Live session Dr Azizan Osman dedah 10 cabaran kritikal perniagaan | Orang berniaga di musim pandemik Covid-19 kena tahu situasi ini ‘10 cabaran kritikal dalam perniagaan’
Sebab inilah realiti cabaran mula berniaga yang sedang dihadapi negara kita, malah satu dunia.
Hari-hari ada saja perniagaan yang gulung tikar. Tutup bisnes. Cuma tidak semuanya diuar-uarkan di media saja.
Tapi adakah peniaga terus patah semangat. Usahawan kental takkan mengalah, sebaliknya mereka gali lagi ilmu berniaga.
Haa.. itulah input yang akan didedahkan oleh pengasas RichWorks International, Datuk Wira Dr Azizan dalam sesi live di Telegram Channel Ahad ini.
RichWorks International
Bercakap soal ilmu perniagaan, tentunya kepakaran no.1 itu tetap menjadi milik RichWorks International. Sebuah syarikat multinasional yang menganjurkan acara dan seminar terbesar di Malaysia.
Terutama dalam bidang keusahawanan, pemasaran dan pembangunan peribadi.
RichWorks yang ditubuhkan pada 2008 ini berpegang pada misi mahu menjadi rangkaian ‘NETFLIX’ Pendidikan Usahawan yang menyasarkan 100 juta pelanggan menjelang 2025.
Dalam pada menjaya misinya, RichWorks sendiri sudah berjaya menghasilkan 777 usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dari dalam dan luar negara pada tahun 2020.
Yang mana, mereka mencipta rekod jualan lebih RM2 billion menerusi Program Mentoring SPIRE & TITANIUM.
Di bawah bimbingan Datuk Wira Dr Azizan Osman inilah lebih 1 juta usahawan belajar online dengan RichWorks. Dan dalam tempoh antara 6 ke 24 bulan ramai usahawan jutawan telah dilahirkan.
Usaha mereka untuk Menginspirasi, Mendidik & Menambah nilai hidup masyarakat di seluruh dunia inilah yang membuka mata ramai bangsa usahawan untuk terus belajar dan berada di bawah naungannya.
Baca juga : Richworks prihatin bantu usahawan
RichWorks Bangunkan RichWell Demi Masyarakat
Bukan saja membantu bangsa usahawan, RichWorks sendiri memiliki Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell) yang menyumbang kembali kepada masyarakat.
Tahun lalu, menerusi misi #RichWellBantu Usahawan Bangkit Menyumbang, ahli pertubuhan ini menyantuni 400 keluarga terkesan di sekitar PPR Pandai Ria/ PPR Taman Bukit Angkasa.
Pengasasnya, Datuk Wira Dr Azizan Osman, Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan Kanan bekerjasama dengan Pusat Pungutan Zakat Majlis Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) bagi menjayakan misi sumbangan.
RichWorks turut menyantuni mangsa banjir di negara ini dengan memberikan sumbangan kilat RM500,000 kepada golongan terkesan. Keprihatinan RichWorks inilah seringkali menjadi buah mulut masyarakat.
Malah, sehingga ke hari ini RichWell terus menyumbang untuk membantu masyarakat yang teruji.
Kenali Datuk Wira Azizan Osman
Jangan tak tahu, PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Datuk Wira Dr Azizan Osman ini mendapat anugerah Top 50 Marketing and Advertising Leaders di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UEA).
Menjadikan beliau anak Melayu tempatan sulung yang mendapat pengiktirafan bersempena Persidangan Industri Pemasaran dan Pengiklanan Dunia, MADcom: Global Marketing Conference (MACDcon Dubai 2019).
Sekaligus meletakkan RichWorks International sebagai syarikat Malaysia pertama menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
Beliau memulakan karier hidupnya secara sederhana saja. Dengan pelbagai kecemerlangan seiring usahanya itu, Dr Azizan kini diiktiraf jurulatih bertaraf Dunia oleh International Coach Guild (IGC).
Baik dalam bidang perniagaan, pemasaran, kepimpinan malah penguasaan diri.
10 Cabaran Kritikal Perniagaan Dalam Live Session Dr Azizan Osman
Tahun 2022 tentunya memberi cabaran yang hebat kepada golongan usahawan. Jangan fikir tahun ini berbisnes semakin mudah ya.
