Periuk cast iron ini dah lama saya idamkan. Dari zaman bekerja pejabat lagi. Punya lamalah simpan impian, akhirnya ada periuk Delighto cast iron di dapur.
Cuma, tidaklah periuk cast iron jenama Le Crueset atau Staub. Beribu harga seketul cast iron pot dia. Belum mesra dengan poket saya.
Kebetulannya saya kerap ke Seng Heng Setia Alam.
Terpandang-pandanglah susunan periuk Delighto cast iron comey-comey di rak display. Buka websitenya, dan cari info periuk cast iron Delighto pot. Harga sebiji antara RM500 ke RM700.
Pun, pada saya untuk mendapatkan sebiji periuk cast iron ini masih mahal. Nak-nak dengan kerjaya suri rumah ini.
Aduhai, memang telan-telan air liur sajalah kan.
Beli Periuk Cast Iron Bawah RM200
Begini cara beli periuk cast iron murah : Untungnya bila jadi member Seng Heng dan pemegang kad S-Coin, ada banyak kelebihan yang boleh dinikmati. Untuk sebiji periuk itu, ada diskaun sehingga RM300 untuk cast iron pot.
Memandangkan saya masih ada point dari S-Coin, dapatlah menikmati diskaun tambahan lagi. Jadinya, tidaklah saya perlu membelanjakan sehingga lebih RM200 untuk periuk cast iron impian ini.
Berbaloilah dapat beli periuk cast iron murah tak sampai RM200.
Tak mengapalah kalau pun bukan jenama mahal.
Cumanya, bila menggunakan jenama Delighto ini ada beberapa perkara perlu dilakukan dalam memastikan periuk cast iron Delighto ini tidak karat dan bertahan lama sehingga ke anak cucu.
Jenama periuk cast iron Delighto saya ini bersaiz 26 cm, warna oren.
Ada tiga warna semuanya; merah, oren dan dune (kelabu kelabu putih biru). Saiz dia ada; 24 cm, 26 cm dan 30 cm.
Saya pilih tengah-tengah.
Cast iron Delighto saya ini bersalut enamel porcelain. Jadi, saya catatkan tip dalam blog saya ini sebagai panduan untuk saya juga.
Apa Itu Cast Iron Pot
Menurut Dr Che Puteh Osman, yang juga Pakar Kimia menjelaskan cast iron atau besi tuang merujuk kepada logam besi yang bercampur dengan karbon dalam peratusan yang tertentu.
Campuran seperti ini dapat mengukuhkan keadaannya menjadi lebih kuat, tahan karat dan tidak mudah rapuh.
Memasak makanan di dalam periuk besi tuang ini membuatkan masakan masak dengan sekata. Ini disebabkan penyebaran haba sekata di dalam periuk.
Orang kata, bila masak dalam periuk besi ini rasanya menjadi lebih sedap.
Masakan kekal panas dengan lebih lama lagi.
Nak-nak bila belek Delighto cast iron review ada cara penghasilan, bahan yang digunakan malah dengan harganya lebih mampu milik untuk dirembat oleh saya.
Haa.. tak ke best tu bila baca. Tu yang berangan bertahun-tahun tu.
Baca : Begini cara mudah bersihkan kuali stainless steel hangus berkarat
Cara Guna Periuk Cast Iron
Pertama kali atau setiap kali menggunakannya perlu dipanaskan terlebih dahulu. Pastikan letak sedikit air atau minyak dalam pot. Hidupkan api kecil, dan biarkan ia mereneh selama seminit ke tiga minit. Selepas itu, bolehlah memasak seperti biasa dengan api perlahan atau sederhana.
Jangan gunakan api yang tinggi. Cara ini menjaga enamel porcelin daripada pecah.
Elakkan daripada melecur! Periuk besi tuang ini mempunyai konduktif terma yang tinggi. Oleh itu adalah penting untuk periuk yang baru dimasak diletakkan pada pad penebat haba. Baik pemegang, penutup mahupun butang penutupnya tersangat panas sepanjang proses menggunakannya.
Jadi, gunalah kain pemegang oven atau sarung tangan oven sewaktu mengendalikannya.
Elakkan menggunakan peralatan memasak jenis besi, stainless steel atau sesuatu yang tajam. Sebaiknya gunakan spatula dari jenis silikon atau senduk kayu.
Jangan pula anda hiris atau potong makanan dalam periuk dengan pisau atau sudu besi, sebab boleh menyebabkan lapisan enamel terpecah.
Perlu diingat, Delighto cast iron pot ini berat. Beza dengan kuali jenis die-cast aluminium Delighto pot yang saya ada, ringan sungguhlah.
Kelebihan Periuk Cast Iron
Untuk periuk cast iron jenama Delighto ini, ianya sesuai untuk penggunaan di atas dapur, dapur unduction, oven, dapur elektrik, dapur elektrik ceramic malah dapur halogen.
- Tetapi tak boleh digunakan untuk microwave oven.
Bila dah lama guna, dalam periuk yang berwarna putih akan bertukar kuning. Tak perlulah saya panik, sebab benda ini normal sebenarnya. Selepas lama penggunaan itulah yang jadi.
Kalau anda perasan dekat bahagian tepi penutup dan keliling Delighto pot tidak ada salutan enamel. Itu bukannya kesalahan pembuatan, tapi memang sedia ada.
Nak buat dia pun guna suhu yang tinggi.
Kalau terjadi sedikit calar, membonjol atau liang pori tu pun biasa. Sebab proses nak buat periuk ini lah yang buatkan terjadinya kesan-kesan itu.
Tidak digalakkan anda membasuh dalam dishwasher. Sebaiknya basuh Delighto cast iron macam biasa dekat sinki guna sabun pinggan mangkuk yang sederhana saja.
Periuk cast iron jenama Delighto ini juga tak boleh digunakan untuk memasak makanan yang berasid misalnya tomato, cuka dan jus lemon dalam cast iron pan. (Sudah! hari tu saya selambe je masak tomyam dalam periuk cast iron tu.. hahaha. Tak boleh rupanya ya.)
Maknanya, nak menumis ke menggoreng pun boleh sebenarnya. Cuma memikirkan jenuh nak bersihkan permukaannya nanti kita guna untuk buat benda berkuah atau masak rendang sajalah.
Jangan basuh periuk Delighto cast iron waktu panas-panas. Biar dia betul-betul sejuk pada suhu bilik barulah bersihkan.
Rendam air dalam periuk yang masih panas pun ditegah. Itu akan menyebabkan periuk cast iron pecah.
Cara Simpan Dan Cara Jaga Periuk Cast Iron
Jika ada kesan terbakar atau hangus pada periuk. Cara bersihkan periuk cast iron ini, anda perlu curah air hangat di dalamnya. Pastikan jumlah air tu lebih tingi dari kesan degil itu. Biar dia terendam.
- Masukkan baking soda dalam pot dan reneh selama 8 ke 10 minit. Kemudian, buanglah air tu.
Masukkan lagi air hangat beserta serbuk pencuci pinggan mangkuk. Gosoklah periuk cast iron guna span lembut untuk membersihkannya.
Selepas dibersihkan, lap lebihan air yang ada. Terutama pada bahagian ‘mulut’ periuk. Simpan dalam tempat yang kering. Ini bagi mengelakkannya jadi berkarat.
Ingat! periuk ni periuk besi tau asasnya.
- Season periuk cast iron anda. Dicadangkan selepas keringkan periuk tu, sapulah dengan minyak senipisnya pada setiap permukaan periuk. Untuk elakkan periuk cast iron berkarat. Dan panaskan dalam oven selama sejam pada suhu tinggi. Asingkan penutup dan periuk cast iron nya. Buat setiap kali anda selesai menggunakan periuk ini.
Cuma yang panaskan di oven tu saya belum pernah buat lagilah. Untuk periuk saya ini memang kena season lah.
Beza dengan periuk cast iron Le Crueset tu. Tak perlu nak buat cast iron seasoning pun. Dia boleh tahan lasak.
Sebab itulah berbaloi dengan harganya yang beribu.
Lepas ini, pasang wishlist ada cast iron skillet dengan carbon steel pan pulak. Untuk memanggang daging mesti best.
Yang jenis macam ini boleh cari di Ikea.
Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis
kalau isteri sy tahy ttg periuk cast iron ni pasti dia nak beli 1 set ni..
Hamalak! Habislah kalau terbaca ni.. kenalah abam Kie hadiahkan.. hihi.