penyatuan-umat-islam

Penyatuan Umat Islam 1 Dunia Demi Pembebasan Palestin ‘ Freedom For Palestine ‘

Tugasan ini merupakan kali yang kedua saya berpeluang menemuramah delegasi Palestin, yang membawa mesej ‘penyatuan umat Islam’ membawa jalan pembebasan Palestin.

Penghujung Mei lalu, lima orang tokoh Palestin dari Baitul Maqdis tiba di premis editorial Kumpulan Media Karangkraf. Aman Palestin membawa mereka ke tempat kami.

Kali ini, misi mereka membawa satu usaha ke arah menggerakkan negara-negara Islam agar bersatu dan bersama-sama mereka mempertahankan bumi suci Palestin.

Di Palestin, mereka sanggup bergadai nyawa mempertahankan bumi para anbia ini.

Sayangnya, peralatan, kuasa politik malah ekonomi mereka amat lemah akibat tekanan rejim zionis Israel. Dunia perlu sedar dan membuka mata tentang apa yang sedang dilakukan oleh rejim Israel di bumi Palestin.

Bagaimana mereka secara perlahan-lahan dan kejam membuang identiti Palestin yakni Islam di negara itu.

Ikrar delegasi ini, selagi mereka masih ada mereka akan mempertahankan Masjid Al Aqsa dan Palestin yang merupakan hak mereka sepenuhnya.

Manakala ikrar bos kami, Dato’ Hussamuddin Haji Yaacub akan turut serta membantu mereka dan mewar-warkan tentang Palestin dengan kekuatan media yang beliau miliki.

Baca juga : qunut nazilah (jawi dan rumi), 2 doa untuk Palestin

Penyatuan Umat Islam Demi Pembebasan Palestin

Namun, jika umat Islam tidak bersatu. Apakah mungkin mereka mampu mempertahankan Masjidil Aqsa secara sendirian? Hakikatnya,  mereka memerlukan bantuan kita.

Tidak semestinya kita perlu pergi berperang demi memenuhi konsep membantu itu.

Sebenarnya, sokongan kewangan untuk menggerakkan ekonomi malah sistem pengajian mereka juga sudah dianggap  membantu mempertahankan Masjidil Al Aqsa dan persekitarannya.

Secara perlahan-lahan Yahudi telahpun mengorek bahagian bawah masjid itu dengan menggunakan bahan kimia.

Alangkah ruginya jika kita masih alpa dan tidak menyedarinya. Sungguh, pemuda Palestin begitu teguh jihad mereka terhadap jalan pembebasan Palestin.

Bagaimana pemuda Palestin boleh seteguh itu imannya? Kupasan itu saya kongsikan dalam ruangan Bicara Tokoh di majalah Mingguan Wanita keluaran pertengahan Jun 2014.

penyatuan-umat-islam
Delegasi tokoh Palestin bersama wakil media Kumpulan Media Karangkraf, Saharom Abdul Aziz (Editor E baca) dan Almaswa Haji Che Ros (Ketua Wartawan majalah Mingguan Wanita)

Pemuda Palestin Berjuang Menuntut Hak

Kejamnya Israel ini apabila mereka sesuka hati memenjarakan pemuda-pemuda Palestin yang berjuang demi menuntut hak atau negara mereka sendiri.

Tanpa belas kasihan, mereka membunuh wanita-wanita yang sama berjuang mempertahankan kesucian tanahair mereka.

Betapa kejamnya rejim zionis Israel apabila memusnahkan kubur-kubur dan mengubah masjid-masjid lalu dijadikan pusat keseronokan kaum yahudi laknatullah.

Ternyata semua rancangan mereka itu tidak sedikitpun menggugat keimanan penduduk Palestin.

Betapa kuatnya pergantungan hidup mereka kepada Allah akhirnya menjadikan semua rancangan jahat Israel tidak berjalan seperti yang mereka mahukan.

Baca juga : Luar biasa sheikh raed solah perjuangkan Palestin

Saya merakam kenangan bersama Dr Najeh Bkerat, mantan Pengarah Masjid Al Aqsa merangkap Ketua Bahagian Pengajian Masjid Al Aqsa.

Sekatan Ke Atas Ekonomi Palestin

Mereka menutup, menyekat ekonomi Palestin namun di dalam Palestin itu sendiri haiwan ternakannya malah kebun sayurannya hidup subur.

Allah merahmati bumi itu.

Semoga saya dapat sampai ke sana. (Cerita ini dikhabarkan oleh sahabat saya yang berpelung menjejaki bumi Gaza tidak lama dulu).

Anda akan menikmati satu perasaan yang sukar digambarkan sebaik sahaja sampai di tanah itu. Allahuakhbar.

Apabila membicarakan soal negara yang satu ini, hati saya benar-benar terusik.

Setiap derita mereka adalah derita kita, kegembiraan mereka adalah kegembiraan kita. Itulah juga yang diharapkan oleh delegasi tokoh Palestin yang datang ke KMK.

Walaupun jasad kita di sini, doa pembebasan Palestin dan masjid Al Aqsa sentiasa terdetik di hati.

Senarai Produk Boikot di Malaysia

Sehingga ke hari ini, umat Islam di Palestin terus dibedil, diperlakukan tanpa perikemanusiaan. Satu dunia bersatu menyatakan solidariti. Malah, berusaha dengan cara memboikot produk yang memberi sokongan kepada zionis.

Rujuk di sini untuk mengetahui senarai produk boikot di Malaysia. Semoga Palestin memperoleh kemenangan juga di akhirnya nanti.

Disclaimer : Catatan ini bertarikh 3 Jun 2014

Read More

Leave a Reply

error: Content is protected !!