sotong-tin

Resepi Sotong Tin Rex Mudah Masak Tumis

Resepi sotong tin Rex tumis ini mudah disediakan. Orang kata masak resepi campak-campak pun jadi. Jimat masa waktu bersahur.

Waktu terlambat bangun sahur dulu, zup zap masak sotong dalam tin buat bersahur. Cuma tak bolehlah buat hari-hari. Harga sotong dalam tin Rex dalam RM15 plus untuk setin saiz besar. Manakala tin saiz kecil pula dalam RM7 plus.

Haa.. sebegitu kayangan harganya. Namun, disebabkan rasanya yang unik dan autentik malah mengimbas nostalgia. Sesekali teringin, bolehlah beli dan cuba memasaknya.

Resepi Sotong Tin Tumis Rex Mudah

  • 1 tin sotong Rex saiz besar
  • 3 biji bawang merah – dihiris
  • 2 ulas bawang putih – dihiris
  • 1 inci halia – dihiris
  • 4 biji cili padi (kalau pedas boleh kurangkan) – dihiris
  • Garam, gula dan perasa

Cara Masak Sotong Dalam Tin Jenama Rex

  1. Masukkan sedikit minyak dalam kuali. Tumiskan bahan hiris sampai naik bau.
  2. Masukkan sotong ketul saja tanpa airnya.
  3. Selepas beberapa ketika, barulah masukkan air kicap soya dalam tin tu tadi.
  4. Perasakan dengan sedikit garam. Sikit saja, sebab sotong ini dah masin sebenarnya. Gula dan perasa tu optional ya.

Bahan Tumis Sampingan

Sotong REX ini sebenarnya dah sedap dah masak simple saja.

Jika, nak letak bahan tambahan semasa masak sotong tumis ini, boleh saja masukkan cili besar, tomato, air asam jawa mahupun daun sup.

Itu antara bahan sampingan yang pernah saya guna untuk melengkapkan resepi sotong segera ini

Sotong Tin Masak Apa Sedap

Ianya makanan tin yang diperam dalam kicap soya. Haa tu yang buat sedap tak hengat tu. Walau sotong dimasak simple saja pun dah sedap.

Dan sotong tin ini ada halal Jakim.

Anak-anak saya kalau saya buat resepi macam ini. Memang cepatlah masing-masing menambah nasi. Sungguhkan kalau resepi tumis ini simple saja, tetapi boleh tawan hati satu rumah.

Selain masak sotong tin tumis, sotong dalam tin ini sedap juga dibuat jenis masakan lain-lainnya. Antaranya,

  • Sotong tin Rex masak kicap
  • Sotong tin masak asam
  • Sambal sotong tin Rex

Untuk kedua-dua resepi di atas saya belum pernah saya cuba lagi. Bila sudah mencubanya nanti saya update dalam blog ini ya.

sotong-tin

Beli Sotong Tin Rex Di Mana

Jenama sotong ini tidaklah susah nak mencarinya. Yang susahnya nak sediakan duit tu.. hahaha. Maklumlah selepas PKP ini harga setin pun dah mahal sungguh.

Dulu kan bawah RM7 boleh dapat. Tapi itulah, takkan nak imbas kenangan lalukan.

Kalau dekat area rumah saya di Meru, Klang boleh saja dibeli di,

  • Lotus Setia Alam
  • Lulu Hypermarket Setia Alam
  • Kedai Acheh Meru

Baca juga :

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis

3 Comments

  1. SR January 9, 2023
  2. Myzan January 10, 2023

Leave a Reply

error: Content is protected !!