Entri kali ini khusus untuk blogger yang suka header yang comel-comel. Tahun lalu saya pernah mendapat khidmat tangan emas Najiah Shaharain. Saya minta dia ‘design’ header ringkas dengan doodle (kartun comel) yang ala wartawan.
Bosan dengan ‘design’ yang lama, baru-baru ini saya minta Jia, buatkan satu lagi yang berbeza. Kali ini masukkan sekali muka saya dan gambar-gambar saya di mana-mana. Dah macam ter’over’ pun ada ni.
Cepat betul Jia ini buat kerja. Tak sampai seminggu pun, lebih kurang 3 ke 4 hari, dia sudahpun menyiapkan header yang saya mahukan. Bukan itu sahaja, harga yang ditawarkan juga berbaloi-baloi.
Memandangkan saya seronok sangat dengan header yang baru ini, saya juga mahu berkongsi link blog bisnes Jia yang berbakat itu. Sudi-sudikan melayari jiakreatifelt.com Anda pasti seronok melihat contoh-contoh blog yang mendapat sentuhannya.
Berurusan dengan Jia pun mudah saya. Cepat sahaja dia membalas setiap pm saya di ruangan inbox facebooknya.
Kenapa Header Itu Penting
Bagi saya ia ibarat halaman rumah kita. (Walaupun hakikatnya halaman rumah saya ‘Ya Tuhan!’) Perlu menyambut kedatangan tetamu dengan penuh ramah dan mesra. Sekali pengunjung menjengok, hatinya tenang dan selesa.
Ia juga gambaran personaliti seseorang. Kita boleh tahu bagaimana seseorang blogger itu dengan melihat halaman laman web miliknya. Ada yang ringkas, sarat dengan karektor dan tak kurang yang lebih senang menggunakan perkataan sahaja.
Bagi yang mahir membuat sendiri, alangkah bertuah dirinya. Bagi yang kurang yakin boleh upah seseorang (macam yang saya buat) dan ada juga laman web yang menyediakan header percuma untuk blogger.
Header Dan Kaitannya Dengan Pemilik Blog
Yang penting rajin mencari maklumat itu. Cuma kalau namanya percuma, pilihannya lebih terhad dan mungkin sama seperti orang lain. Tidak eksklusif dan tersendiri.
Yang paling utama tentangnya, ia adalah rangkuman kata-kata mahupun imej yang menggambarkan keseluruhan blog, idea malah penulisan anda.
Setiap perkataan perlu jelas dan tepat. Sebab itulah, pentingnya belajar di dalam kelas online. Ada guru yang akan memberikan panduan bagaimana untuk anda menentukan hala tuju blog kita itu.
Baiklah, saya tak mahu membebel panjang. Malam ini ada misi lain yang perlu dilunaskan.
Info :
- header = lebih kurang kepala bloglah maksudnya. Hehe…
- Ini pula maksud header saya saya ambil dari laman web Pusat Rujukan Persuratan Melayu, DBP = Bahagian di hadapan bingkai mesej yang mengandungi maklumat untuk menghalakan mesej ke matlamatnya.
Semoga entri ringkas ini memberi manfaat untuk semua.
Disclaimer : Catatan ini bertarikh 26 April 2014
- Like : Fanpage Netty Ah Hiyer Tulis
Syahmi Zaludin – Saya baru saja tukar malam semalam.. Sebab sekarang ini sudah masuk 2.15 pagi. Gigihnya saya! Huhu…
Baru perasan header blog ini sudah ditukar! 🙂