amalan-bulan-syaaban

Merebut Amalan Bulan Syaaban

Amalan bulan Syaaban | Menghampiri bulan Ramadan, pengisiannya perlu yang baik-baik sahaja. Bagi yang belum selesai mengganti puasa, cepat-cepat selesaikan.

Pesanan ini saya tujukan untuk diri sendiri sebenarnya.

Ada banyak kelebihan membuat amalan sunat di bulan Syaaban ini. Lagi-lagi sebelum masuknya bulan puasa, Ramadan.

Haa.. Mirza Yadiy pun lahir bulan Syaaban. Semoga segala kebaikan yang ada di bulan ini, melekatlah dekat anak sulung saya itu.

Amalan Bulan Syaaban

Bulan Sya’ban ini digalakkan melakukan puasa sunat. Tapi selepas 15 Sya’ban haram berpuasa ya melainkan puasa ganti atau nazar.

Berpuasa di bulan Syaaban ini ada banyak kelebihannya. Kita boleh persiapkan diri dengan membuat persediaan untuk berpuasa di bulan Ramadan nanti.

Tak adalah badan terkejut sangat kan time tu.

Boleh baca rujukan tentang kelebihan bulan Sya’ban di facebook ini ya.
 
Kelebihan bulan Sya’ban   (mudah untuk difahami)

Di Datangi Penyanyi Nasyid, Hafiz Hamidun

Malam ini agak hangat. Petang tadi pun teman wartawan dari majalah Keluarga, kak Mirie maklumkan yang catuan air akan dibuat kali kedua.

Empangan air sedia ada sudah semakin menyusut. Ambil langkah berjaga-jaga dan mohon perlindunganNya moga dipermudahkan dan diberi ketabahan untuk mengharungi ujianNya ini.
 
Baru-baru ini, ketika saya sedang leka menaip artikel, seseorang menghulurkan CD terbarunya. Oh, kalau bab artis ini saya memang sedih sedikit.

Kalau tidak menatap kulit CD itu, tidaklah saya tahu bahawa seseorang yang menghulurkan CD itu adalah Hafiz Hamidun. Sedih!

nettyahhiyer.com

Apa-apalah saya ini. Jangan tanya saya tentang nama-nama artis, kadangkala entah siapa-siapa yang saya sebutkan. Buat gelak kawan-kawan saja.

Baca : Sedekah tak perlu tunggu kaya baru nak buat

CD Zikir Terapi

CD Zikir Terapi Hati Vol 3 yang ada di tangan langsung cepat-cepat saya masukkan ke dalam perakam CD dalam kereta.

Lagu-lagunya memang tenang menusuk ke kalbu dan boleh dilayan bila hati sedang gundah gulana. Tak rugi ya memilikinya.

Kali ini rasanya lebih lembut dan padu muzik malah sentuhan suara Hafiz. (Ini bukan ayat bodek sebab dapat CD ya.)

Sememangnya ia terapi buat hati. Saya paling suka lagu Ya Allah (track no. 1).

amalan-bulan-syaaban

Saya juga sempat rakam kenangan bersama Hafiz sambil ditemani assistant editor saya, Kak Pah (Siti Arfah Abdul)

Al-Fatihah untuk arwah Kak Pah yang sudah pergi meninggalkan kami. Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.)

Disclaimer : Catatan ini bertarikh 10 Jun 2014

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis

Leave a Reply

error: Content is protected !!