cara masak sardin tin

Cara Masak Sardin Tin Simple Easy Peasy Guna 3 Bahan

Masak sardin tin sekarang ini, orang la ni kata resepi sardin tin dah macam masak lauk kayangan. Sardin dalam tin ni sekarang bukan lagi harga marhaen.

Dari kecik memang makan ikan sardin tin, sesekali teringin nak masak sardin. Sama teringin macam nak makan maggi kari. Nak-nak masak lauk pauk ‘berat-berat’ pun tak lalu. Akhirnya mencari jugalah lauk pauk simple, mudah masak.

Tergeraklah hati mencuba cara masak sardin tin guna bahan paling simple, paling mudah nak jumpa. Paling penting, jimat belanja dan tenaga. Memang mudah pun nak membuatnya.

Resepi Sardin Tin Simple Dan Sedap

Durasi memasak : 30 minit

Bahan Masak Sardin Tin Simple

  • 1 tin sardin mackerel – saiz besar
  • 1 biji bawang Holland
  • Selambak cili padi, cili hijau, cili merah besar – sukatannya ikut citarasa anda nak pedas mana.
  • limau nipis
masak sardin tin

Ini resepi sardin tanpa cili kisar ya. Cara masak sardin tin saya ini sepenuhnya guna cili segar. Dia punya senang masak orang bujang pun boleh cuba.

Atas ini gambar bahan masak sardin tin yang simple yang saya guna.

Cara Memasak Sardin Tin Yang Cepat Dan Mudah (Langkah Demi Langkah)

kisar bahan masak sardin tin

Kisar bawang holland dan semua cili. Cara masak sardin tin simple ni ikut masing-masing juga.

Kalau nak bahan rempah ni jenis kasar-kasar, bolehlah kisar guna chopper ya.

minyak dalam kuali

Panaskan minyak yang banyak dalam kuali.

Saya guna banyak minyak, sebab nak bagi rempah masak betul dan akan berguna untuk garingkan ikan sardin dalam tin tu nanti.

tumis bahan masak sardin tin

Tuanglah bahan kisar. Tumis bahan kisar masak sardin ini sampai air dalam tu kering skit. (sebab saya kisar pakai air.

Kalau pakai chopper lagi cepat menumisnya sebab tak guna air)

masukkan gula

Masukkan gula dalam satu sudu. Tumis sampai rempah naik bau (separa garing).

Gula boleh berfungsi untuk mengurangkan rasa pedas pada cili api yang dimasukkan itu.

Ikan Sardin Dalam Tin Tumis Dengan Rempah

cara masak sardin tin

Masukkan dulu ikan sardin dalam rempah yang separa garing tu.

Goreng sardin dalam tin tu bersama rempah-rempah tumis tadi. Bagi bahan-bahan tu sebati betul.

masukkan kuah sardin tin

Agak dah nampak garing kesemuanya, bolehlah masukkan lebihan sos sardin tu tadi. Dan buhlah garam, perasa.

Gaul bagi masakan tumisan sardin ini mesra sekata.

Katakan tak nak pakai kuah sos sardin dalam tin ini, bolehlah tak masukkan. Ini untuk mereka-mereka yang nak kekalkan rasa sambal ori tu.

Macam saya, rasa sayang pulak sos tu terbuang. Lagipun, tak terfikir nak masak apa dengan sos tu. Jadi, saya masukkan jugalah.

Masukkan lah garam, perasa (ni optional).

Baca juga : Cara buat sardin telur pecah ala Khairul Aming

Perahan Limau Inilah Cara Masak Sardin Tin Tak Hanyir

cara masak sardin tin tak hanyir

Last sekali, perahkan limau nipis atas dia dan kacau sekata.

Perahan limau ni juga dapat buatkan cara masak sardin simple dalam tin tak hanyir.

masak sardin tin

Angkat dan siap dihidang resepi ikan sardin dalam tin mudah.

Mudahkan cara memasak sardin sedap macam ni. Tak sampai setengah jam dah boleh makan. Zup zap zup zap orang kata. Haa.. bila masak macam ni, anak-anak pun makan laju.

Sekejap je licin pinggan. Kadang yang simple, campak-campak, mudah buat tu yang buat nasi bertambah dalam pinggan.

Bagi saya inilah cara masak sardin dalam tin sedap yang pernah saya cuba.

sardin tin kecil
Saya guna sardin dalam tin jenama King Cup atau Ayam Brand saja.

Harga Sardin Tin Besar

Sardin tin mackerel jenama King Cup bersaiz besar yang en Yem beli ini (waktu saya tulis tahun 2021) pun dah cecah RM7.90.

Kalau Ayam Brand, lagilah ber’ganda’ seringgit dua. Harga sardin tin kecil pula antara RM4 ke RM6.

Perbezaan Sardin Dan Mackerel

Sardin dalam tin untuk dua jenama ini iaitu Ayam Brand dan King Cup ada dua jenis. Satu jenis ikan mackerel dan satu lagi ikan sardin.

Perbezaan sardin tin ini pada saiznya. Sardin tin ikan mackerel ini lebih besar isinya berbanding isi ikan sardin. Sebab itu saya suka jenis mackerel ini. Maklumlah, anak-anak tengah membesar. Masing-masing kuat makan.

Sardin Resepi Kegemaran Keluarga

Itulah hakikatnya, harga barang makan di Malaysia sekarang ini memang tinggi mencanak. Nak tak nak kenalah pandai-pandai ‘cut’ mana-mana yang tak perlu.

Dilema betul, sebab sardin ini pun antara kegemaran keluarga juga. Jadi pandai-pandailah mana nak beli bahan makan dan mana nak buat simpanan untuk hari depan.

Gaji rakyat pula, sama ada tidak berubah atau semakin berkurang. Ada juga segelintir yang diberhentikan kerja dek penangan Covid-19 dan juga musim PKP yang panjang.

Read More

6 Comments

  1. MAMA REEN June 18, 2021
  2. Aznj June 18, 2021
  3. Wawa azwa June 18, 2021
  4. ZAIDALIFAH HUSSIN June 18, 2021
  5. Zaza June 19, 2021
  6. adianiez AIDA June 30, 2021

Leave a Reply

error: Content is protected !!