Sepinggan nasi lemak wajib ada bahan nasi lemak. Misalnya nasi yang dimasak dengan santan, sambal, ikan bilis, kacang, timun dan ayam.
Standardnya begitulah sajian lengkapnya dekat Malaysia ini. Macam saya pula, suka kalau hidangan sampingannya ada kangkung. Barulah tradisional.
Cara masak nasi lemak ini mudah sebenarnya. Dimakan ketika sarapan, makan tengahari mahupun malam. Inilah sarapan popular orang Melayu, Cina malah India sehingga diiktiraf sebagai sajian Kebangsaan.
3 Cara Masak Nasi Lemak Boleh Dicuba
Resepi yang saya kongsikan ini ada yang dah dicuba. Ternyata mudah saja nak buat dan menjadi. Anak-anak pun suka.
Resepi Nasi Lemak Sedap Guna Santan Segar Style Azie Kitchen
Bahan-bahan
- Beras – dibasuh dan ditoskan
- 1 helai daun pandan – dicarik dan simpulkan
- Garam secukupnya
- 2 inci halia – dihiris
- 1 cawan – santan pekat
Cara Buat Nasi Lemak
- Basuh beras macam biasa. Untuk sukatan air beras, jika guna sukatan jari, kurangkan 1 inci paras airnya.
- Masukkan garam dan daun pandan dalam beras tadi. Masaklah beras dalam rice cooker macam biasa.
- Bila dah mendidih tu bolehlah masukkan halia dengan santan pekat. Kacau bagi sekata. Terus masak nasi tu sampai betul-betul masak.
Info masakan : Resepi ini menggunakan santan segar untuk mengekalkan kesedapan nasinya malah keaslian rasa. Tips yang blogger terkenal, Azie Kitchen kongsikan menjadikan nasi lemak tahan lama dan tidak mudah basi. Malah, nasinya berderai cantik satu persatu.
Kredit resipi : aziekitchen.com

Resepi Nasi Lemak Guna Santan Kotak
Bahan-bahan
- Beras – basuh dan tos
- 1 santan kotak – saiz kecil
- 1 helai daun pandan – potong-potong
- 2 inci halia – hiris atau ketuk
- Sedikit minyak
- Garam secukupnya
Cara Masak
- Basuh beras macam biasa. Toskan. Masukkan santan kotak dan tambahkan air ikut sukatan yang sepatutnya. Rice cooker saya dah ada sukatan. Jadi saya masak ikut sukatan dekat rice cooker.
- Masukkan daun pandan, halia, garam dan sedikit minyak.
- Bila dah masak, buka penutup rice cooker dan kacau. Sambung menanak hingga beberapa ketika.
Info masakan : Minyak membantu nasi jadi cantik berderai. Cuma, nasi tak tahan lama. Pada belah malam nasi tu dah mula ada rasa nak basi.
Baca juga : Cara buat resepi keropok kerak nasi mudah
Olahan Nasi Tak Habis Guna Santan Kotak
Bahan-bahan
- Lebihan nasi putih / nasi sejuk
- 1 santan kotak – saiz kecil
- 1 helai daun pandan
- 2 inci halia
- Sedikit hirisan bawang besar
- Garam secukupnya
Cara Membuat Dari Lebihan Nasi Sejuk
- Santan kotak ambil secukupnya dan jadikan santan cair dalam anggaran satu cawan.
- Masukkan santan cair tadi dalam periuk dan tambah daun pandan, halia, bawang dan garam. Sekatakan.
- Curah adunan tadi dalam nasi sejuk dan gaul sekejap.
- Masak balik dalam rice cooker dalam dua ke tiga minit. Ikutlah jenis rice cooker masing-masing. Kalau ada function steam boleh tekan yang tu.
Kredit resipi : Norhafizah Thambi Chek
Info masakan : Penggunaan minyak bersama santan kotak menjadikan nasi lebih cantik berderai.
Tips Masak Nasi Lemak Guna Sukatan Cawan
- Jika menggunakan sukatan cawan, pastikan guna cawan yang sama untuk sukat beras, air dan santan.
- Jumlah air dan santan hendaklah sama. Jika 1 gelas air, maka santan pun 1 gelas santan juga.
- Boleh saja guna cawan khas pot beras rice cooker anda itu.
- Selain masukkan halia dan daun pandan, boleh juga tambah bawang merah atau halba.
- Nasi yang separuh masak dalam dalam periuk akan jadi lebih sedap apabila dikukus sehingga masak.

