Bengkel Bimbingan Usahawan menerusi kelas masakan dengan usahasama GEMS, K Shoppe FAMA dan Mingguan Wanita.
Sabtu lalu, saya ditugaskan Editor Pengurusan Kanan MW, Kak Nuri Supian membuat liputan berita. Peserta bengkel hari Sabtu itu terdiri daripada kalangan pembaca majalah Mingguan Wanita.
Menurut Kak Norlis Salusi yang juga pengendali bengkel, kelas masakan seumpama itu sememangnya menjadi rutin mingguan di K Shoppe, Seksyen 11 Shah Alam.
Malah, satu-satunya pusat jualan FAMA yang menyediakan bimbingan sedemikian kepada orang ramai.
Bezanya kali ini, ada kerjasama dengan pihak media. Dan eserta diberikan sijil penyertaan yang boleh digunakan untuk tujuan pinjaman perniagaan (ada syarat yang perlu dipatuhi).
Peluang Untuk Peserta Bengkel Bimbingan Usahawan
Hari itu merupakan siri kedua peserta berbengkel. Ada lagi beberapa siri yang boleh dipilih oleh peserta. Update saja, maklumat anda di dalam majalah Mingguan Wanita keluaran terkini.
Pastinya bila berbengkel, peserta bukan sekadar mendengar teori mahupun melihat Chef menyediakan sendiri juadah di hadapan. Mereka juga berpeluang mengikuti aktiviti hands on secara berkumpulan.
Chef Khairul turut berkongsi ilmu tentang dunia masakan, malah cara-cara berniaga dengan kaedah yang paling praktikal.
Kek cawan comel sebegini mempunyai tarikan tersendiri kepada para penggemarnya.
Rebutlah peluang mempelajari, siapa tahu kemahiran itu mampu menjana pendapatan anda sebagai usahawan suatu hari nanti.
Usahawan Seronok Belajar
Yang seronoknya, peserta boleh membawa pulang hasil kerja yang mereka pelajari sepanjang berbengkel selama setengah hari itu.
Peserta usahawan hari itu, ada yang datang dari Cheras, Rawang malah Tanjung Karang.
Paling menarik ada seorang nenek yang membawa cucu seusia 13 tahun semata-mata mahu memenuhi impian cucunya yang gemar memasak.
Sewaktu sesi ‘sharing’, nenek yang mengusahakan perniagaan nasi lemak itu memaklumkan mahu menambah hasil jualan dengan masakan yang dipelajari pada hari itu berupa muffin dan ‘butter cake’.
Cucunya pula begitu bersemangat memasang cita-cita mahu membuka kedai kek suatu hari nanti. Sama-sama kita doakan impian murni adik kecil ini tercapai dengan jayanya.
Sampai sini saja perkongsian tentang ilmu berbengkel ya. Jika mahu tahu lebih lanjut boleh saja sertai bengkel-bengkel bimbingan usahawan dan lain-lain yang akan dianjurkan setiap hari Sabtu di lokasi yang sama.
Terbaru, Sabtu hadapan kelas membuat roti akan diajar oleh Chef Khairul dan seterusnya kelas penyediaan makanan sejuk-beku. Hmm, menarik bukan?
Aksi Peserta Di Bengkel Bimbingan Usahawan
Saya juga mahu kongsikan keseronokan peserta berbengkel dan hasil kreativiti mereka.
- Chef Khairul berkongsi teori penyediaan muffin dan ‘butter cake’ dalam masa yang sama menunjukkan langkah demi langkah kepada para peserta.
- Sementara peserta membuat aktiviti hands on muffin, Chef Khairul menyediakan susu mengikut sukatan yang diperlukan oleh peserta.
Dalam kumpulan ini ada peserta yang masih belajar di UiTM. Dia sanggup ke kelas sebegini kerana tidak mahu mensia-siakan masa yang ada sebaik sahaja tamat belajar kelak. Katanya, kemahiran yang dipelajarinya itu mampu menjana pendapatan sementara menunggu peluang pekerjaan di mana-mana sektor yang mahu menggajinya.
Kakak yang bertudung hijau ini pula bekejar dari Cheras. Sungguh kakak ini teruja sepanjang berada di dalam kelas mahupun aktiviti hands on. Ini merupakan pengalaman pertamanya malah belajar di kelas sebegini adalah impian yang disimpan sejak sekian lama.
Hasil Kerja Peserta Bengkel Dengan Bimbingan Chef
- Asalnya, kumpulan ini telah tersilap teknik semasa menyediakan muffin asas ini. Mujurlah ada Chef Khairul di situ. Kesilapan sebegitu besar hikmahnya, sebab jika tidak tersilap belum tentu mereka dapat belajar cara mengatasinya. Silap hari bulan, adunan dibuang begitu sahaja. Sebab itulah tersilap langkah adalah pelajaran yang paling baik dalam hidup kita. Tapi janganlah pula dilakukan kesilapan yang sama, itu sudah lain ceritanya.
- Nenek ini gigih membawa cucunya yang seusia 13 tahun. Si kecil berbaju belang ini memasang impian mahu memiliki kedai ‘bakery’ suatu hari nanti. Amin.
Orang kuat di belakang tabir; Norlis Salusi (baju biru), Nuri Supian (baju coklat) dan Kak Pah (berdiri).
Di atas merupakan hasil kerja para peserta bengkel. Bermacam gaya masing-masing melahirkan bakat kreatif yang terpendam dalam diam. Kek cawan comel sebegini mempunyai tarikan tersendiri kepada para penggemarnya. Rebutlah peluang mempelajari, siapa tahu kemahiran itu mampu menjana pendapatan anda suatu hari nanti.
Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis