dengan-safi-youth-gold

Rawat Dagu Berlapis Dengan Safi Youth Gold Sepantas 15 Minit, Memang Awesome

Rawat dagu berlapis dengan Safi Youth Gold set I Tak perlu pergi salon kecantikan, dengan Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum, dapat membantu anda hilangkan ‘double chin’ yang tak diingini seawal 15 minit.

Dagu berlapis atau ‘double chin’ ini adalah lapisan lemak yang ada di bawah dagu, Bila usia meningkat, dan disebabkan pemakanan masalah ini mudah benar jadi dekat kita.

Boleh buat hilang keyakinan diri gitu. Normal lah kan, bila usia dah masuk 4 series ini memang kena extra jaga. Masa ini, mula lah nampak adanya dagu berlapis dan kulit nampak kusam.

Review Safi Youth Gold Set

Saya memang dari dulu pakai pencuci muka Safi ini. Bila dah cuba rangkaian penjagaan wajah baru Safi Youth Gold; pencuci muka Safi Youth Gold Lifting 24K Serum Cleanser dan Lifting Golden C Duo Serum, rasa seronok amat.

Mujurlah terjumpa produk penjagaan wajah, set Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum ini. Serum yang boleh menghilangkan dagu berlapis sehingga 50 peratus, seawal 15 minit sapuan.

Kulit wajah rasa makin tegang, lebih muda dan anjal berseri.

safi youth gold

Info Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum

Serum Safi Youth Gold ini diformulasi dengan Teknologi Golden C-Lift dengan kombinasi Vitamin C dan Nano Emas 24K. Tentu fungsinya lebih berkesan berbanding Vitamin C biasa.

Menariknya serum ini juga merawat secara mikro dan mengurangkan tanda penuaan seperti dagu berlapis dan kulit kendur.

Terbukti mengurangkan 50 peratus dagu berlapis dalam hanya 15 minit.

Menjadikan wajah lebih muda malah lebih anjal, runcing dan tirus. Confirm best!

dengan-safi-youth-gold
Kenalah guna set ini; pencuci wajah dan serumnya.. barulah lengkap dan menjadi.

Serum ini juga diperkaya dengan Duo Age-Correcting Actives, iaitu gabungan Golden C dan Ceramide untuk memberi °7 Dimensi Pembaharuan Keremajaan Kulit iaitu,

  • Menegangkan kulit
  • Meningkatkan keanjalan
  • Mengurangkan garis halus & kedutan
  • Meningkatkan kelembapan kulit
  • Melindungi kulit dari pengoksidaan
  • Meningkatkan kehalusan kulit
  • Memperbaiki kulit rosak

Bertambah yakin lagi nak gunakan produk pencuci muka ini sebab formulasinya berdasarkan ujian saintifik dan klinikal.

Baca : safi shayla tonik berkesan melebatkan rambut gugur

Serum Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum ini meresap ke dalam kulit dan memberi kesan lembapan dan keanjalan seawal 15 minit.

Golden C

Antioksidan yang melindungi kulit dari pencemaran luaran merbahaya dan merawat struktur kulit secara mikro dengan menggalakkan regenerasi kulit.

Nano Emas 24K

Mengembalikan ketegangan dan menghaluskan tekstur kulit untuk kulit yang lembut dan anjal.

Ceramide 3

Menguatkan lapisan kulit untuk mengunci kelembapan, menghaluskan tekstur kulit dan meningkatkan seri wajah.

Menarik kan, dengan setiap kelebihan formulasi ini mudah jadinya nak buat rawatan hilangkan double chin dekat rumah sendiri.

Rangkaian baru anti-penuaan dan menganjal pencuci muka Safi ini dipertingkatkan formulasinya daripada Safi Rania Gold. Dan inilah yang membezakannya dengan produk penjagaan wajah Safi Rania.

Baca juga : Laser jeragat

Kenapa Jadi Dagu Berlapis / Double Chin

Faktor Keturunan

Double chin ini boleh jadi disebabkan faktor keturunan. Biasanya ia akan menurun daripada satu generasi ke generasi yang lain.

Usia Meningkat

Sama ada tubuh kurus atau gemuk, dagu berlapis tetap juga berlaku seiring pertambahan usia. Sebabnya, dalam usia meningkat tu.. tubuh secara semulajadi alami kehilangan otot secara perlahan-lahan.

Keanjalan kulit pun makin berkurang. Keadaan inilah yang sebabkan kulit menggeleber atau kendur di bawah rahang dan menyebabkan dagu berlipat.

Garis Rahang Tak Sekata

Ianya boleh juga disebabkan oleh bentuk rahang yang tidak sekata atau seimbang.

Buat Urutan Ini Dengan Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum

Sebab itulah perlukan pelembap wajah yang berkesan untuk kembalikan ketegangan otot leher yang kendur dengan kandungan bahan seperti vitamin C.

Saya terangkan cara guna Safi Youth Gold Lifting 24K Gold Essence di bawah.

Step Pakai Safi Youth Gold

  • Gunakan pencuci muka Safi Youth Gold Lifting 24K Serum Cleanser. Bilas dan lap wajah.
  • Sapukan serum Safi pagi dan malam. Urutan pada leher dapat rangsangkan penghasilan kolegen sehingga kulit jadi lebih kenyal.
  • Semasa menyapu Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum pada wajah, sapukan juga pada leher dan lakukan urutan dari bawah leher ke arah dagu.
  • Dan daripada tulang rahang, tolak ke arah depan pipi.

Mudah saja kan cara penggunaan Safi Youth Gold. Jangan lupa buat hari-hari.

Baca : Menyingkap rahsia cantik dan cergas pengasas seri maryam dan Aura Yusuf

dengan-safi-youth-gold
Seronok bila dah cuba rangkaian penjagaan wajah baru, Safi Youth Gold ini.

Mana Nak Dapatkan Safi Youth Gold Ini

Dah faham kan akan kelebihan Lifting Golden C Duo Serum yang dapat menghilangkan dagu berlapis ini.

Haa.. anda yang tertanya-tanya, Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum ini berbaloi untuk dibeli dengan harga berpatutan, hanya RM59.00.

Cubalah sekarang ya! Set lengkap pencuci muka Safi ini boleh didapati di semua cawangan farmasi Watsons, Guardian, Aeon Wellness dan Caring serta laman e-dagang rasmi Wipro Unza di Shopee & Lazada.

Maklumat lanjut berkaitan produk ini boleh anda dapati di :

SAFI YOUTH GOLD

Instagram – @safimalaysia
Facebook – @SAFI.My
Twitter – @SAFImalaysia
Youtube – SAFI Malaysia

6 Comments

  1. Nur Hazira Sahid November 29, 2021
  2. Wawa azwa November 29, 2021
  3. Eswati Azni Jaafar November 29, 2021
    • nettyahhiyer December 1, 2021

Leave a Reply

error: Content is protected !!