lesen memandu

Lesen Memandu : Cara Memohon, Harga 2023 Di Malaysia

Memohon lesen memandu di Malaysia boleh menjadi pengalaman mudah jika anda tahu langkah-langkah yang betul. Lesen memandu adalah dokumen penting bagi sesiapa yang ingin memandu kenderaan di negara ini. 

Sebaik berusia 16 tahun ke atas anda sebenarnya dah boleh mendaftar lesen memandu. Buatlah di sekolah memandu berdaftar yang menawarkan harga yang terbaik.

Boleh semak panduan mudah mohon lesen pemanduan yang terkini yang dikongsikan di bawah ini.

Langkah 1: Persediaan Awal

Sebelum memulakan proses permohonan, bagi anda yang mendaftar untuk pertama kali. Pastikan anda mempunyai:

  • Kad pengenalan (MyKad) yang sah.
  • Umur minimum 16 tahun untuk lesen motosikal B full atau lesen B2, dan 17 tahun untuk kenderaan bermotor atau lesen memandu kereta.
  • Sijil Kursus Pendidikan Pemandu (KPP) yang lengkap.
lesen memandu
Kredit foto : Pexels by Justin Hamilton

Langkah 2: Kursus Pendidikan Pemandu (KPP)

Daftarkan diri anda di sekolah memandu pilihan. Di sini anda perlu membuat bayaran pendahuluan untuk membolehkan anda mengikuti Kursus Pendidikan Pemandu (KPP).

KPP adalah langkah awal yang penting dalam memohon lesen. Anda perlu menghadiri kursus ini yang melibatkan modul latihan keselamatan jalan raya. Ia memberikan pemahaman asas mengenai peraturan jalan raya dan amalan memandu yang selamat.

Semasa KPP ini anda perlu mengikuti kursus selama 6 jam di pusat latihan memandu atau Sekolah Memandu. Sepanjang KPP ini, anda perlu memakai baju yang kemas dan mengikut kod etika berpakaian JPJ.

lesen memandu
Kredit foto : Pexels by Lina Kivaka

Langkah 3: Ujian Teori

Selepas menyelesaikan KPP, anda perlu mengambil ujian teori komputer. Ujian Teori Undang-undang Komputer ini menguji pengetahuan anda mengenai peraturan jalan raya, isyarat trafik, dan situasi jalan raya yang berbeza. Pastikan anda belajar dengan baik sebelum mengambil ujian ini.

Masa selama 45 minit diberikan untuk anda menjawab ujian teori undang-undang berkomputer ini. Manakala, tarikh dan masa akan ditetapkan oleh pihak Sekolah Memandu. 

Anda wajib lulus sekurang-kurangnya 42 markah daripada 45 markah penuh yang diberikan.

Langkah 4 : Mendapat Lesen L

Sekiranya anda lulus ujian teori, Lesen L akan diperioleh dalam masa 1 minggu. Dalam pada inilah calon pemandu perlu menjelaskan bayaran kedua di sekolah memandu.

Kemudian, mereka perlu mengikuti KPP 2 pula. KPP 2 ini akan berlangsung selama 16 jam. Yang mana, tempoh 8 jam akan diberikan kepada anda untuk belajar memandu di dalam litar.

Dalam masa yang sama, anda akan menerima Borang Belajar Memandu (SM4) sebaik saja tamat Latihan KPP 2.

Langkah 5: Ujian Memandu

Setelah lulus ujian teori, dan selesai KPP 2, anda perlu melakukan Latihan KPP 3 pula. Iaitu masa untuk ujian memandu di atas jalan raya. Tempoh belajar memandu di atas jalan raya ini adalah selama 8 jam.

Dan anda akan menduduki Pra-Ujian. Yang mana Pra-Ujian ini memerlukan anda diuji dengan 

jurulatih yang bertauliah dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Ujian memandu melibatkan mengemudi di jalan sebenar di hadapan penguji JPJ. Pastikan anda mengamalkan pemanduan selamat dan mematuhi peraturan semasa ujian ini.

Langkah 6: Latihan Praktikal JPJ

Anda perlu mengikuti latihan praktikal JPJ selama beberapa bulan sebelum memohon lesen penuh. Anda perlu menghadiri kursus latihan praktikal yang diajar oleh instruktor yang berpengalaman.

Langkah 7: Mendapatkan Lesen Memandu

Setelah menyelesaikan latihan praktikal, anda boleh memohon lesen memandu sepenuhnya. Anda yang lulus ujian praktikal JPJ ini akan memperoleh Lesen Memandu P. Dalam tempoh seminggu dah boleh dapat lesen P ini. 

Anda akan mendapatkan Lesen Memandu Kompeten selepas 2 tahun.

Baca juga : Jadual perjalanan PLUS

Info Terkini Berkenaan Lesen Memandu

Terkini kerajaan memaklumkan, mereka yang mahu memohon lesen memandu bagi kelas berlainan tidak perlu menjalani ujian teori kali kedua. 

Harga Lesen Memandu 2023

Memandangkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak menetapkan kadar harga belajar memandu dekat Institusi memandu. Makan, harga belajar memandu adalah ditentukan sendiri oleh pihak institusi.

Anda perlu membuat perbandingan harga dan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak sekolah memandu. Jadi, kenalah rajin buat surver.

Ini senarai contoh harga lesen memandu yang ada untuk anda lihat.

Harga yang ditawarkan oleh Institut Memandu Kecemerlangan Latihan :

  • Motosikal (B2 tak lebih 250 cc) – RM450
  • Motosikal (B full lebih 500cc) – RM1000
  • Harga lesen memandu Kereta (D) – anggaran RM1280
  • Harga lesen memandu bagi kereta dan motor (D&B2) – RM1730

Baca juga : Zoo Negara

lesen memandu

Syarat Mohon Lesen Memandu Keluarga Malaysia (BLKM)

Anda yang mahu memohon untuk menyertai program BLKM perlu memiliki kriteria berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tak kurang 16 tahun
  • Penerima bantuan zakat/ baitulmal (Jabatan Agama Islam Negeri) atau penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) atau penerima Bantuan Keluarga Malaysia / Prihatin Rakyat (Lembaga Hasil Dalam Negeri). Pemohon perlu serahkan salinan dokumen bantuan. 
  • Tanggungan kepada penerima bantuan zakat dan JKM/BKM/PR juga dipertimbangkan untuk memohon.
  • Sihat fizikal dan mental
  • Tiada kecacatan
  • Tak disenarai hitam JPJ dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
  • Belum ada sebarang lesen.
  • Penerima bantuan adalah terkecuali bagi pemohon yang diselaras oleh Agensi Kerajaan yang menjadi penyelaras kepada pembangunan atau bantuan masyarakat misalnya Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), JKM dan lain-lain.

Yuran BLKM

  • Semenanjung Malaysia : tak lebih RM200
  • Sabah & Sarawak : RM250

Antara Kursus Dan Latihan

  • Kursus Teori Penunggangan Selamat – 6 jam
  • Ujian Bertulis/Lisan (bagi calon buta huruf dan lembam sahaja)
  • Pemegang sah Lesen Belajar Memandu (LDL) sekurangnya 30 hari.
  • Latihan Amali Litar – 9 jam 30 minit.
  • Latihan Amali Jalan Raya – 5 jam 30 minit.
  • Lulus Pra Ujian (QTI)
  • Lulus Ujian Praktikal

Kesimpulannya

Memohon lesen memandu di Malaysia memerlukan beberapa langkah penting. Mulakan dengan persediaan awal dan pastikan anda mempunyai semua dokumen yang diperlukan. 

Hadiri KPP dan lulus ujian teori sebelum mengambil ujian memandu. Setelah itu, lakukan latihan praktikal sebelum akhirnya mendapatkan lesen memandu anda. Ingat, keselamatan jalan raya adalah yang utama.

Tags:

Leave a Reply

error: Content is protected !!