Senarai 19 blogger pilihan tak rugi follow | Walaupun dah berbelas tahun saya berblog, tapi masih banyak lagi ‘ilmu’ blogging yang masih belum saya fahami.
Jadinya, kenalah rajin blogwalking dari satu blog ke blog yang lain. Dapatlah nanti belajar dan faham bagaimana satu-satu blog itu boleh bertahan lama dan ‘famous’ konten-kontennya di Google.
Di sini saya senaraikan 19 blogger pilihan Malaysia untuk anda ikuti. Dan memang tak rugi pun anda follow blog best ini.
Blog Best : Senarai 19 Blogger Pilihan Malaysia
Blogger Terkenal Sis Hawa | Blog Lifestyle Penuh Informasi
Blog ini berkisarkan kehidupan seharian seorang ibu yang juga merupakan seorang penulis dan surirumah sepenuh masa.
Siti Awadah lebih dikenali sebagai Sis Hawa. Seorang ibu kepada 6 orang anak , 5 lelaki dan yang bongsu perempuan.
Ramai baca blog ini untuk tahu informasi berkaitan seorang isteri, ibu dan blogger sepenuh masa.
Blog ini juga turut berkongsi info bermanfaat seperti :
- hubungan cinta dan perkahwinan
- himpunan doa amalan harian
- resipi
- tips parenting
- info ibu hamil, bersalin dan penyusuan
- tips kediaman
- panduan berblog dan Adsense
- informasi semasa dan banyak lagi.
Sis Hawa juga merupakan founder untuk team Blogggers Malaysia Biters (www.bloggersmalaysia.com)
Saya juga banyak belajar berkaitan SEO dan Google Search Console dengan Sis Hawa ini. Alhamdulillah, memang tak rugilah follow.
Zaza Azman | Lifestyle Blogger
Dikenali sebagai Mama Monsta. Lebih selesa untuk menulis Blog berbahasa Inggeris. Mempunya sepasang anak dan surirumah sepenuh masa.
Blog versatil untuk berkongsi mengenai makanan dan tempat-tempat makan menarik. Review barang-barang kecantikan dan kesihatan.
Suka kongsi mengenai hal perkembangan anak-anak, general knowledge dan tips-tips kehidupan.
Blog niche lifestyle, parenting, beauty and food.
Bonde Zaidalifah | Pot Pet Pot Pet.. Bonde
Blog ini berkisarkan kehidupan dan gaya hidup seorang wanita yang mempunyai kerja tetap, mempunyai minat yang sangat mendalam sebagai penulis di blog.
Bonde merupakan seorang penulis separuh masa.
3 in 1 family : Keluarga kecil Bonde di hiasi dengan Suami dan Seorang Puteri yang menjadi tulang belakang, sumber inspirasi dan idea penulisannya. Blog Bonde berkaitan informasi Lifestyle, Parenting,
Resepi, Tips, Info Semasa, Novel, Drama, Travel.
Blog ini turut berkongsi info bermanfaat seperti :
- himpunan doa
- tips kesihatan – review produk
- informasi semasa dan banyak lagi.
- Selain berblog Bonde juga aktif di media social facebook, Instagram dan Tiktoks
Rinazul | Lifestyle Entrepreneur Blog
www.rinazul.com
Blog ini berkisar tentang gaya hidup dan perjalanan seorang wanita yang komited mencapai impian sebagai seorang usahawan berjaya dunia akhirat. Blog ini juga berkongsi tips pemakanan, kesihatan, barangan rumah dan kerjaya dalam perniagaan.
Sis Rinazul nekad berhenti kerja dari bidang perbankan pada usia 25 tahun dan cetusan Blog ini adalah sebagai inspirasi, motivasi dan tips buat semua untuk mencapai kejayaan yang diidamkan.
Ramai baca blog ini untuk dapatkan info berkaitan umum, pemakanan, barangan rumah dan tips usahawan.
Blog ini turut berkongsi info bermanfaat seperti :
- Ilmu Agama
- Makanan Sunnah
- Tips Pemakanan
- Dan Tips Kesihatan
- Tips Bisnes
- Barangan Rumah
Boleh lihat juga di pengenalan:
https://www.rinazul.com/p/pengenalan.html
Azlinda Alin | Bicara Mummy
Azlinda Alin atau nama panggilannya Linda. Seorang ibu muda, anak 3.
Full Time Blogger dan Full Time Entrepreneur
Bergiat dalam bidang blogging kerana minat berkongsi dan rujukan sendiri di masa akan datang. Antara kisah yang sering di tulis adalah berbentuk peribadi, lifestyle, parenting, travel dan food.
Selain blogging, Linda juga aktif di media sosial yang lain seperti di Facebook, Instagram dan Tiktok
Shalimar | Lifesytle Blogger
Bekerja sepenuh masa, mempunyai sepasang cahaya mata.
Blog ini blog personal yang berkongsi pelbagai perkongsian. Kebanyakan tentang kehidupan, resepi, keluarga dan review barangan.
Ada juga perkongsian tentang pengalaman bersama penagih dadah & berkaitan pencegahan dadah.
Atul Hamid | Mommy blogger suka berbines
Blog atulhamid.com kepunyaan Atul Hamid. Atul merupakan seorang isteri dan ibu kepada sepasang cahaya mata.
Pernah bekerja sebagai librarian di sebuah perpustakaan universiti, tetapi kini memilih sebagai suri rumah sepenuh masa yang mempunyai kerjaya.
