Resepi ayam bakar dalam oven ini pertama kali saya cuba. Dah bertahun ada oven ini, tak berani nak guna. Taklah susah buat ayam grill ini.
Paling penting, hasilnya ayam bakar lembut dan juicy. Ada rasa ayam peri-peri Nandos sikit pun iya. Tapi saya tak kata sebijik ya. Rasa sipi-sipi saja.
Karang marah pula yang cuba bila tak sama pun rasa dia. ‘Mereka dan keluarga mereka juga yang susah..’ (dialog lucu ni budak 90-an je yang faham).
Resepi Ayam Bakar Dalam Oven Tersedap
Sediakan Rempah Ayam Bakar (rempah kering) :
- Garam (ikut citarasa anda)
- 1/2 sudu besar serbuk cili babas
- 1/2 sudu besar serbuk ketumbar
- 1/2 sudu besar lada hitam – ditumbuk
- Sedikit perasa ajinamoto
- Bersihkan ayam (tak sampai seekor pun ni) – tos dan lap dengan tisu (tak nak dia basah)
- Lumur ayam dengan butter. Butter habis saya guna planta je.
- Sapu pula ayam dengan rempah yang kita buat tadi.
- Selabu bawang putih dibelah tengah. Ambil sebelah saja.
- 1 bawang holland dibelah 4
- Lemon hiris nipis. (ikut nak banyak mana, saya ini tak sampai sebiji pun)
- Kentang mini belah tengah. (Nak tambah sayuran lain pun ok; lobak, brokoli antaranya.)
- Susunlah semua bahan-bahan atas tu bersebelahan ayam. Kalau ada lebihan rempah tadi taburlah atas ayam dan bahan-bahan lain. Biar sebati sesama mereka.
- Taburkan rosemary. Saya guna yang kering je. Kalau ada fresh rosemary lagi sedap hasilnya.
- Akhir sekali sapukan minyak olive oil. (Saya guna minyak sawit je.)
- Bakar suhu 190 darjah celcius, selama 20 minit.
- Siap!
Note : Akan ada air ayam sikit nanti. Jangan buang air itu. Dia akan jadi resepi sos pencicah ayam bakar yang sedap.
Cara Bakar Ayam Dalam Oven Untuk Beginner
Memandangkan ini kali pertama saya nak menggunakan oven zanussi saya kan. Jadi, dia punya seram, berdebar tu lain macam wak. Sampailah saya beranikan diri saja.
Dan ini langkah yang saya gunakan untuk bakar ayam dalam oven.
- Mula-mula kenalah panaskan oven dulu. Macam mana caranya, hidupkan api atas bawah. Onkan suhu oven 190 darjah celcius dan putar masa untuk 10 minit.
- Biarkan saja oven itu panas sampai bunyi ‘ting’ dan berhenti berputar timing tu barulah saya masukkan ayam.
- Masa ini oven memang panas, jadi pakailah sarung tangan oven. (saya sanggup beli baru ya.. hahaha)
- Pastikan ayam diletakkan dalam dulang pembakar yang sesuai dan sudahpun diperap atau rempahkan.
- Tak perlu tutup dulang semasa memanggang ayam guna oven ini ya. Kalau ada periuk cast iron pun boleh guna untuk panggang ayam bakar.
- Masa nak bakar ayam dalam oven itu barulah saya hidupkan kipasnya.
- Suhu bakar ayam dalam oven saya 190 darjah celcius ke 200 darjah celcius (apa pun ia bergantung pada suhu oven masing-masing).
- Macam mana nak tahu ayam bakar oven ni dah masak atau belum, tulang ayam tu tak lagi berwarna pink kemerahan dan jus ayam keluar sewaktu di panggang. Kalau masih belum masak, masukkan semula dalam oven dan panggang lagi.
- InsyaAllah, cara ini takkan buatkan ayam bakar oven ini hangus.
Tip Masak Ayam Bakar Dalam Oven Yang Juicy
Resepi ayam bakar oven ini saya olah daripada resepi ‘juicy roast chicken recipe’ di youtube. Guna bahan-bahan yang mana ada dalam rumah ini. Saya bakar guna oven freestanding cooker Zanussi.
Kiranya inilah resepi ayam bakar oven pertama saya menggunakan oven Zanussi ini. Oven dia ini saya guna elektrik. Untuk memasak atas api, baru saya gunakan gas.
Seingat saya dulu pernah buat chicken grill guna oven rumah mak. Tapi, tak begitu menjadi sebab bergenang-genang pula air ayam dalam itu. Kalau sikit itu boleh lah dimaafkan.
Masalahnya, air itu macam boleh buat ayam berenang-renang dalam tu. Hahaha..
Sudahnya keluarkan dan bakar ayam atas dapur gas. Kan dah terbazir masa kat situ kan.
Jadi, bila nak bakar ayam dalam oven di rumah ni. Rasa was-was pula. Bimbang jadi macam sebelum-sebelum ini. Jadi sebelum nak buat tu, cuba risik-risik dulu dekat google kotlah ada tip yang boleh dicuba.