Atas dasar itulah, Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman akan berkongsi perspektif tentang 10 cabaran bisnes, selepas pandemik 2022 dalam sesi live di saluran telegram miliknya.
Live session Dr Azizan ini akan berlangsung :
- Setiap Ahad sepanjang Februari 2022
- Jam 8 pagi
- Di Channel Telegram Azizan Osman Official
“Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu. Antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah dijangka malah disebut pada Ogos tahun lalu lagi.
Melihatkan kenaikan sesetengah barang antara 30% hingga lebih 100%.
Sebab itu, kritikalnya untuk anda ada kesedaran ini. Terutama mereka yang sedang menjalankan bisnes. Kerana bukan mudah pada tahun ini.”
Banyak Syarikat Mula Gulung Tikar
Peluang bersama kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina memperlihatkannya betapa banyak syarikat sedang di tutup malah ada yang sudah lingkup.
“Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa perlu dibuat, selain tak pandai soal pemasaran.”
Sebagai pakar pemasaran, beliau sedar yang tidak mudah sebenarnya untuk seseorang memulakan semula perniagaan dari kosong.
“Agak susah bila di ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini? Pertama kali, saya tidak tahu memberikan jawapan apa.”
Sebab itulah, mereka yang ada bisnes sekarang ini dan kekal melakukan yang sama, maka perniagaannya itu akan ‘mati’!
Pesan Dr Azizan ‘Usahawan Jangan Lebih Perlahan Dari Pasaran’
Ini kerana, pasaran sedang bergerak perlahan. Orang ramai makin selektif, tidak berbelanja secara agresif seperti sebelumnya.
“Kalau kekal dengan usaha normal, anda akan mati. Jika kekal kecil anda akan pupus. Maka sebagai Titanium di bawah bimbingan saya, tak bersyukur jika anda tak buat betul-betul untuk berkembang.”
Tak dinafikan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang habis-habisan untuk berkembang dan mengekalkan momentum.
Kerana mereka tahu, pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli.
“Jika anda lagi perlahan dari pasaran, maka tunggu saja untuk ‘mati’” Tegasnya.
Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi. Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat?
Jangan tunggu, bergeraklah lebih pantas dari pasaran. Gunakan semua platform yang ada. Andai takut-takut, anda akan ketinggalan.
“Bersama dengan saya Ahad ini, khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini.” kongsi Datuk Wira Dr Azizan Osman
Live Session Dr Azizan Kongsi Ilmu Percuma Di Hujung Jari
Ini yang saya nampak. Live session bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman ini ibaratnya ilmu MAHAL yang boleh usahawan dapatkan PERCUMA.
Jangan fikir RichWorks live session yang percuma itu tiada apa-apa.
Jika anda sendiri sedang berperang dengan emosi kewangan, kalut menaikkan ekonomi diri dan perniagaan, anda sebenarnya sedang memerlukan bantuan.
Bantulah diri anda untuk menggali ilmu mahal di dalam live session ini. Kerana, usaha dan keprihatinan RichWorks terhadap golongan usahawan ini harus dipuji.
Bukan semua mahu berkongsi ilmu perniagaan secara percuma kepada umum sebegini. Sebagaimana yang RichWorks live session ini anjurkan.
Sertai Program Live Session Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman
Jom! gali ilmu keusahawan dan ketahui apakah 10 cabaran kritikal perniagaan di tahun 2022 bersama pakar pemasaran no.1 Asia.
Usahawan yang masih belum nampak jalan untuk naikkan kembali perniagaan, anda diseru untuk turut serta.
Macam mana nak sertai live session Dr Azizan Osman ini? Langsung klik dan sertai saluran Telegram Azizan Osman Official sekarang!
Layari juga,
- Website : https://richworks.com/
- Facebook : RichworksGroup
- Instagram : richworks_official
Perkongsian yg bukan calang-calang dari dr azizan. dah le free saja. rugi kalau x rebut peluang ni kan
Sungguh.. takpelah korbankan sekejap masa pagi Ahad tu untuk gali ilmu.