Kenapa Nasi Lemak Famous?
Inilah sajian rakyat Malaysia. Sejak dari dulu lagi sama ada di rumah mahupun di mana-mana restoran, orang Melayu, Cina dan India akan menyajikan hidangan ini ketika sarapan pagi.
Dalam menu nasi lemak itu sendiri wajib ada nasi yang dimasak dengan santan. Dengan hidangan sampingan bersama sambal, telur rebus atau telur goreng, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng dan timun. Inilah definisi nasi lemak autentik yang ada dekat Malaysia ini.
Sambalnya boleh jadi sambal kosong atau ditambah sambal sotong, sambal udang, sambal paru dan sambal ikan bilis. Penambah rasa sedap lagi mewah tentulah diganding bersama ayam goreng atau rendang ayam.
Paling penting sambal kena padu. Lengkap manis, masin lemaknya.
Sebab itulah orang sanggup belajar daripada orang-orang lama petua sambal nasi lemak yang sedap. Air tangan orang lama-lama juga yang enaknya.
Lagi nostalgia makan pula nasi lemak bungkus suratkhabar. Berlapikkan daun pisang. Aduh! terbau gabungan aroma nasi dengan daun pisang yang mempesona perasaan.
Hidangan Sarapan, Makan Tengahari Dan Malam Rakyat Malaysia, Singapura & Indonesia
Seingat saya, waktu saya kecil hidangan nasi ini mestilah dimakan pada waktu pagi. Hairan sangatlah kalau makan belah malam.
Seiring peredaran zaman, ia dinikmati tidak kira waktu.
Malah, namanya terkenal sehingga ke luar negara. Sampaikan mat saleh pun tahu kepopularan sarapan pagi orang Malaysia, Singapura dan Indonesia ini.
Khususnya di Riau, Kepulauan Riau dan Sumatera Utara.
Mungkin juga cara pembuatannya yang mudah menjadikan makanan ruji sarapan pagi ini antara yang terbaik untuk dinikmati bersama ahli keluarga.
Nak-nak bila ada kualiti rasa yang sedap dengan menggunakan bahan-bahan yang tepat.
Selain sarapan pagi berasaskan nasi, orang Malaysia juga gemar menikmati makan pagi berasaskan roti. Sebab itulah roti Gardenia itu boleh habis kalau tiba musim viral dia.
Alternatifnya boleh mencuba resepi mudah guna roti Gardenia yang dikongsikan rakan blogger saya ini.

Jadi Perdebatan Antarabangsa, Disebut-sebut Catherine McKenna
Terbaru, bekas Menteri Alam Sekitar dan Perubahan Iklam Kanada, Catherine McKenna menulis di Twitter dengan memuji nasi lemak Singapura sebagai sarapan paling lazat di Singapura.
Kapsyennya itu disertakan bersama gambar sepinggan nasi lemak bersama hidangan sampingan telur goreng, sambal, ikan bilis goreng dan kacang, potongan ayam goreng dan keropok.
Ciapannya menjadi perdebatan netizen Malaysia yang memaklumkan nasi lemak Malaysia adalah lebih baik lagi. Sehinggakan McKenna memberikan penjelasan.
“Nampaknya saya telah menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia yang menyatakan nasi lemak adalah masakan Melayu dan lebih sedap di sana (Malaysia). Saya tidak berkata yang saya tidak bersetuju. Saya perlu pergi ke Kuala Lumpur tidak lama lagi dan merasainya sendiri! (Dan iya hidangan itu sedikit dan tak cukup sambal!)”
Peminat tegar ini, kalau makan tak diganding dengan sambal yang banyak lagi sedap. Memang rasa tak complete tau. Sebab tu, kena tahu tips masak sambal sedap.
Barulah nikmat makan makanan kebanggaan Malaysia tu sampai.
Pelbagai Resepi Nasi Lemak Malaysia
Jangan tak tahu juga, dekat Malaysia ini ada bermacam resepi yang dah diolah mengikut citarasa tempatan. Misalnya,
- Resepi nasi lemak pandan
- Nasi lemak tumis Che Nom
- Nasi lemak strawberi di Cameron Highlands
Sekadar menyebut beberapa contoh. Apapun paling saya suka nasi lemak near me yang ada dekat Pekan Meru ini tentulah di Gerai Omboh. Sebab apa? Dalam bungkusan nasinya ada kangkung.
Kata en Yem, nasinya dikukus. Patutlah sedap rasa nasinya. Tak rugi mencuba.
Rujuk sini untuk lokasi kedai makan Omboh Lontong.
Jumlah Kalori Nasi Lemak Yang Perlu Anda Tahu
*NL = nasi lemak
Nama Makanan | Saiz Sajian | Berat | Kalori (Kcal) |
NL ǀ NL | 1 pinggan ǀ 1 plate (nasi-2 senduk ) | 230g | 389 |
NL + Telur Mata Kerbau ǀ Nasi Lemak with Sunny Side Up Egg | 1 set ǀ 1 set | 276 | 479 |
NL + Ayam goreng | 1 set ǀ 1 set | 350g | 729 |
NL+ Rendang Ayam/Daging ǀ NL with Chicken/ Beef Rendang | 1 pinggan ǀ 1 plate | 290g | 554 |
NL + Sambal Sotong ǀ NL with Spicy Cuttlefish (Sambal) | 1 pinggan ǀ 1 plate | 250g | 434 |
NL + Sambal Udang ǀ NL with Spicy Prawns (Sambal) | 1 pinggan ǀ 1 plate | 250g | 427.992 |
NL Ayam Goreng Berempah ǀ NL + Fried Chicken with Spice | 1 pinggan ǀ 1 plate | 290g | 645 |
NL Bungkus (Daun Pisang) ǀ NL Packed (Banana Leaf) | 1 bungkus ǀ 1 pack | 175g | 318 |
Sumber : MOH (Senarai kalori bagi makanan dan minuman)
dalam seminggu paling tidak 3 kali mesti kita makan nasi lemak kan..ehehe
Itulah kan.. susah nak dilupakan makanan yang satu ni.
sarapan yang tak jemu di makan.. nampak sedap