cara hilangkan dakwat mengundi

Cara Hilangkan Dakwat Mengundi Dalam Masa 3 Hari

Cara hilangkan dakwat mengundi dalam masa 3 hari | Pilihanraya 2022 PRU-15 dah pun berakhir, tapi kesan dakwat mengundi masih lekat di jari.

Empat tahun sekali, merasalah ala pakai inai color ungu di jari telunjuk kiri tu. Masa kali pertama kena celup jari dalam dakwat kekal dulu rimas juga. Bersungguh-sungguh cari solusi nak bersihkan bagi hilang warna ungu tu.

Mula-mula memang warna dia ungu, lama kelamaan bertukar coklat. Eh.. eh.. sekali pandang macam pakai inai pula. Kenapa saya rasa cantik pulak. Haha.. jadi sayang nak buang.

Sebab itu kan tanda kita mengundi.

Waktu kali pertama itu, saya pernah kongsikan cara hilangkan dakwat mengundi di jari di laman web Mingguan Wanita. Masa itu, saya masih menjadi penulis digital di sana.

Baca juga : 10 pesanan sebelum keluar mengundi

Kenapa Dakwat Yang Dicelup Berubah Menjadi Gelap

Perasan kan, warna tu berubah dari ungu kepada kecoklatan. Macam pakai inai Neelofa pun ada ni. Jawapannya sebagaimana yang dikongsikan majalah sains.

Perubahan warna tu sebab warna gelap tu disebabkan tindakbalas penguraian Argentum Klorida apabila terdedah kepada cahaya matahari. (Decomposition reaction of silver chloride when expose to sunlight)

Pendapat mufti juga menyatakan dakwat kekal (indelible ink) ini telap air dan sah taharah seseorang itu apabila berwuduk dan mandi wajib.

dakwat mengundi

Cara Hilangkan Dakwat Mengundi Guna Bahan Dapur

Bahan diperlukan

  • Sedikit peluntur pakaian
  • Mangkuk kaca
  • Losyen Tangan
  • Tisu Basah / kain
hilangkan dakwat mengundi

Cara Bersihkan Dakwat Undi Kekal Pilihanraya

  1. Masukkan peluntur dalam mangkuk kaca. Rendam sekejap tangan tu, gosok sehingga warna ungu pada jari berkurangan. Akan hilang dalam 90 peratus.
  2. Kemudian, cuci jari bawah air paip. Gunakan sabun basuh untuk hilangkan rasa melekit pada jari.
  3. Keringkan jari yang dah cuci tadi. Gosok pula dengan kain lembap atau tisu basah. Letaklah losyen sama, agar kulit kekal lembap.

Pengalaman Hilangkan Dakwat Mengundi Dalam Masa 3 Hari

Kenapa 3 hari? Sebab, dakwat ungu di jari saya ini cuma ambil masa tiga hari saja nak bagi hilang. Hanya di bahagian kuku masih ada sedikit sisa warna yang masih melekat.

Mungkin juga ikut jenis kulit. Tapi, kalau nak cuba tip saya kongsi ini silakan lah.

cara hilangkan dakwat mengundi

Hari pertama celup dakwat kekal mengundi

Jari dan kuku tangan akan warna ungu selepas dicelup dakwat. Masa ini kalau nak buat langkah pembersihan macam di atas tu eloklah dilakukan segera.

Macam saya kali ini, saya pilih untuk biarkan saja.

Belah malam tu, warnanya dah bertukar oren kecoklatan. Kuku pulak dah rasa macam pakai inai. Tak pastilah orang lain macam mana.. ke perubahan warna tu dia ikut darah sebenarnya.

Baca juga : cara simpan duit tabung haji tanpa caj guna THiJARI

hilangkan dakwat mengundi

Hari kedua selepas celup dakwat

  • Masuk hari kedua ni, warna kat bahagian jari tu dah mula mengeras. Macam mengecut pun ada.
  • Sebab tak nak rasa keras kat jari tu, saya kerap basuh dengan air jari tu.
  • Sambil-sambil masak ke. Basuhlah jari sama.
  • Kalau keluar saya ambil tisu basah, lap-lapkan dia.. sebab rasa mengeras tu buat jadi tak selesa.
hilangkan dakwat mengundi

Hari ketiga jari celup dakwat

  • Masa ini saya perasan ada warna dah mula merekah.
  • Sekali pandang warna jari itu dah macam rupa cendawan pun ada.
  • Disebabkan merekahnya makin banyak, saya pun cubalah ambil sabun buku dan cuci jari berdakwat kekal yang sudah merekah.
  • Gosok-gosokkan jari sedikit. Eh! tanggallah.
  • Makin seronok pula saya membersihkan. Letak sabun banyak-banyak dan gosok perlahan-lahan.
  • Lama-lama warna coklat dan rupa cendawan tu hilang terus.
  • Bersih sudah.. kecuali dekat bahagian kuku tu masih ada kesan warna sedikit.

Kesimpulan

Oh! Macam itu saja rupanya nak hilangkan dakwat mengundi ni. Yang penting sabar.

Kadang itu bukanlah bersungguh sangat nak hilangkan dakwat mengundi ini. Sebab itukan tanda kita support negara turun mengundi.

Tapi kesan dakwat pilihanraya itu bila lekat kat jari dia buat kita jadi tak selesa. Tip ini saya simpan. Semoga empat tahun lagi, boleh saya baca balik dan cuba.

Semoga bermanfaat juga untuk semua.

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis

Leave a Reply

error: Content is protected !!