meracle salve

Meracle Salve : Produk Tanpa Kapur Barus Awesome No.1 Di Malaysia

Meracle Salve, produk balsam ‘minyak angin’ tanpa kapur barus dalam bentuk salve lembut jenis stick di pasaran Malaysia. Alternatif bagi mak ayah yang mencari ‘minyak angin’ meredakan kembung perut anak kecil mereka.

Malah, boleh digunakan untuk pelbagai peringkat usia. Dari usia kanak-kanak sampailah warga emas kerana menurut pengasasnya, Puan Puspa Deraman, Meracle Salve ini dijamin bebas kapur barus dan selamat.

Umum sedia maklum akan bahaya kapur barus kepada anak-anak kecil. Justeru, dengan bantuan Saintis, produk Meracle ini dihasilkan untuk semua. Ini perkongsian detail tentang pembuatan, kebaikan Meracle Salve, sejarah pengasasnya dan siapa bertanggungjawab dalam penghasilan Meracle Salve ini.

Ketahui Bahaya Produk Ada Kapur Barus

Sebelum itu, hadamkan dahulu info berkaitan betapa tidak bagusnya produk yang mengandungi kapur barus ini. Menurut Public Health Malaysia, kapur barus boleh menyebabkan sawan. 

Kerana dalam kapur barus ini atau nama lainnya camphor kebiasaannya digunakan dalam pembuatan produk sapuan yang ada terjual di pasaran. Kenapa champor ini digunakan? Kerana fungsinya sebagai pelega kesakitan, pereda kegatalan, batuk malah selesema.

Namun, produk sebegini tidak sesuai disapu pada kanak-kanak bawah 2 tahun. Terutama, sapuan di hidung, bahagian mata atau kulit yang terluka. ia bukan saja berkemungkinan mengundang sawan malah bahaya untuk anak-anak kecil ini.

Lagi-lagi produk yang tak pernah berdaftar dan ada tanda amaran. Mak ayahlah yang kena ekstra berhati-hati membaca ingredients dan arahan pada kotak sebelum membelinya.

Baca juga : kitsui superfood meal replacement sebagai pengganti makanan terbaik

meracle salve
Datin Seri Shamsida Taharin (baju merah) merasmikan pelancaran produk Meracle / Kredit foto : instagram Meracle

Majlis Pelancaran Meracle Salve Di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam

Ibu ayah atau sesiapa sahaja yang sedang mencari ubat pelega tanpa kapur barus ini boleh risik-risik produk Meracle ini. Produk ini sudahpun dilancarkan pada 9 Disember 2023 lalu di hotel Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam.

Majlis pelancaran produk ini dirasmikan oleh Datin Seri Shamshida Taharin.

Dalam majlis yang sama turut diadakan sesi ceramah ringkas bertajuk ‘Selesakah anda?’ oleh Prof. Dr Mohamad Nasir bin Shafiee. Acara penyerahan kolaborasi antara The RPF Sdn Bhd dan rakan-rakan strategik. 

Sebelum majlis pelancarannya, produk ini juga sudah diuji kepada ramai testimoni untuk mendapatkan feedback berkaitan produk.

Kenali Pengasas Meracle Salve, Puan Puspa Deraman

Pengasas The RPF Sdn. Bhd, Puan Puspa Deraman mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang kesihatan dan kesihatan wanita. Beliau telah membina hubungan yang kukuh dengan pelbagai lapisan masyarakat, wanita terutamanya.

Pengalaman itu menjadikan beliau sedar akan betapa pentingnya peranan wanita dalam keluarga malah kehidupan berumah tangga dalam masyarakat.

Bayangkan apabila seorang wanita atau isteri itu jatuh sakit, banyak urusan rumah tangga seharian yang tidak selesai. Daripada tugasan memasak, menjaga anak sampailah memberishkan rumah dan pelbagai aspek penjagaan terpaksa diabaikan. 

Beliau sendiri pernah melalui satu keadaan terpaksa bertarung nyawa dan dikejarkan ke ICU pada Mac 2023. Hospitallah menjadi rumah kedua untuknya ketika itu. Memandangkan sakit teruk yang dialami setiap hari. Namun, ketika itu punca sebenar penyakitnya belum ditemui. 

Dalam pada menempuh tempoh yang sukar itulah, pada September 2023 doktor mengesahkan beliau menghidap Rheumatoid Arthritis, iaitu sejenis penyakit autoimun.

Walau diuji sakit, beliau tidak mengalah. Malah, terdorong untuk membawa titik perubahan. Beliau ingin menyumbang kepada kesejateraan wanita dan lelaki. Dengan menggalakkan mereka untuk sentiasa mengutamakan kesihatan dan mengambil tindakan awal demi keselesaan tubuh badan.

Ini kerana, apabila badan kita selesa, mood keseluruhan kita juga cenderung untuk menjadi lebih ceria.

meracle salve
Dr Yasmeen Mohammed berkongsi perjalanannya membangunkan Meracle Salve./ Kredit foto : instagram Meracle

Bekerjasama Dengan Saintis, Dr Yasmeen Mohamed Dalam Pembuatan Meracle Salve

Puan Puspa melantik seorang Saintis yang berpengalaman, Dr Yasmeen Farouk Mohamed sebagai penasihat saintifik bagi produk Meracle. Dr Yasmeen lah yang bertungkus lumus menghasilkan formula pembuatan salve terbaik ini. 

Perbincangan bermula dua tahun lalu apabila mereka bertemu di Istanbul semasa Ekspo Halal 2021. Kedua-duanya bersetuju untuk mencipta produk menggunakan bahan semula jadi, bebas daripada kapur barus dan mineral sintetik lain yang mungkin menimbulkan risiko kesihatan apabila digunakan dalam tempoh yang lama.

