Sepatutnya entri ini dimuatkan awal bulan Ramadhan yang lalu. Bermula 1 Ramadan ada catatan tentang perjalanan mencari cinta Ilahi buat diri sendiri.
Sememangnya setiap kali tiba Ramadhan akan ada satu sentuhan jiwa yang sukar dimengertikan. Dan setiap kali Ramadhan itulah (kali ini sudah masuk 3 Ramadhan) saya akan berjumpa kak Nuri sembang dari hati ke hati.
Menyatakan keinginan mahu berhenti kerja dan buat saja sendiri apa yang kononnya saya suka. Selalunya, panjang jugalah khutbah kak Nuri. Minta saya fikir semula, pro dan kontra tindakan saya itu.
Setiap kali saya ‘down’ kak Nurilah orang pertama dan orang paling saya percaya untuk ‘curhat’. Saya pula bukanlah orang yang senang mahu berkongsi hati. Kalau cerita biasa-biasa itu ada jugalah sesetengah kawan yang saya ajak menyembang.
Bab-bab ‘curhat’ ini ada orang-orangnya. Di rumah, en suamilah yang paling setia mendengar. Tapi orang yang paling memahami saya tentu-tentulah mak sendiri. Dia tak pernah bangkang, tapi terus menjadi pendengar yang paling baik. Tak pernah sekali mak bangkang, dia terus-terusan menyokong saya dari belakang.
Ramadhan Dan Ujian Kerjaya
Kecuali bab yang satu iaitu berhenti kerja.
Abah orang yang paling bimbang. Dia akan momok-momokkan saya dengan macam-macam cerita sampai akhirnya saya pun seram sendiri.
Entahlah, walaupun sudah jadi isteri dan mak pada tiga orang anak… tapi kalau membuat keputusan sebegini saya masih mahukan restu mak abah. Selagi belum ada ‘green light’ selagi itu belum berani melangkah.. ececeh.. macam kisah selangkah ke alam misteri pula.
Sepanjang Ramadhan lalu, ujian kerjaya sememangnya cukup menekan mental. Tapi itulah yang menjadi kekuatan dan sandaran untuk saya menjadi lebih baik .
Misi Mencari CintaNya
Rupa-rupanya setiap kejadian itu ada hikmah yang besar. Banyak perkara dapat saya explore sepanjang setahun yang lalu. Misi mencari cinta Nya juga saya teruskan tanpa ragu-ragu. Tapi saya juga manusia, ada ketikanya kecundang.
Tapi Allah sentiasa tahu apa yang terbaik untuk saya. Dia akan hantarkan pelbagai signal hidayah agar saya sedar diri bahawa saya ini bukanlah siapa-siapa melainkan hamba Nya yang diciptakan dari seketul tanah.
Hari ini sembang merapu saja.
Oh ya, saya pun sudah kembali ke majalah paling sibuk di Malaysia. Dan saya kembali mengelola ruangan cerpen.
Ada juga beberapa ruangan baru di bawah kendalian saya iaitu Cerita Ngaji dan Ilham Bisnes. Jika anda membaca catatan saya ini, saya mohon anda hubungi saya di alamat email ini:
nettyahhiyer@gmail.com
Kenapa saya beri emel luar bukan ofis, kerana emel ofis saya terhad. Nanti kalau inbox dah penuh tak lepas pula.
Kriteria yang saya cari
- Penulis cerpen —> walaupun masih baru menulis, boleh saja hantarkan mana tahu cerpen anda saya pilih. Ada saguhati jika tersiar. Dan saya tak akan maklumkan pada penulis cerita yang tersiar. Follow di Instagram Mingguan Wanita. Saya maklumkan dalam itu.
- Individu —> yang alami perubahan diri menerusi hidayah dari al Quran. Bagaimana al Quran menjadikan anda individu yang lebih baik lagi.
- Bisnes yang ‘rare’ —> dalam bentuk makanan. Dan usahawan ini perlulah bermurah hati untuk berkongsi idea bisnes yang mereka lakukan. Contohnya, pengusaha tempe. usahawan tak kisah jika saya mahu shoot step by step buat tempe, korek rahsia berniaga dan tip berniaga.
Kalau ada kesemua ciri-ciri ini cepat-cepat emelkan kategori anda pada saya.
Disclaimer : Catatan ini bertarikh 3 November 2015.
IKUTI KISAH LAIN DI SINI : - Mingguan Wanita dari tabloid bertukar majalah - ‘Moving to digital’ yang serba mengejutkan - Deadline setiap minggu, mencabarnya jadi wartawan Mingguan Wanita - Panduan bawa anak keluar ke mall, ini cara selamat
- Like : Fanpage Netty Ah Hiyer Tulis
- Follow : Instagram Netty Ah Hiyer
- Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis
klu saya nak cuba hantarkan cerpen mcm mana ye?
Boleh rujuk link ini — https://nettyahhiyer.com/mahu-hantar-cerpen-di-majalah-mingguan-wanita/