Shah Alam, Bangi, Kuala Lumpur
  • Ayam Penyet Padang Jawa Shah Alam
  • Ayam Penyet Cik Tri Sahara dekat Setia Alam (sangat terkenal dengan kambing bakar)
  • Telur penyet berdepan perumahan Taman Meru Tiga
  • Ayam penyet warung mama delisha Meru, Klang
  • Ayam Penyet Jalan Paip

Boleh juga mencari menu Wong Solo 2023 di facebook mereka untuk memudahkan anda membuat tempahan di restoran nanti.

Baca juga : Resepi asam pedas daging

Tags:

5 Comments

  1. Myzan December 19, 2022
    • nettyahhiyer December 21, 2022
  2. Nita January 9, 2023
  3. MAMA REEN January 9, 2023
  4. azni January 9, 2023

Leave a Reply

error: Content is protected !!