Buat kentang putar gebu ini mudah sebenarnya. Bahannya kena betul, barulah ‘mashed potato’ yang dibayangkan rasa ‘creamy’ setanding malah lebih sedap dari KFC.
Kebetulan dekat rumah ini ada kentang dan ubi kemili yang mak bagi. Bila tiap hari berbuka puasa dengan nasi, lama-lama bosan pula.
Beritahu anak-anak, “hari ini kita makan western ya.“
Maka, meng-gooogle-lah cara buat kentang putar sedap. Macam-macam idea resipi kentang putar yang ada. Rata-rata nak bagi sama rasa dengan resepi kentang putar KFC tu.
Bahan-bahannya mana ada dalam peti ais ini. Bawa keluar, kita campak-campak dalam masakan. Kadangkan, resepi campak-campak itu yang sedapnya.
Itu yang terhasilnya resepi mashed potato cheese creamy ini.
Buat Kentang Putar Homemade Yang Sedap
Sebenarnya, kita boleh je buat kentang putar homemade yang sedap. Asalkan penggunaan bahannya betul.
Kebetulan, hari tu terbeli cream cheese di Lulu Setia Alam. Nak kata untuk buat kek ke krim tak jugak. Sebabnya bukan reti baking pun. Just beli untuk rasa bahagia. Boleh gitu?
Jadinya carilah pulak resepi omputih kot terjumpa cara nak guna cream cheese dalam resipi kentang putar. Yeay! Jumpalah.
Macam biasalah, ku memang tak ikut sukatan kan.
Olahlah sendiri ikut kesesuaian.
Ubi Kemili Mak Tanam
Masa ini pokok ibu kemili ni masih kecil lagi. Bila dah matang merimbun, seronok nengoknya. Pokok ni tanam dari batangnya, mak beli dekat Wak Mujer. Pokok atas sekali tu salad.
Agak pahit rasa dia. Benih pokok salad ni mak beli dekat kedai RM2.
Dalam proses pembuatan kentang putar gebu ini saya campur ubi kemili sebab nak bagi habis ubi kemili yang mak bagi. Dia tanam banyak betul di kebun.
Cara tanam ubi kemili ini, mak cucuk saja batangnya pada tanah bakar. Alhamdulillah, menjadi ubinya.
Mana yang tak tahu rupa pokok ubi kemili, sila rujuk gambar atas ini. Ubi kemili ni rebus dengan air campur garam, dah empuk makan gitu saja pun sedap.
Jadilah resepi ubi kemili rebus. Sedap lemak rasanya.
Tapi budak-budak ini tak berapa suka sangat ubi kemili rebus nampaknya. Mungkin sebab ubi tu ada sejenis rasa yang unik.
Baca juga : kentang ikan bilis bercili tumis garing
Kentang Putar Terbaik Guna Kentang Russet
Resipi mashed potato cheese saya ini, guna kentang biasa yang jual kat pasaran tu. Plus ubi kemili mak bagi.
Cuma, dari pembacaan sebelum-sebelum ini, menyatakan kentang russet lah paling bagus untuk buat kentang putar yang sedap.
Sebab,
- Ia sejenis kentang yang lembut dengan tekstur yang ringan dan lembut.
- Kulitnya jadi kenyal apabila dimasak. Senang nak kupas kulit kentang selepas direbus nanti. Sesuai untuk dibakar, lenyek dan panggang.
- Kentang russet juga menjadikan kentang lenyek anda lebih gebu dan lebih berperisa.
Begitulah antara kelebihan kentang russet dalam penyediaan kentang putar atau mashed potato ini.
Tapi kalau dah takde, pakailah kentang apa pun. Yang penting, air tangan tu.. Chewah!
Maka, saya pakai sajalah lebihan kentang yang ada kat rumah ini. Rasanya sedap juga ikut tekak kami anak beranak.
Update : Cadangan saya, gunalah kentang russet untuk buat kentang putar ini. Selepas saya mencuba guna kentang russet. Tekstur kentang putar jadi lebih padat dan berperisa.
Resepi Mashed Potato Cheese Creamy Yang Sedap
Okay, boleh ikut step bergambar ini ya. Semoga bermanfaat.
Bahan-bahan
- Kentang
- Cream cheese tatura – jenama lain pun boleh
- Mentega buttercup – brand lain pun boleh
- Susu penuh krim Goodday – brand lain pun boleh
- Lada hitam
- Sedikit garam
Cara Buat Resepi Kentang Putar Gebu Cara Saya
Cuci kentang bersih-bersih. Ubi kemili tu agak payah jugalah nak bagi bersih. Last-last ku sental guna pencuci pinggan yang kasar tu.. hahaha.
Sebab nanti nak rebus kentang ni dengan kulit-kulitnya.
Ada yang kata sebaiknya buang kulit dulu. Ini salah satu cara membuat kentang putar jadi lagi sedap.
Tapi saya tak nak ambil masa mengupas kentang (macam letih je.. puasa kan). Akhirnya kentang dan ubi kemili rebus je dengan kulit-kulitnya.
Nanti bila dah empuk, lebih laju untuk saya kupas kulit kentang yang dah masak tu.
