kutipan-filem-mat-kilau

Kutipan Filem Mat Kilau Raih RM11 Juta

Hebat tak hebat, kutipan filem Mat Kilau ini dah raih RM11 juta baru empat hari ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.

Benarlah bagai dikata syarikat pemilik rangkaian pawagam GSC Cinemas yang berkongsi. Filem epik sejarah Mat Kilau ini bagaikan satu kebangkitan kepada industri filem tempatan.

Kebangkitan filem tempatan! Filem Mat Kilau sudah cecah RM11 juta setakat 9 malam hari ini (Ahad).”

syarikat pemilik rangkaian pawagam GSC Cinemas

Terus saya sendiri teruja berkobar-kobar mahu bawa anak-anak ke pawagam. Cuma kekangan waktu masih membataskan. InsyaAllah, cuti hujung minggu ini wajib untuk saya bawa anak-anak membangkitkan kembali jiwa anak Melayu dalam diri mereka.

Gituh!

Kutipan Filem Mat Kilau RM1 Juta Di Hari Pertama Tayangan

Dari hari pertama ditayangkan Zarif, anak kedua saya dok cerita betapa best nya Mat Kilau ini. Puas dia memujuk ajak kami bawa dia ke pawagam.

Cuma waktu itu, mak ayahnya belum lagi dengar dan baca akan review filem ini. Cuma tetap berasa kagum, sebab hari pertama ditayangkan saja kutipan filem Mat Kilau ini dah mencecah RM1 juta.

Masuk hari ketiga ditayangkan kutipan filem Mat Kilau mencecah RM7 juta. Dan saya kira, angka itu akan terus bertambah ya.

Lihat saja review dan respons orang ramai yang sudah menonton positif belaka. Siap sanggup berulang tengok lebih dua kali lagi.

Ini bukan calang-calang kutipan filem Malaysia ini.

Lagi terpesona bila terbaca review dan ulasan mak-mak di facebook yang bila terlihat aksi Fattah Amin, terbayangkan Legolas Lord Of The Rings tu.

Penerbit filem Mat Kilau, Hj Abd Rahman Mt Dali.

Penerbit Filem Mat Kilau Berhabis RM8 Juta Demi Dakwah

Terbaca pula perkongsian Pencetus Ummah Amin penerbit filem Mat Kilau ini namanya Hj Abd Rahman Mt Dali. Seorang jutawan ummah.

Iaitu orang kaya yang sanggup berhabis duit sampai RM8 juta demi buat filem dakwah patriotik. Dengan kekayaan yang Allah berikan, beliau gunakan untuk jalan dakwah.

Suntik rasa cinta dan sayang penonton yang lihat filem Mat Kilau 2022 agar terbit rasa sayang pada agama, bangsa dan tanah air.

Alangkah beruntungnya mereka yang jutawan dan menggunakan kekayaannya demi agama dan ummah.

Okay, bermakna memang wajib kita pergi ke panggung ya anak-anak.

Harga tiket wayang Mat Kilau ini paling murah RM10 dan paling mahal pula, RM75.

Baca : Aziz Sattar tak sunyi disapa orang sekeliling

Sinopsis Filem Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan

Ianya merupakan filem biografi epik sejarah Malaysia 2022 yang diarahkan oleh sutradara Syamsul Yusof. Terbitan Studio Kembara dengan kerjasama Skop Production Sdn Bhd.

Plot penceritaan filem berlatarkan tahun 1892. Ketika itu, penjajah British menguasai tanah-tanah di negeri Pahang.

British mengeksploitasi kekayaan hasil bumi Pahang. Tentunya itu tanah-tanah milik orang Melayu. Mereka mengenakan cukai kepada para peniaga, mengaut hasil bumi penduduk malah campur tangan urusan adar dan agama orang Melayu.

British membuat keputusan tanpa persetujuan orang-orang Melayu di Pahang. Ini menyebabkan orang-orang Melayi bertindak melawan pihak British.

Dengan semangat mahu mempertahankan tanah Melayu dan membebaskannya dari terus dijajah, Mat Kilau yang juga seorang pahlawan Melayu bersama ayahandanya, Tok Gajah dan sahabat-sahabatnya berjuang habis habisan menentang pentadbiran British.

Tercetuslah konflik dan tekanan dari pihak British sehingga terjadinya pertempuran yang sengit dengan kumpulan pejuang tanah Melayu di Pahang ketika itu, iaitu Mat Kilau dan Tok Gajah.

Baca : Sepetang ku mengejar sutradara Mamat Khalid

kutipan-filem-mat-kilau

Pelakon Handalan Mat Kilau

Antara pelakon handalan dalam filem Mat Kilau.

  • Dato Adi Putra sebagai Mat Kilau
  • Beto Kusyairy sebagai Wahid
  • Fattah Amin sebagai Awang
  • Johan As’ari sebagai Yassin
  • Ali Karimi sebagai Brahim
  • Yayan Ruhian sebagai Toga
  • Geoff Andre Feyaerts sebagai Kapten Syers
  • Wan Hanafi Su sebagai Tok Gajah
  • Khir Rahman sebagai Usup
  • Farid Amirul sebagai Goh Hoi
  • A. Galak sebagai Pak Deris
  • Zarina Zainoordin sebagai Rokiah
  • Farah Ahmad sebagai Yang Chik
  • Dato Jalaluddin Hassan sebagai Dato Haji Muhammad
  • Dato Rahim Razali sebagai Mufti Botok Haji Uthman
  • Nam Ron sebagai Haji Sulong Semantan
  • Shaharuddin Thamby sebagai Dato Bahaman
  • Ellie Suriati sebagai Ibu Yassin (Salmah)
  • Mubarak Majid sebagai Ayah Yassin
  • Z. Zamri sebagai Hitam
  • Wan Suhaimi sebagai Kelubi
  • Megat Terawis sebagai Mat Hassan
  • Awie Bakri sebagai Haji Ali
  • Harith Haziq sebagai Omar
  • Mark Geoffrry sebagai JP Rodger
  • David Abraham sebagai Sir Cilfford
  • Dennis Arthur sebagai Profesor Cameron
  • Ravi Pattel sebagai Ghuram Singh
  • Fadil Mofadd sebagai Jumaat
  • Yus Simurai sebagai Tun Lela
  • Siraj Alsagoff sebagai Shidu
  • Muhamad Abd Hafiz sebagai Belalai
  • Abe Lagun sebagai Sukun
  • Kuetlaw sebagai Andak
  • Datuk Das sebagai Bapa Usup
  • Nizam J sebagai Mamat
  • Hilmee Alwi sebagai Lazim
  • Ahmad Hilmee sebagai Thong
  • Masher sebagai Sahak
  • Fudalillah sebagai Seman
  • Ahmad Hilmi Bin Ishak sebagai Pembunuh Upahan British/Pembantu Toga

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis

Tags:

Leave a Reply

error: Content is protected !!