Atul kini merupakan seorang business leader yang mempunyai jualan mencecah 5 angka setiap bulan. Dan Atul hanya melakukan bisnes online dari rumah sahaja, iaitu bisnes Shaklee.
Atul juga aktif berblog sepenuh masa. Blog atulhamid.com berkongsi tentang gaya hidup, makanan tambahan, kesihatan, keluarga, wanita, dan kerjaya sebagai suri rumah yang berbisnes serta berkongsi info-info menarik yang berguna.
Bebelan Cik Min | Travel, Food, Beauty & Lifestyle
Blog mengenai Travel dan percutian, berkongsi tentang kecantikan serta Food Review juga blog penuh informasi.
Zati Salim | Lifestyle Blogger
Blog mengenai pelbagai perkongsian seperti resepi, parenting, drama, review, petua. Dan juga memberikan info kepada para pembaca.
Mamy Syu | Lifestyle Parenting
Mommy Blogger Malaysia – perkongsian pengalaman jaga anak dengan cara mudah, tip susu badan, review menarik, resepi sedap, lifestyle suami isteri dan vaksin.
Hafiza Aizzawa | Beauty and Lifestyle Blogger
Seorang ibu yang juga merupakan seorang penulis blog dan pada masa yang sama bekerja sepenuh masa. Mempunyai sepasang cahaya mata.
Penulisan blog yang dikongsikan berdasarkan pengalaman sendiri, sama ada pergi bercuti, staycation, cerita anak-anak, resipi masakan, review makanan dan banyak juga story menghadiri event.
Oleh kerana banyak menerima tawaran review di IG, kesempatan tersebut ditulis di blognya. Review paling banyak diketengahkan adalah mengenai produk kecantikan dan percutian bersama keluarga.
Juga merupakan media influencer yang aktif di FB, IG dan Tiktok. Nak baca macam-macam review terjah je fizaizawa.com
Lagi Blog Best Blogger Pilihan
Azni | Modern Mum’s Thingy
Antara senarai 19 blogger pilihan, inilah sifu wordpress saya. Banyak saya belajar dari kak Azni ni. Dahlah awet muda, suka kongsi ilmu pulak tu.
Kak Azni ni part time blogger yang masih terikat dengan kerja hakiki sebagai UX designer.
Minat yang mendalam “digital content” dan mempelajari SEO membuatkan terhasilnya blog modernmumthingy ini.
Niche utama blog ini berkisar lifestyle, parenting, financial dan travel.
Pendek kata info dan kandungan apa yang mak-mak suka amik kisah dalam zaman moden ini.
Ana Suhana l Lifestyle Mommy Blogger
Ana Suhana Full time mommy blogger since 2017. Niche blog ni pada awalnya tentang travel & food sebab puan blog suka share pengalaman percutian-percutian beliau dalam Malaysia.
Baik sama ada review tentang tempat penginapan (kebanyakkan adalah hotel) dan juga tempat-tempat makan tempatan yang pernah diterjah. Artikel resipi pun ada dikongsi.
Kemudian niche bertambah kepada lifestyle blog sharing sebab dah ada topic on beauty & health, parenting and Islamic sharing knowledge.
Semua dengan niat untuk share info dan ilmu yang diharapkan bermanfaat pada pembaca.
Aleya | Apa Kata Mommy
Blog yang berkongsi panduan keibu bapaan, lifestyle dan juga food hunter.
Abam Kie | The Man of The House
Blog ini milik seorang guru dari Kelantan yang berkongsi pengalaman menarik di dalam kehidupannya.
Dia juga menulis tentang panduan, tips dan nasihat mengenai pengurusan kewangan, gaya hidup, kekeluargaan dan Islam.
Maklumat semasa yang diberikan sangat berguna untuk dibaca semasa lapang.
Raydah Alhabsyi | Perennial Lifestyle My Life My Style
Her Life Her Style.
She’s a Content Creator, Mental Health Advocate and a Sports Science graduate from UiTM who blogs about lifestyle and casually updates about food.
Adda Ahmad | Mamapipie
Seorang working mom blogger yang pada mulanya ingin menyimpan kenangan anak membesar di blog.
Akhirnya berasa seronok dan menjadi satu hobi. Suka bercerita tentang travel, makanan, parenting, family, islamik, lifestyle dan macam-macam lagi.
Cikza Mohmad | Lupus Warrior For LSE
www.cikza.com
Blog ini milik seorang pejuang SLE yang berdepan ujian getir itu hampir 13 tahun dan pejuang Garis Dua yang tak pernah putus asa.
Berikutan pengalaman kandungan luar rahim 4 tahun lepas.
Beliau berkongsi tip menarik dan bermanfaat, lokasi makanan menarik dan sebagainya.
Netty Ah Hiyer | Dari Wartawan Majalah menjadi Penulis Blog Travelog Wartawan
Last sekali tentulah blog sendirilah kan. Haa.. jangan segan follow saya.
Sebelumnya saya menulis untuk majalah Mingguan Wanita, dan masih (buat masa ini) menulis untuk portal online Mingguan Wanita.
Bekerja di rumah, dalam masa sama menguruskan famili dan tiga orang anak.
Ini adalah blog personal yang berkongsi apa saja info. Berdasarkan pengalaman peribadi penulis, atau pun orang lain yang boleh menjadi tip dan panduan bermanfaat dalam kehidupan seharian.
Semoga senarai 19 blogger pilihan Malaysia tahun 2022 yang saya senaraikan ini bermanfaat untuk anda.