Masukkan air dan garam dalam periuk. Hidupkan api dan rebuslah.
Bila dah empuk, nak kupas kulit kentang ini jadi lebih mudah. Cuma panas sikitlah.
Nanti bila dah siap kupas tu, cepat-cepatlah mashed kan dia.
Memula Lenyekkan Pakai Pemutar Telur Dulu
Lenyek sampai lembut. Disebabkan ubi kemili ini tak selembut kentang besar itu, dia ada lagi tekstur ketul-ketul halus.
Lepas itu saya masukkan cream cheese dalam mashed potato ni.
Dalam 1 inci dari pek asal tu. Sukatan tepat memang tak adalah. Saya kan jenis masak agak-agak je. Kalau tak suka rasa cream cheese tu, boleh kurangkan jumlahnya.
Lepas tu, masukkan pula mentega buttercup. Patutnya cairkan dulu kat luar peti ya.
Jangan macam saya, sebab terlupa.. maka berketul-ketul, berderai lah kejadiannya. Kacau lagi. Saya guna sudip kayu je. hahaha.. tak sesuai langsung.
Kemudian, saya masukkan lada hitam tumbuk dan sedikit garam. Memandangkan saya tak rajin nak buat kuah blackpaper tu, ku buh siap-siap bagi kentang putar ni berasa terus.
Teruskan menggodek.
Dah Part Ni Lenyek Kentang Putar Gebu Pakai Senduk Kayu Pulak
Last sekali masukkan susu full cream ni. Ikut kesesuaian ya. Kalau suka resepi kentang putar cheese yang lebih lembut, masukkanlah lebih. Kalau suka yang kental, masuk sedikit sahaja.
Kacau dan putar lagi sampai sendiri puas hati dengan tekstur dan kelembutannya.
Baca : Manisnya keledek bakar dalam oven, 45 minit masak
Resipi mashed potato creamy ini first time saya try buat. Memang creamy rasa dia. Makan kentang putar ini gitu je pun dah sedap.
Nikmati Kentang Putar Dengan Gravy Tambahan Ini
Biasa makan kentang putar KFC tu makan dengan gravy atau sos black paper kan. Sebenarnya, boleh juga jika dinikmati dengan sos cendawan macam saya cuba itu.
Sedap dan memberikan rasa lain dari yang lain.
Dalam kentang putar tu kalau nak letak bawang putih pun boleh sebenarnya. Lagi ‘kick’ rasa dia nanti.
Anda juga boleh hidang kentang lenyek dengan mentega yang dicairkan. Dan tabur daun parsley atau thyme. Pun sedap.
Makan pula dengan coleslaw kfc dan resepi carbonara simple. Atau pun daging bakar western.
Cara simple buat sos blackpaper untuk kentang putar.
- Masukkan olive oil dan butter atas pan.
- Tumis bawang putih cincang, masukkan sedikit kicap.
- Masukkan blackpaper dan sedikit tepung. Kalau pekat tambah air sikit.
- Buh perasa kuib Knorr daging. Kalau kurang masin, buhlah garam sikit. Siap.
Sedang Elok Resepi Kentang Putar Cheese Makan Pulak Dengan Dominos
Sepatutnya buatkan sos blackpaper dia kan.. tapi saya dah tak rajin nak buat. hahaha..
Saya siramkan dengan sup cendawan-ayam pulak. Kebetulan hari ni order Dominos, jadi dapat cili flakes tu kan.. masuk sekali. Saja nak bagi rasa pedas-pedas taklah keterlaluan creamy rasa dia.
Bezakan dari resepi kentang putar KFC yang guna sos blackpaper tu.
Dengan resipi rare cara buat kentang lenyek saya ni, Haa.. dapatlah rasa kentang putar lain dari yang lain.
Sup Cendawan/Ayam Campbell Super Creamy
Ini cara mudah nak buat sup krim cendawan yang simple guna cendawan dalam tin saja.
Bahan-bahan :
- 1 tin sos cendawan campbell
- 1 tin sos cendawan dan ayam campbell
- 2 ulas barang putih – cencang
- 2 sudu besar lada hitam (saya memang suka pedas)
- susu penuh krim
- cream cheese
- Olive oil
- mentega buttercup
Caranya,
- Panaskan mentega buttercup dan olive oil.
- Masukkan bawang putih dan lada hitam
- Tuang segala sos campbell dan tambahkan air (2 tin campbell yang kita guna tu)
- Kacau bagi tekstur sos dalam tin tu tak berketul. Guna pemutar telur tu lagi mudah.
- Masukkan cream cheese dan susu penuh krim. (tak nak masukkan cream cheese pun takpe). Kalau ada krim masakan pakailah. Tak yah dah letak susu bagai. Saya pakai apa ada kat rumah ni je.
- Takyah tambah garam ke apa, sebab dia dah creamy. Kacau sampai menggelegak.
- Bolehlah tutup api.
Saya suka rasa dia sebab lagi sedap dari sup cendawan yang jual kat Pizza Hut tu.. hahaha.. ke sendiri yang perasan ni.
Baca juga : Cara buat sardin telur pecah ala Khairul Aming
Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis