resepi kerabu kaki ayam

Resepi Kerabu Kaki Ayam Thai Sedap Awesome 2023

Pertama kali mencuba masak kerabu kaki ayam ini. Terbuka selera setiap kali tengok kerabu kaki ayam thai lalu lalang kat facebook.

Ramadhan pertama tu, cubalah buat. Sedap rupanya kaki ayam rebus dibuat kerabu. Sebelum ini, saya pernah juga buat kerabu daging mentah ikut resepi kak Engku.

Kaki ayam ini banyak khasiatnya. Malah, kaki ayam kaya dengan kolagen. Kalau nak awet muda, rajin-rajinlah makan kaki ayam. Untuk sup kaki ayam pun bagus untuk anak demam.

Resepi Kerabu Kaki Ayam

Bahan-bahan

  • 1 mangkuk kaki ayam – bersihkan buang kuku, dipotong dua
  • 1 biji bawang besar – hiris sedang
  • 1 ulas bawang putih – dicincang
  • 4 biji cili padi – dipotong kecil
  • 1 batang serai – dihiris halus
  • 1 rumpun daun ketumbar – bersihkan ambil akarnya, dihiris halus
  • 4 biji tomato ceri – belah dua
  • 1 sudu sos plum
  • 2 sudu sos thai
  • 1 biji limau nipis – ambil jusnya
  • Garam, gula, perasa secukupnya
kerabu kaki ayam dalam periuk hitam

Cara Buat Kerabu Kaki Ayam Simple

  1. Masukkan kaki ayam dalam periuk, isi air secukupnya. Tambah sedikit garam dan rebus kaki ayam sehingga lembut. Setelah empuk matikan api. (Jika suka, boleh buang tulang kaki ayam ambil isinya saja.)
  2. Masukkan kaki ayam siap rebus tadi dalam bekas dan masukkan kesemua bahan masakan di atas.
  3. Jika anda mahukan kerabu kaki ayam berkuah bolehlah masukkan sedikit air rebusan kaki ayam ke dalamnya.
  4. Memandangkan bulan puasa, tidaklah saya meletakkan cili padi yang banyak. Perut orang berpuasa ini kan lain sedikit, bukan boleh makan makanan pedas-pedas. Nanti mudah sakit perut.

Baca juga : buffet ramadhan Shah Alam 2023, selera nusantara di Dewan Bankuet MBSA

kerabu kaki ayam

Kerabu Kaki Ayam Makan Dengan Apa

Pernah juga terlihat video cara meleraikan kaki ayam dari tulangnya. Mudahlah nanti hendak makan. Sebab jadi kerabu kaki ayam tanpa tulang. Cuma tidaklah saya rajin membuatnya.

Kerabu kaki ayam ala Thai ini juga sedap diratah begitu saja. Atau dimakan dengan nasi panas-panas waktu berbuka.

Kaki ayam ini kegemaran Qaseh. Dia ratah kaki ayam tu macam makan snek saja. Moga Qaseh dapatlah khasiat kaki ayam yang awet muda itu.

Ikutkan bukan kaki ayam je boleh jadikan kerabu. Sotong, pucuk paku, ikan bilis malah kerabu kerang pun sedap dibuat kerabu. Atau dipanggil juga urap. Kalau orang Jawa, dia panggil keluban.

Kerabu ini pun ada banyak jenis sebenarnya. Antara yang sedap untuk dimakan dengan nasi panas kerabu mangga muda, kerabu seafood, kerabu kerang tauge. Haa.. ini pun favourite juga.

Cara penyimpanan kaki ayam dalam peti sejuk ini pun sama juga macam cara simpan ayam dalam freezer. Perlu dibasuh dahulu dengan tepung, tos dan masukkan bekas sebelum dibekukan.

kerabu kaki ayam

Kerabu Kaki Ayam Thai

Resepi kerabu kaki ayam thai ini menggunakan serai, cili padi merah, daun limau purut, tomato, bawang putih, bawang merah, bunga kantan, kacang panjang, daun ketumbar, jus limau dan diperasakan dengan garam dan gula.

Bagi anda penggemar makanan thai bolehlah mencuba dengan mencampurkan bahan yang dikongsikan di atas. Sukatannya boleh ditambah mengikut citarasa anda. 

Selain penggunaan resepi kaki ayam tanpa tulang, bahan utama kerabu boleh juga ditukar kepada sotong, udang, malah kerang.

Sememangnya saya gemar mencampurkan bahan-bahan masakan thailand dalam masakan harian. Sehinggakan saya menanam sendiri pokok ketumbar jawa. Jika mahu membangkitkan aroma dalam masakan, daun ketumbar jawa akan saya tambahkan dalam masakan.

Ada sesetengah orang tak gemar baunya. Tetapi keluarga saya boleh menerima baunya.

Baca juga : 2 resepi lala masak tumis simple yang best sedap

Cara Membuang Tulang Kaki Ayam Dengan Mudah

Hendak memisahkan tulang kaki ayam daripada isinya sebenarnya tidaklah sesukar mana. Ada cara betul bagi memudahkan proses membuang tulang kaki ayam. Caranya :

  1. Rebus kaki ayam sampai betul-betul lembut.
  2. Kemudian, dengan menggunakan pisau hiris memanjang pada setiap jemari dan bahagian tulang utama kaki ayam.
  3. Setelah itu, anda perlu melonggarkan isi kaki ayam dengan tulangnya. Bila dah cukup longgar bolehlah keluarkan kaki ayam satu persatu daripada bahagian kaki yang dihiris kulitnya tadi. Buatlah dengan berhati-hati ya.
  4. InsyaAllah, semakin lembut rebusan kaki ayam itu, semakin mudah untuk melukan proses memisahkan tulang kaki ayam dengan isinya.
Tags:

Leave a Reply

error: Content is protected !!