- Antara tip penting sebelum bakar ayam dalam oven : Ayam kena betul-betul ditos. Bebas air. Sebelum diperap itu, tos betul-betul dan lap-lap ayam tu dengan tisu dapur agar air tersejat dari ayam.
Lepas itu barulah nak perap dengan rempah ayam bakar yang kita suka.
Oven Terbaik Untuk Ayam Bakar
Suka pula saya guna oven freestanding cooker Zanussi ini. Sebab ayam bakar dalam oven ini menjadi betul.
Oven ini agak besar jadi saiz oven sesuai untuk ayam besar. Dua ekor pun muat, insyaAllah. Tak pernah cuba lagi tapi tengok keluasannya ni memang boleh pergi.
Walaupun sebelum masak itu, saya tertanya-tanya juga bakar ayam dalam oven berapa minit? dan berapa lama bakar ayam dalam oven ini?
Maklumlah tak pernah gunakan.
Suhu Bakar Ayam Dalam Oven
- Saya gunakan suhu bakar ayam dalam oven – 190 ke 200 darjah celcius.
- Hidupkan kipas oven.
- Guna api atas bawah.
- Bakar selama antara 20 – 45 minit. ( tempoh masa ini masih dalam percubaan lagi )
Pernah juga saya baca, setiap oven di rumah tak sama. Jadi, kena buat try n error masa dan suhu mana satu yang sesuai dengan oven di rumah kita.
Kenapa saya kata oven terbaik untuk ayam bakar, sebab ayam terpanggang dengan elok. Airnya tidak bergenang-genang. Masih ada air, mencukupi untuk menjadi sos pencicah yang sedap.
Menjadi akhirnya panggan ayam dalam oven ikut cara ini.
Saya pernah juga share resepi daging grill atas dapur saja : https://nettyahhiyer.com/cara-masak-steak-daging-simple/
Cara buat ayam bakar dalam oven ini saya gunakan rempah ayam fusion. Bergabung bahan Timur dan Barat. Hahaha.. tetap sedap ayam bakar oven ni dinikmati bersama keluarga.
Saya memang dah lama teringin nak buat perapan ayam bakar macam omputih selalu buat tu. Yang bakar seekor ayam dengan sayur-sayuran sekali.
Belajar Sini Cara Bakar Ayam Dalam Oven Simple Lagi Sedap
Saya rujuk sini cara panggang ayam guna oven. Mudah caranya, bahan digunakan pun mudah.
Tapi saya olah sikitlah ayam bakar oven ini ikut citarasa saya plus mana bahan ada kat dapur saya.
Minuman Sesuai Dengan Ayam Bakar
Resepi ayam bakar oven ini memang sesuai dibuat makan-makan bila berkumpul dengan anak-anak. Sedap tak hengat.
Nak-nak time tu layan cerita Korea pulak.
Tak sah kalau menikmati resepi ayam panggang oven ini tanpa disertakan dengan minuman yang sesuai dengan ayam bakar oven ini.
Ini antara minuman yang boleh dicuba.
- Air pepsi black letak ais (minuman bergas ini lebih kick bila ada air batu)
- Air lemonade soda Sprite – saya ada kongsikan cara membuat air lemonade di blog ini.
Bila panggang ayam dalam oven kan itu hidangan berlemak. Jadi, kena ambil minuman yang lite macam itu untuk kurangkan rasa muak.
Baca juga :
- Cara masak ayam goreng kunyit berempah simple
- Bersihkan, cara simpan ayam dalam freezer tahan 9 bulan
- Cara buat sambal ayam penyet Wong Solo tersimple pedas
Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis
tengok ada rempah2 tu pun dah nampak sedapnya… kita tumpang screenshot resipi ye wak..
itu dialog Ringgit Kasorga kan? rasanya itu cerita pertama ammi tgk dengan kengkawan masa tingkatan 3 ke 4 ntah.. tengok pun sbb ada hans isaac ahaksss
Sila-sila… semoga bermanfaat. Hihi.. betul citer tu.
selalu tgk mat salleh buat style gini .. teringin jugak nak buat .. tapi oven tu cam hampeh pulak hahha
Tru guna thermomix kak.. mau lagi letupan.
Nampak mcm sedap, lagipula nampak healthy kan bila makan mcm ni. Baik utk kesihatan.
Bahan2 yg digunakan boleh adjust ikut kesesuaian citarasa. Nextime kak pip nak try juga buat ayam bakar mcm ni.
Sila-sila kak Pip.. yang ringkas-ringkas tu kadang anak suka.
selalu nak cuba buat ayam bakar tapi takut tak jadi. dah ade cara ni boleh ikut. Terima kasih kongsi resepi
Ohh wow…tasty recipe here, gonna try it with my new oven this weekend la. Thanks for this. Cheers Siennylovesdrawing
nampak sedap sangat-sangat resepi yang dikongsikan kena cuba nanti. terima kasih Netty….