RichWorks-Prihatin

RichWorks Prihatin, Bantu 605,000 Usahawan Bangkit Semula

RichWorks Prihatin, Komited Bantu 605,000 Usahawan Bangkit Semula | Tahun 2021 menyaksikan negara diuji dengan pandemik Covid-19. Mengharungi getir PKP yang tentunya memberi kesan kepada golongan usahawan.

Belum pun mampu menarik nafas lega, musibah banjir melanda pula pada Disember tahun lalu. Menyaksikan kemusnahan harta benda dan sedikit sebanyak menguji emosi siapa pun yang mengalaminya.

Sakitnya, bukan sedikit.

Bangunan RichWorks juga terkesan dengan banjir.

Saya sendiri terkesan dengan musibah banjir ini bila mana buat pertama kali rumah kami dinaiki air sehingga ke paras lutut. Hendak meratap nasib pun, musibah itu sudah terjadi.

Namun, pengalaman sebegini tetap memberi kesan kepada kami sebagai mangsa banjir. Itu baru ujian kecil sahaja. Sebenarnya, ada yang lebih hebat ujiannya.

Ini Sebab RichWorks Prihatin Bantu Bangsa Usahawan

Menelusuri kisah perjuangan pengasas RichWorks International Sdn. Bhd (Richworks), Datuk Wira Dr Azizan Osman cukup menginsafkan.

Bila mana 31 ahli keluarganya juga diuji dengan jangkitan Covid-19.

Rentetan daripadanya, ibu mertua Dr Azizan juga meninggal dunia. Malah, beliau sendiri hampir maut. Kata doktor, jika sudah dipakaikan mesin bantuan pernafasan dan tiada perubahan positif yang berlaku.. bermakna tiadalah harapan untuk Dr Azizan.

Syukur, tuhan masih memanjangkan umurnya. Beliau berjuang sehabis daya, dari hari ke hari keadaannya semakin baik. Tentunya peluang kedua yang diberikan Allah SWT ini akan digunakan sebaiknya untuk dikembalikan kepada bangsa usahawan terutama yang di dalam bimbingannya.

Bukti Program Anjuran RichWorks Komited Bantu Usahawan

Memahami kesukaran yang dihadapi rakyat malah usahawan. Sebaik keluar dari hospital, malah ketika dalam proses pemulihan. Dr Azizan tetap komited menjalankan program percuma kepada ribuan orang.

RichWorks Prihatin Sediakan Program PERCUMA

RichWorks memperkenalkan 7 PROGRAM PERCUMA bersamaan 98 jam masa yang beliau berikan. Demi memberi tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai dalam ilmu keusahawanan.

Tahun lalu, secara keseluruhannya RichWorks komited membantu hampir 605,000 orang melalui 13 PROGRAM KEUSAHAWANAN yang ditaja sepenuhnya oleh RichWorks.

RichWorks-Prihatin

Program Wanita Bangkit Berniaga (WBB)

RichWorks juga memperkenalkan PROGRAM WANITA BANGKIT BERNIAGA (WBB) yang mendapat pengiktirafan daripada kerajaan. Malah, program ini turut disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Dengan kepakaran yang mereka ada, itulah digunakan dengan sebaiknya demi membangunkan mereka yang diuji pandemik malah musibah banjir.

RichWorks-Prihatin

Prihatin! RichWorks Terus Bantu Rakyat

Tidak terhenti di situ, komited RichWorks diteruskan dengan membantu mangsa banjir di Selangor yang terkesan sekitar 18 Disember tahun lalu.

Menurut Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd, pihaknya tak ketinggalan dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).

RichWorks-Prihatin

RichWorks Terus Prihatin Bantu Mangsa Banjir

Kempen #RichWellBantu yang digerakkan Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu, berjaya mengumpulkan RM501,497 untuk bantu lebih 2,000 keluarga.

Tidak berhenti di situ, sumbangan kilat berjumlah RM500,000 dikumpulkan daripada usahawan kami dan RichWorks sendiri dalam 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor,” ujarnya.

Sumbangan RichWorks Untuk Ibadah Korban

RichWorks prihatin bersama ahli Titanium & Spire juga menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160 dalam ibadah korban kali ini.

Taja Pelajar Ke Tarim Yemen

Selain itu, ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul.

Dalam pada itu, syarikat bimbingan dan latihan pembangunan usahawan paling berjaya di negara ini tetap meneruskan misi dalam membangun dan mengembangkan usahawan ke tahap lebih tinggi.

RichWorks Lahirkan Usahawan Jutawan ‘From Zero To Million RichWorks

Suksesnya RichWorks melahirkan usahawan jutawan di negara ini tak perlu dipertikaikan. Buktinya, tahun lalu jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul RM3.7 bilion.

  • Ahli Titanium saja, sebanyak 312 usahawan berjaya hasilkan RM3.2 bilion
  • Manakala 519 usahawan Spire menghasilkan RM495 juta.
  • Dan 1,024 usahawan EliteX menghasilkan RM46.9 juta.

Melalui program bimbingan Spire kami yang menyediakan usahawan capai jualan RM1 juta pertama setahun, sebanyak 72 usahawan berjaya mencapainya.” ujarnya lagi.

Baca : Live Session Dr Azizan Osman Bakal Dedah 10 Cabaran Kritikal Berniaga

Bukan itu saja, 77 bisnes di bawah bimbingan RichWorks mencapai jualan lebih RM10 juta, lima bisnes (RM50 juta ke atas) dan lima bisnes (RM100 juta ke atas) pada 2021.

Syukur atas kejayaan dan ujian dihadapi 2021 lalu, itulah sedikit sebanyak perjalanan RichWorks yang kami usahakan dan akan dipergiatkan lagi tahun baru ini, insyaAllah.”

Moga usaha RichWorks prihatin untuk membantu lebih ramai bangsa usahawan dan misinya akan dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT.

Perjalanan RichWorks 2021

Tentunya anda akan lebih menghayati perjalanan (journey) RichWorks sepanjang tahun lalu dengan menonton video Youtube ini.

Bagaimana RichWorks sedia membimbing bangsa usahawan mengharungi 2021 hingga mencapai kejayaan yang mereka impikan.

RichWorks International Sdn. Bhd.

Ketahui serba sedikit latar belakang RichWorks International Sdn. Bhd. Ianya merupakan syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar dan paling berjaya di Malaysia khususnya dari segi penjenamaan & pemasaran serta kepimpinan.

Sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online). 

Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.

Visi RichWorks adalah menjadi ‘Netflix’ Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian – RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.

Anda yang mahu menambah ilmu keusahawanan dan dapatkan program PERCUMA yang dianjurkan Dr Azizan boleh layari website : RichWorks

4 Comments

  1. Hafiza Aizzawa January 20, 2022
    • nettyahhiyer January 20, 2022
  2. ZAIDALIFAH HUSSIN January 21, 2022
  3. Atul Hamid January 21, 2022

Leave a Reply

error: Content is protected !!