siti-nordiana

Siti Nordiana Dan Farrah Adeeba, Misinya Sama

Beberapa hari menjelang Ramadan, saya berkesempatan mengadakan satu sesi fotografi dengan penyanyi, Siti Nordiana (Nana) dan pengacara yang lantang kala membicarakan soal penindasan rakyat Palestin, Farrah Adeeba.

Memandangkan kesuntukan waktu deadline dan juga jadual artis yang padat, fotografi terpaksa dilakukan berasingan.

Saya bertemu Nana (Siti Nordiana) dahulu.

Beberapa tahun lalu, saya pernah menggandingkannya dengan isteri arwah Achik Spin, Tasha. Waktu itu Nana nampak sedikit berisi.

Siti Nordiana Datang Dengan Wajah Berseri

Kali ini Nana datang dengan wajah yang lebih berseri dan langsing. Segera saya tanyakan Nana rahsia langsingnya.

Katanya dia mengamalkan satu produk dan alhamdulillah menjadi untuknya. Nana sempat kongsi rahsia langsing dengan cepat.

Rupanya tak perlu makan dan seksa diri bagai.

siti-nordiana
Kredit foto : Utusan Malaysia

Cuma amalkan pengambilan air yang mencukupi. Kata Nana untuk berat badan macam saya, disamping makan makanan tambahan untuk langsing perlu juga minum air sebanyak 3 liter.

Selepas separuh hari bersama Nana, saya meneruskan misi penggambaran dengan Farrah Adeeba pada keesokan harinya.

Dia datang sendirian. Mudah sebenarnya bekerja dengan dua selebriti ini. Menepati masa dan tidak banyak kerenah.

nettyahhiyer.com

Cerita Farrah Melayan Anak Kecilnya

Dalam sesi temubual bersama Farrah saya cukup terkesan saat dia berkongsi cerita tentang anak kecilnya, Muhammad. Sungguh bijak dan pemikir orangnya.

Dalam usia yang masih kecil itu, dia sudah pandai bertanyakan soalan yang boleh membuatkan orang dewasa garu kepala mahu menjawabnya.
 
Syukurlah Muhammad beribukan Farrah yang bijak memberi penjelasan untuk anak kecilnya itu. Cerita Farrah sambil dia menyuapkan anak kecilnya dia akan bercerita tentang kisah Rasulullah SAW, atau tentang pejuang Islam.

Pernah satu ketika Muhammad bertanya kepadanya tentang “Di mana Allah? Kenapa dia tidak dapat melihat Allah?” 

Lalu Farrah menghembus di telinga Muhammad.

Katanya, kamu dapat rasa bukan? Muhammad mengangguk. Itulah Allah, kita tidak dapat melihat tapi kita dapat merasai kehadiranNya.

Subhanallah, cerita ini membuatkan saya yang sudah dewasa tersedar dari lena yang panjang.

Rupa-rupanya mempunyai persamaan dalam perjuangan yang mereka pertahankan itu. Apakah ia, carilah jawapannya dalam majalah yang ada wajah mereka ini.

Kisah ini pendek saja. Dengan kisah-kisah rakyat Palestin yang teruk dibedil, benar-benar mengganggu mood dan emosi saya mahu menulis.

Disclaimer : Catatan ini bertarikh 10 Julai 2014

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis
 

Leave a Reply

error: Content is protected !!