Hebat tak hebatnya, dalam proses penghasilan produk ini, Dr Yasmeen sendiri sedang menjalani kemoterapi untuk kanser yang dihadapinya. Inilah yang beliau kongsikan sewaktu majlis pelancaran produk Meracle baru-baru ini.

Siapa Dr Yasmeen ini? Dr Yasmeen, 62 tahun ini merupakan Saintis dalam bidang phytochemical yang menkaji pelbagai tumbuhan di serata dunia. Beliau juga mempunyai 185 formula tumbuhan untuk healthy and safe microbes yang sedia untuk dikomersialkan.

Beliau juga pengasas support group pesakit kanser iaitu Kumpulan Sokongan Pesakit Kanser Dr Yasmeen yang sudah bertapak sejak 15 tahun lalu. Ahli kumpulannya saja lebih 2800 orang.

Kandungan 3 Bahan Semulajadi Meracle Salve

Produk Meracle Salve dicipta tanpa kapur barus. Tiada juga Paraben dan tiada Paraffin. Ianya juga sudah mendapat kelulusan daripada KKM.

Bahan utama semulajadi dalam pembuatan salve lembut ini adalah halia muda, pudina dan Eucalytus. Yang mana, setiap bahan ini mempunyai khasiatnya yang tersendiri.

  • Khasiat Halia Muda : halia ada sebahagian analgesik yang kuat malah menjadi ubat penahan sakit. Ianya juga bersifat anti keradangan yang berkesan mengurangkan rasa sakit dan bengkak terutama penghidap rheumatoid arthritis dan asteoarthritis.
  • Khasiat Pudina : Bahan methol dan menthone yang ada pada daun pudina bukan semata digunakan dalam pembuatan makanan dan ubat-ubatan. Malah, ia bersifat anti-radang terhadap kulit dan dapat mencegah bakteria.
  • Khasiat Eucalyptus : Atau nama lainnya minyak kayu putih ini membantu mengurangkan batuk, selesema dan sesak nafas. Malah, berupaya melegakan sakit urat dan otot.

Disebabkan sifatnya yang diperbuat daripada bahan semulajadi, tekstur Meracle Salve ini lebih lembut daripada balsam. Justeru, pengguna tidak perlu menekan terlalu kuat apabila menyapu salve ini pada kulit.

meracle salve
Meracle yang comel dan senang dibawa ke mana-mana.

Ciri-ciri Unik Meracle Salve

Salve Meracle ini diisi ke dalam bekas plastik dan rupanya sama macam balsam bibir yang ada di pasaran. Beratnya cuma 6.5 gram sahaja.

Ianya menjadikan Meracle Salve bersaiz kecil, ringan dan comel. Mudah sangat untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Dengan mudah dimasukkan ke dalam poket seluar lelaki mahupun dimasukkan dalam beg tangan wanita.

Disebabkan kandungan bahannya yang semulajadi, salve ini tidak mempunyai warna. 

Ciri-ciri istimewa ini menjadikan produk ini produk salve pertama di pasaran yang berbentuk ‘soft stick’ yang boleh disapu tanpa menyentuh dengan tangan. Bagusnya tangan kita pun bersih jadinya. 

4 Kelebihan Meracle Salve Balsam Terbaik Tolak Angin Dan Sakit Kepala

Produk ‘tolak angin’ yang satu ini mempunyai beberapa kelebihan yang perlu anda ketahui. Antaranya : 

  • Membuang atau menolak angin dari badan
  • Mengurangkan sakit kepala
  • Mengurangkan ‘stress’
  • Kandungannya yang tanpa kapur barus ini selamat digunakan untuk bayi
meracle salve
Merakam kenangan dengan Puan Puspa dan rakan-rakan blogger.

Cara Guna Meracle Salve Dengan Betul

Apabila anda mengalami sakit kepala. Ambil buka penutup salve, tolak sedikit sahaja tak perlu berlebihan. Sapu lembut pada bahagian belakang tengkuk, belakang telinga dan bahagian atas telingan atau tempat yang mengalami ketidakselesaan.

Sapu pada kadar mencukupi. Tak perlu ditekan kuat.

Selalunya keselesaan akan dapat dirasai selepas setengah jam. Bagaimana pun, setiap individu akan mngalami tindakbalas yang berbeza.

Harga Meracle Salve & Mahu Beli Dimana

Satu produk Meracle ini dijual pada harga retail RM25. Pelanggan boleh terus membeli di kedai retail. Bagi pelanggan yang membeli secara online, mereka perlu membayar harga pos sebanyak RM8.

  • Promosi online : Beli 4 unit membolehkan pelanggan mendapat pos secara PERCUMA.

Selain itu, anda boleh membeli terus di Farmasi/Outlet terpilih. Boleh juga membeli terus di website : https://therpflifestyle.com/shop/ atau dapatkan daripada Dropshippers Meracle.

Anda boleh menghubungi no. Careline : 0111-6895296 untuk sebarang pertanyaan atau sokongan berhubung dengan produk

Boleh juga dapatkan maklumat berkaitan di social media Meracle Salve :

  • Tik Tok : meracle.my
  • Instagram : my.meracle
  • Facebook : meracle

Kesimpulan

Meracle Salve ini diformulasi khas untuk wanita dan lelaki yang menjalani kehidupan dan gaya hidup yang aktif, terpaksa membahagikan masa antara keluarga dan kerjaya seperti ibu yang bekerja, guru sekolah, pelajar malah penunggang motosikal yang terpaksa meredah kesesakan lalulintas dalam keadaan yang stress. 

Read More

Leave a Reply

error: Content is protected !!